Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Thursday, June 26, 2008

Ya Allah Kenalkanlah hakikat Diriku


“Barangsiapa yang mengenal dirinya, dia akan sibuk untuk memperbaiki diri daripada sibuk mencari-cari aib dan kesalahan orang lain”. (Ibnul Qayyim)

“Di antara ciri-ciri kebahagiaan dan kemenangan seorang hamba adalah; bila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya. Setiap bertambah amal-amal soleh yang dilakukan, bertambah pula rasa takut dan hati-hatinya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah cita-cita keduniaannya. Ketika bertambah hartanya bertambah pula kedermawanan dan pemberiannya kepada sesama manusia. Jika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya, bertambahlah kedekatannya pda manusia dan semakin rendah hati kepada mereka. Sebaliknya ciri-ciri kecelakaan adalah; ketika bertambah ilmu pengetahuannya, semakin bertambah kesombongannya. Setiap bertambah amalnya, kian bertambah kebanggaannya pada diri sendiri dan penghinaannya kepada orang lain. Semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah pula kesombongannya”. (Al-Fawaid, Imam Ibnul Qayyim
Read more...

Tuesday, June 24, 2008

Tangisan Anak Emas



Adalah biasa bagi kebanyakan manusia mengatakan mereka boleh memenangi sesuatu perlawanan apabila dalam hati mereka sebenarnya bimbang jika keputusan sebaliknya. Seorang ketua perang tidak boleh membiarkan anak buahnya lemah semangat dalam peperangan. Ia mesti membangkitkan semangat juang dan beliau mesti orang pertama yang menunjukkan keyakinan dan keberanian agar seluruh pasukan tidak patah hati.

Pada waktu perang dunia kedua, ketika Parti Perikatan (kini Parti Bangsa-Bangsa Bersatu) yang diketuai oleh Amerika menyerang Jepun untuk menamatkan penjajahan Jepun ke atas sebahagian besar Asia, maharaja Jepun memberi semangat juang kepada askarnya bahawa Jepun tidak akan kalah.

Namun harapan itu lenyap tatkala Hirosima dan Nagasaki hancur dalam Bom Atom. Kerosakan itu begitu teruk. Bandar besar hancur dan beratus-ratus ribu orang mati dalam beberapa saat. Keadaan itu begitu meyayat hati sehingga terpaksa diumukan walaupun berat hati bahawa Jepun telah kalah dalam perang itu.

Sebelum Pilihan Raya tahun ini, BN begitu yakin akan menang besar dalam pilihan raya. Akhbar sama ada media elektronik atau media cetak melaporkannya pada muka depan mereka. Berita baik mesti diucapkan. Seorang tokey tidak akan mengatakan barangnya buruk atau tidak bagus jika orang bertanya kalau-kalau barangnya tidak bagus. Beliau menjual produk, mestilah dia cakap barangnya 'OK...'.

Namun keputusan Pilihan Raya malam itu begitu mengejutkan pasukan dominan. Bukan sahaja Kelantan gagal ditawan malah empat negeri juga turut gugur dalam senarai.

Esok dan hari-hari seterusnya menampakkan bahawa BN mesti bergantung kepada Sabah dan Sarawak kerana kekurangan 30 Ahli MP akan menyebabkan BN menjadi pembangkang sedangkan gabungan kedua-dua negeri itu mempunyai lebih 50 ahli MP.

Hal ini begitu ketara dan membimbangkan kerana terdapat sejarah berlaku di Sabah beberapa tahun dulu dimana parti yang sepatutnya akan memerintah selepas menang tipis dalam pilihan raya tetapi kemudian gagal memerintah disebabkan tindakan beberapa wakil DUN yang berpindah 'rumah'.

Kelantangan beberapa ahli MP dari Sabah dan Sarawak yang secara terang-terangan menentang beberapa dasar parti pemerintah dalam beberapa sesi Parlimen menggusarkan hati parti dominan. Tambahan pula muncul seorang tokoh yang menggegarkan politik tanah air yang meniupkan ribut kerisauan ke dalam kemah parti dominan.

Kerisauan ini menyebabkan ketua parti pemerintah membuat beberapa pengumuman imbuhan, bantuan, sokongan, jaminan dan lain-lainnya untuk meredakan angin perubahan yang sudah mula bertiup di Negeri Bawa Bayu dan Bumi Kenyalang.

Pengumuman-pengumuman itu menyebabkan ada diantara saudara dan saudari dari semenanjung mulai rasa kecil hati dan mendakwa Sabah dan Sarawak 'anak emas'.

Siapa yang tidak kecil hati kalau abang mendapat 25 sen tapi kakak mendapat 30 sen? Pengagihan yang tidak adil itu boleh menyebabkan 'adik-beradik' dalam satu keluarga bertengkar padahal keadaan itu boleh dielakkan kalau diberi sama banyak.

Sahabat-sahabat dan abang-abang yang sedang membaca ini. Janganlah kiranya timbul dalam hati perasaan marah dan tidak puas hati apabila kakak mendapat lebih daripada abang. Mestikah kakak dan abang bertengkar kerana hal ini? Bukannya kakak yang meminta jumlah itu, tetapi itulah yang diberi oleh 'Pak' kita. Mintalah daripada beliau bahagian abang dan jika beliau adil dan pemurah, ia pasti memberi bahagian abang.
"
Read more...

Monday, June 23, 2008

Kempen Menjauhi Friendster.. Setuju Atau Tidak?


Saya masih ingat lagi detik-detik saya menyertai komuniti maya Friendster pada tahun 2004, kira-kira 2 tahun selepas kompeni Friendster diasaskan di Lembah Silikon, California. Tetapi pada akhir tahun 2006, saya telah membatalkan akaun saya, dan kira-kira 2 bulan selepas itu saya menyertainya semula. Dan pada bulan lepas, saya buat keputusan dengan sebulat-bulatnya untuk tidak langsung mengambil tahu tentang Friendster dalam hidup saya.


SEJARAH
Friendster diasaskan pada tahun 2002 oleh Jonathan Abrams yang merupakan salah satu nama penting di Lembah Silikon. Sebelum Friendster, terdapat juga beberapa lagi laman-laman web rangkaian sosial seperti Six Degrees dan SocialNet. Tetapi malangnya rangkaian sosial tersebut gagal mendapat sambutan kerana pengguna dan teknologi yang ada pada waktu itu masih belum begitu bersedia.

Friendster berjaya kerana ia diwujudkan pada waktu yang sangat tepat; waktu di mana kemudahan internet sudah menjadi semakin murah disebabkan oleh perkembangan teknologi jalur lebar, waktu di mana teknologi web sudah mula berevolusi kepada Web 2.0, dan juga waktu di mana para pengguna internet sudah semakin memahami apa itu internet. Kejayaan Friendster kemudiannya telah mendorong satu usaha Malaysia Boleh, dan dengan itu wujudlah Kawanster yang lebih menjadikan rakyat Malaysia sebagai niche. Tetapi Kawanster tidak begitu mendapat sambutan.

Bukan setakat di Malaysia, hatta di Lembah Silikon sekali pun, Friendster adalah di antara syarikat yang sering disebut-sebut namanya. Kejayaan Friendster kemudiannya membawa kepada penubuhan MySpace pada bulan Julai 2003. Oleh itu, tidak hairan pada tahun 2003, Google telah cuba untuk membeli kompeni Friendster pada harga USD 30 juta. Namun demikian, Jonathan Abrams telah menolak tawaran lumayan Google.

Ramai pakar berpendapat bahawa tindakan beliau agak kurang bijak. Ini kerana jika beliau menjual Friendster kepada Google dengan harga yang ditawarkan itu, iaitu 30 juta dolar, Jonathan akan mendapat kekayaan mudah, memandangkan tawaran itu berlaku kira-kira setahun selepas Friendster diasaskan. Dan apa yang penting, Google juga boleh menyuntik lebih banyak teknologi, kemahiran dan pengalaman ke dalam Friendster. Ini seperti mana yang berlaku apabila Google membeli YouTube pada harga USD 1.6 bilion pada tahun 2006, iaitu 20 bulan selepas YouTube ditubuhkan.

Pada hari ini, MySpace yang pada dahulunya lebih merupakan copy-cat, telah berjaya mengatasi populariti Friendster. Strategi pemasaran yang lemah, di samping kelewatan memperkenalkan teknologi terbaru kepada pengguna, telah menjadi punca mengapa Friendster menjunam jatuh. Pada tarikh artikel ini ditulis, MySpace menduduki tangga ke-5, manakala Friendster di tangga-26, jika diukur dari segi jumlah pelawat yang datang setiap hari.

Secara geografi pula, MySpace memiliki lebih banyak ahli dari Amerika. Friendster pula lebih banyak disertai oleh para pelawat dari bahagian Asia Tenggara, seperti Filipina, Malaysia, Indonesia, dan Brunei. Filipina adalah negara yang mendominasi dunia Friendster. Friendster adalah antara budaya siber (cyberculture) yang melanda Filipina. Perkara yang sama juga sedang berlaku di Malaysia.

Anak muda mana yang tidak ada Friendster?

Sebab utama saya meninggalkan Friendster adalah demi menjamin kualiti sebuah ikatan persahabatan. Bagi saya, Friendster membuatkan saya kurang menghargai rakan-rakan, sama ada yang dekat atau jauh, yang mengelilingi diri saya. Sejak zaman turunnya Nabi Adam dari syurga, dan sejak manusia buat kali pertama tinggal di atas muka bumi, ikatan persahabatan tidak berfungsi seperti hari ini.

Di zaman mereka, persahabatan bermakna pertemuan dan perpisahan. Kadang-kala perpisahan itu ada pertemuannya sekali-sekala, dan kadang-kala terus lesap macam asap. Persahabatan hari ini, yang dibantu dengan teknologi Friendster menjadikan erti persahabatan itu sebagai sebuah pertemuan (dan sebuah pertemuan), dan tiada perpisahan. Akibatnya, persahabatan menjadi online 24 jam, 7 hari seminggu, walaupun seorang di benua Amerika, dan rakannya itu pula di benua Asia.

Bagi saya perpisahan (atau lama tak jumpa dan tahu khabar) menjadikan saya menghargai rakan-rakan yang ada. Saya dapat merasakan perbezaan ketara apabila bertemu dan berbual di dunia nyata dengan rakan yang ada di dalam senarai Friendster saya berbanding rakan yang tiada Friendster. Borak saya dengan rakan bukan Friendster, yang lama tidak berjumpa, adalah lebih bermutu dan menyeronokkan. Ini memandangkan saya tidak tahu langsung apa-apa tentang perkembangan dirinya. Jadi perbualan akan lebih menarik. Dan inilah dia persahabatan! Kamu bertemu, kamu berpisah, dan kemudian kamu bertemu lagi untuk bersembang hal-hal menarik sepanjang kamu berpisah.

Kalau kamu sudah tahu bahawa rakan kamu sudah berkahwin dan sudah ada anak, dan anda tahu berita gembira ini hanya dengan melihat profil Friendsternya, apakah tidak pelik dan janggal untuk bertanya kepadanya apabila bersua muka di alam nyata, "Eh, engkau dah kahwin ke?" Saya rasa tidak seronok mengetahui berita tentang rakan saya hanya dengan melihat profil dan gambar-gambar yang diletakkan di profil mereka. Memang faedahnya kita akan dapat mengetahui perkembangan terkini sahabat handai, tetapi adakah PERLU bagi kita untuk mengetahui perkembangan mereka pada setiap bulan, atau pada setiap minggu, atau pada setiap hari, atau pada setiap jam? Adakah perlu? Dan adakah ini menjamin kualiti dalam persahabatan?

KUALITI
Saya berpendapat persahabatan begini kurang kualitinya. Saya lebih rela lama tidak berjumpa kawan yang saya ada dan kemudian tiba-tiba berjumpa mereka 10 tahun di akan datang. Ini lebih menarik dan mengujakan. Berjumpa kawan, sama ada yang jauh atau dekat, tiap-tiap hari di Friendster adalah sesuatu yang sangat membosankan. Ada orang berhujah bahawa sebab utama dia menyertai Friendster adalah untuk mencari semula kawan-kawan lama.

Memang betul. Friendster meningkatkan kebarangkalian untuk bertemu semula dengan teman-teman lama. Selalunya, apabila mereka bertemu kembali dengan kawan lama di Friendster, mereka akan berasa sangat-sangat terkejut, terkesima, dan teruja. Ada juga rasa riang di dalamnya. Kemudian mereka saling bertukar-tukar testimonial dan mesej dengan sangat kerap.

Namun, kekerapan ini semakin berkurangan apabila masa semakin menuju ke depan. Testimonial yang pada awalnya saling bertukaran 2 kali sehari, akhirnya bertukar kepada sebulan sekali, dan akhirnya 3 bulan sekali. Dan apabila masa semakin lagi bergerak, testimonial yang pada dulunya memiliki aroma seperti "Eh, bestnya jumpa kau. Apa cerita kau sekarang..bla..bla..bla.. (panjang sangat nak tulis)", akhirnya berubah menjadi "Eh, kau ni memang la. Takkan setakat lalu aje kat profile aku. Alang-alang dah lalu tu, bagi la testimonial".

Di samping itu, perkembangan sahabat lama kita akhirnya tidak lagi diberitahu in-person. Sebaliknya kitalah yang perlu membuka profil mereka untuk mengetahui apa cerita mereka sekarang. Sounds familiar? Percayalah, dengan tidak memiliki Friendster, anda pasti akan menemui sesuatu yang lebih menarik dan mengujakan dalam setiap ikatan persahabatan yang terjalin.

Ketika ibu saya kecil, dia memiliki seorang rakan baik. Namun demikian, mereka berdua telah berpisah. Pada satu hari, kira-kira 40 tahun kemudian, ibu saya mendapat panggilan telefon dari seorang wanita. Wah, rupa-rupanya si pemanggil itu adalah rakan ibu saya sewaktu kecil! Dari mana dia dapat nombor telefon rumah saya, saya sendiri pun tidak tahu. Tetapi, ada udang di sebalik batu rupanya.

Dia menelefon ibu saya untuk menjemput menghadiri kenduri kahwin anak lelakinya. Anak lelakinya adalah salah seorang anggota kumpulan rap yang sangat terkenal kira-kira 10 tahun dahulu (maaf saya rahsiakan nama kumpulan itu). Sebelum berlakunya kenduri kahwin itu, agak kerap juga ibu saya dan dia berbual di telefon. Selalunya dia yang akan menelefon ibu saya. Tetapi setelah perginya majlis itu, tidak pernah rasanya dia menelefon ibu saya. Apabila kakak saya kahwin pula, ibu saya menjemputnya datang, dan Alhamdulillah, jemputan itu berjaya ditunaikan olehnya.

Dan kemudian mereka berdua berpisah lagi. Sudah jarang menghubungi. Inilah persahabatan. Bertemu dan berpisah. Datang dan pergi.

Namun, ada sesuatu yang perlu kita sedar. Perpisahan bukan bermaksud terus melupakan. Sebab itu pepatah Melayu berpesan kepada para suami, "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan". Orang tua-tua kita bukan menyuruh suami meninggalkan isteri di rumah untuk menggatal dengan perempuan lain. Sebaliknya, mereka menasihati suami supaya pergi jauh sekali-sekala dari rumah, dan apabila pulang, pasti akan terbit lebih rasa kasih sayang di antara suami dan isteri. Ini kerana jarak dan perpisahan akan melahirkan lebih rasa sayang di hati manusia. Maka, perpisahan juga akan menjadikan sebuah persahabatan itu lebih berkualiti.


KESAN PSIKOLOGI
Kesan psikologi komuniti sosial maya mungkin masih belum kita rasakannya. Setakat pengetahuan saya, masih tiada lagi sebarang kajian ilmiah untuk mengkaji kesan Friendster, MySpace dan sebagainya kepada psikologi manusia. Saya cuma berteori, kesannya hanya dapat kita lihat kira-kira 20 tahun dari sekarang. Friendster adalah sesuatu yang baru dan ia masih lagi dalam proses bertatih. Belum pun lagi mencecah separuh dekad usianya. Friendster semakin mendapat tempat di hati ramai orang. Semakin ramai orang yang lebih suka bersosial di Friendster dan Yahoo Messenger berbanding di alam nyata. Tidakkah ini berlawanan dengan fitrah manusia?

Kadang-kadang saya berasa aneh apabila melihat gelagat manusia yang begitu asyik melayan rakannya di komputer, sehingga rakan yang ada di sebelahnya dilayan acuh tak acuh (saya juga kadang-kala terjebak dengan perbuatan tak bagus ini). Pernah sekali saya memasuki bilik rakan saya. Di bilik itu ada 3 orang penghuni. Sebelum saya masuk, saya sangka tiada orang di bilik itu kerana senyap sunyi sungguh. Tiada suara manusia. Jika ada semut bersin, mungkin saya akan mendengar bersinan semut itu. Rupa-rupanya, masing-masing sibuk dengan internet, YM dan Friendster.

Inikah persahabatan yang kita mahukan? Persahabatan yang kurang menghargai sahabat yang ada di sebelah? Saya mahu sembang-sembang dengan mereka pun rasa teragak-agak memandangkan masing-masing sudah hanyut di internet. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk keluar sahaja setelah bertanya satu dua patah soalan yang dijawab secara sambil lewa.

Dari kesan psikologi yang lain, apa akan terjadi kira-kira 20, 30, 40 tahun dari sekarang, apabila banyak profil di Friendster yang menampilkan profil-profil orang yang sudah mati. Saya rasa, sesuatu yang agak depressing apabila melihat satu demi satu rakan-rakan Friendster kita meninggal dunia. Jika anda adalah rakan MySpace kepada mangsa pembunuhan bersenjata yang dilakukan oleh Cho Seung Hui di Virginia Tech, apa yang mungkin anda rasa sekarang?1


MEMBUANG MASA
Masa juga menjadi sebab utama mengapa saya meninggalkan Friendster. Kebanyakkan orang memiliki alasan ini untuk meninggalkan Friendster. Seorang rakan saya, memberitahu bahawa semasa di zaman Friendsternya, secara purata dia menghabiskan 3 jam sehari melayari Friendster. Ya, 3 jam. Oleh kerana sehari ada 24 jam, maka dia menghabiskan 1/8 waktu hariannya di Friendster.

Saya pula dalam 1 jam sehari. Tapi apa yang saya dapat dalam 1 jam melihat profil sekian-sekian orang, yang kadang-kala tiada kaitan langsung dengan diri saya? Saya mungkin tidak mendapat dosa dengan melihatnya (belum tentu lagi), tapi saya yakin saya telah melakukan sesuatu yang lagha dan tidak ada manfaat, baik bagi kehidupan dunia mahu pun akhirat. Kalau ada manfaat dunia, masih okay lagi, tetapi apabila saya memikirkan tiada langsung manfaat dunia dan akhirat, lebih bagus saya belajar buat roti canai.

Di dalam bab fiqh Islam, ada satu masalah furu' yang bersifat khilaf tentang hukum bermain catur. Para fuqaha berbahagi-bahagi pendapat tentang hukumnya. Pendapat majoriti fuqaha mazhab Hanbali adalah haram bermain catur, dan hukum haram ini adalah hukum paling kuat ataupun rajih di dalam mazhab Hanafi. Ada juga ulama yang mengelaskan hukum bermain catur sebagai jatuh dalam grey area. Malah ada juga ulama-ulama besar yang mengatakan harus hukum bermain catur. Dalam mazhab Shafi'i pula, hukum bermain catur tidaklah haram, cuma ia tidak digalakkan.2

Namun demikian, secara umumnya hukum pelbagai jenis yang dikeluarkan oleh para fuqaha itu ada melibatkan konsep masa. Ulama-ulama ini bimbang kalau-kalau umat Islam terlalu asyik dan leka bermain catur. Para ulama adalah golongan manusia yang benar-benar memahami dan menghargai nikmat masa yang Allah kurniakan ke atas kita. Bagi mereka, satu saat yang digunakan secara sia-sia akan membuatkan manusia menangis dan benar-benar menyesal di hari Akhirat nanti.

Bayangkan, bagaimana agaknya kalau para ulama yang mengeluarkan hukum bermain catur itu masih lagi hidup pada hari ini, dan kemudiannya mereka melihat pemuda-pemudi Islam menghabiskan banyak masa mereka di Friendster, MySpace, X-Box, PS3, anime, soap opera, Yahoo Messenger, dan sebagainya? Ini realiti remaja Islam sekarang. Perjuangan Islam memerlukan tenaga orang muda. Adakah orang muda Islam hari ini mampu melakukan sehebat Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menawan kota Istanbul (Constantinople) dari cengkaman Empayar Byzantine ketika usianya baru sahaja 21 tahun?

Saya sudah pun melepasi had umur 21 tahun, dan saya masih tidak melakukan sumbangan besar kepada Islam. Adakah anda mampu memecahkan rekod Sultan Muhammad al-Fatih, seperti dengan membebaskan kota Palestin dari rejim Zionis pada usia 20 tahun?

Mungkin itu terlalu besar bagi diri kita. Ibarat mahu mengumpul bintang-bintang di langit. Taqwa kita dan taqwa Sultan Muhammad al-Fatih besar bezanya. Taqwa yang lemah tidak mampu menggentarkan Zionis dan musuh-musuh Islam yang lain. Maka, kita beralih kepada sesuatu yang lebih kecil. Bolehkah kita pada hari ini, sekurang-kurangnya membaca setengah juzuk Al-Quran setiap hari? Angkat tangan siapa boleh!

Saya tahu, tak ramai yang mampu. Setengah juzuk Al-Quran hanya memerlukan kira-kira 30 minit untuk membacanya. 30 minit terasa seperti 30 jam apabila orang-orang yang berhati kotor membaca Al-Quran. Tetapi kita dengan mudah mampu melayari Friendster sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Aneh bukan? Mungkin ini ada kaitannya dengan teori relativiti yang dikemukakan oleh Albert Einstein. Satu petikan kata-katanya untuk menjelaskan teori relativiti yang kompleks ke dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam ialah:

"Put your hand on a hot stove for a minute, and it seems like an hour. Sit with a pretty girl for an hour, and it seems like a minute. That's relativity."


Agaknya pada hari ini, tidak salah kalau saya mengatakan bahawa umat Islam, tanpa mereka sedari telah memiliki satu rumus paradigma: hot stove = Al-Quran, dan pretty girl = Friendster.


PERUBAHAN
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya tentang Friendster. Tidak mengapa. Saya tidak paksa anda untuk meninggalkannya secara serta-merta. Sebab itu artikel ini bertajuk Kempen Menjauhi Friendster, dan bukannya Kempen Memboikot Friendster. Saya tidak syadid atau keraskan perkara ini kepada anda. Saya hanya syadid pada diri saya sendiri. Saya bimbang kalau-kalau saya ketagih Friendster, maka saya gunakan kaedah cold turkey3 untuk mengatasinya.

Bagaimana saya mampu untuk menghalang manusia dari menyertai komuniti sosial maya ini, sedangkan ia semakin menjadi budaya kehidupan manusia zaman moden? Pada tahun 2006, carian utama di Google adalah Bebo (tangga pertama) dan MySpace (tangga ke-2)4. Bebo juga merupakan satu lagi rangkaian sosial maya yang semakin meraih populariti masyarakat dunia. MySpace, Bebo, Friendster, dan lain-lain, adalah realiti hari ini.

Tapi percayalah, hati manusia itu sifatnya sentiasa berubah. Mungkin hari ini anda memandang Friendster itu sebagai sesuatu yang elok dan bermanfaat. Saya juga begitu satu ketika dahulu. Tetapi, apabila alam ini semakin mendewasakan saya, pandangan dan paradigma saya telah berubah. Sama ada kita sedari atau tidak, satu hari nanti kita pasti akan berubah dan menjadi semakin dewasa (hanya semata-mata anda berumur 40 tahun, itu tidak bermakna anda telah dewasa). Muhammad Ali, bekas jaguh tinju termasyhur di dunia pernah berkata:

A man who views the world the same at fifty as he did at twenty, has wasted thirty years of his life.



Satu hari nanti, apabila datang detiknya anda tiba-tiba terfikir untuk meninggalkan alam Friendster, maka janganlah ragu-ragu untuk melaksanakannya. Sedangkan pengasas Friendster sendiri, iaitu Jonathan Abrams juga telah meninggalkan Friendster, mengapa anda juga tidak boleh? Apa yang bezanya, selepas Jonathan Abrams meninggalkan Friendster, beliau telah melabur di dalam sebuah kelab malam di San Francisco, iaitu Slide. Dan kemudian mengasaskan satu lagi rangkaian sosial lain, dinamakan Socializr pada tahun 2006.

Jonathan Abrams mengasaskan Friendster dan Socializr dengan matlamat asalnya yang berbeza. Beliau mendapat idea menubuhkan Friendster setelah dia gagal dalam percintaan. Jonathan Abrams tidak boleh hidup tanpa kehadiran wanita di sisinya. Maka dengan kewujudan Friendster, ia akan membantu Jonathan Abrams untuk mencari teman wanita yang baru yang cantik5. Socializr pula diwujudkan dengan bisnes dan wang sebagai matlamat utama setelah Friendster memasuki zaman suramnya (yang akhirnya membawa kepada penarikan dirinya dari syarikat yang diasaskan olehnya ini).

Kita selaku umat Islam, janganlah setelah meninggalkan Friendster dan kemudian terlibat aktif pula di dalam MySpace! Kita umat Islam mesti memiliki pandangan hidup yang berbeza dengan mereka yang bukan Islam. Matlamat kita akhirat, bukan dunia. Dunia adalah alat, dan akhirat itu matlamat. Maka gunakanlah alat-alat yang ada di dunia ini dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, setelah kita menarik diri dari Friendster, fokuskan usaha kita pada perkara-perkara yang lebih membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Bak kata Sidi Ahmad al-Zarruq6 di dalam wasiatnya:

"Berkerjalah di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup selamanya, tetapi beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."


MENCARI SAHABAT
Gunakanlah Friendster secara ala kadar. Jangan terlebih-lebih kadar. Dan jangan fikir dengan ada beratus-ratus orang kawan di dalam senarai sahabat Friendster anda, itu menandakan anda sangat popular dan memiliki ramai kawan. Sahabat baik susah dicari. Sebab itu Rasulullah saw sendiri pernah bersabda di hampir penghujung usia Baginda, yang maksudnya lebih kurang,

"Orang yang paling aku percayai adalah Abu Bakar. Jika aku mahu mengambil seorang sahabat baik, nescaya aku memilih Abu Bakar di tempat itu."7

Semua umat Islam kenal Abu Bakar as-Siddiq. Beliau merupakan lelaki pertama yang benar-benar percaya kepada wahyu Allah yang dibawa oleh Rasulullah, di kala ramai orang mengatakan Nabi sudah terkena penyakit gila dan schizo. Beliau adalah seorang lelaki yang sanggup mengambil risiko menemankan Rasulullah dalam hijrah Baginda dari Mekah ke Madinah walaupun dirinya sentiasa berada di dalam keadaan ketakutan sepanjang perjalanan hijrah tersebut. Beliau adalah salah seorang dari 10 orang sahabat Nabi yang dijanjikan Syurga. Beliau adalah seorang lelaki yang apabila dibentangkan Syurga dan Neraka di hadapannya, pasti tidak akan bertambah lagi keyakinannya terhadap segala janji dan ancaman Allah kerana keimanannya sudah berada di tahap paling maksimum. Beliau jugalah yang berkata, "Jika sebelah kaki aku berada di dalam Syurga dan sebelah lagi di luar, maka aku masih lagi berasa tidak selamat. Jika kedua-duanya sudah berada di dalam Syurga, barulah aku boleh berkata Alhamdulillah."

Abu Bakar begitu istimewa. Beliau adalah sebaik-baik calon sahabat idaman. Siapa yang tidak mahu menjadikan manusia semulia Saidina Abu Bakar as-Siddiq ini sebagai seorang teman sejati? Namun demikian, apabila menyentuh tentang konsep persahabatan, Nabi tetap mengatakan "Jika aku mahu mengambil seorang sahabat baik, nescaya aku memilih Abu Bakar di tempat itu." Padahal, Abu Bakarlah antara manusia yang paling rapat dengan Nabi di sepanjang perjuangan Baginda menyebarkan dakwah Islam yang penuh dengan ranjau dan duri. Apa yang boleh dikatakan di sini, sesungguhnya seorang sahabat sejati itu sangat sukar dicari.

Sidi Ahmad al-Zarruq sekali lagi di dalam wasiatnya menasihatkan supaya mencari seorang teman baik bagi menolong kita di dalam urusan-urusan duniawi dan akhirat. Dan dalam masa yang sama juga, beliau memberikan amaran bahawa sahabat baik yang benar-benar berada di sisi kita dalam keadaan susah dan senang adalah amat sukar dicari (jangan lupa bahawa Sidi Ahmad al-Zarruq hidup pada 846-899 Hijrah, iaitu lingkungan tahun 1400-an. Di zaman itu pun susah untuk mencari sahabat baik, maka apatah lagi di zaman 2000-an yang semakin materalistik ini).

Ada orang yang suka bermegah-megah dengan ramainya kawan yang mereka ada. Tapi betulkah kawan yang mereka ada itu benar-benar seorang kawan? Ketahuilah bahawa anda sebenarnya tidak memiliki ramai kawan. Oleh itu jika anda memiliki seorang kawan baik, anda sebenarnya terdiri dari golongan yang sangat bertuah di dunia. Dan jika anda ada dua orang kawan baik, buatlah sujud syukur banyak-banyak kepada Allah. Ini kerana sahabat akan bersama-sama dengan kita dalam susah atau senang. Dan jangan lupa juga bahawa seorang musuh yang kita ada adalah jauh lebih banyak dari 1000 kawan di sekeliling pinggang.

Kawan yang hanya bersama kita di waktu senang, itu tidak dinamakan kawan. Itu dinamakan parasit. Saya pernah sahaja mendengar beberapa kisah sahih tentang persahabatan dunia moden. Dua orang ini siap pernah berbai'ah, atau pun taat setia. Tetapi apabila yang seorang lagi benar-benar di dalam kesusahan, tiba-tiba rakannya itu tidak mahu menolongnya. Ini kes kawan yang lari di waktu kita susah, belum lagi masuk bab kawan makan kawan, atau kawan tikam belakang.


SAHABAT DAN CINTA
Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri apabila kita susah. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan. Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya...dalam susah atau pun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.

Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya. Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:

"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu".

Inilah yang dinamakan cinta. Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.

Ikatan persahabatan dan percintaan (yang palsu) berubah apabila situasi berubah kerana kebanyakkan manusia melihat sesuatu perkara, masalah dan isu mengikut dari kaca mata dirinya sahaja. Dengan kata lain, kebanyakkan manusia mementingkan diri sendiri, atau pun selfish. Oleh itu, apabila memulakan sebuah persahabatan dan percintaan, jangan terus menganggap bahawa mereka akan benar-benar memahami diri kita.

Lain tempat tegak, lain barang yang nampak. Dunia dia dan dunia anda mungkin berbeza. Tapi tak mustahil anda dan dia mempunyai aspirasi yang sama. Lihat sahaja sejarah perkembangan Islam oleh Rasullullah di Mekah selama 13 tahun, dan di Madinah selama 10 tahun. Bagaimana caranya dalam tempoh 23 tahun itu, Rasulullah berjaya menyatukan penduduk tanah Arab yang terdiri dari pelbagai puak yang saling bercakaran dan dibelit pula dengan fahaman fanatik asobiyyah, menjadi satu ummah yang diikat kukuh dengan tali akidah kepada Allah yang satu?

Ini kerana mereka yang memeluk Islam itu memiliki aspirasi yang sama. Aspirasi mereka adalah untuk mencari keredhaan Allah, dan seterusnya mudah-mudahan mendapat balasan syurga dan terlepas dari azab api neraka. Dengan aspirasi inilah kaum Ansar sanggup mengorbankan apa sahaja demi menolong orang-orang Muhajirin. Ya, apa-apa sahaja, sehingga ada kaum Ansar yang mahu menceraikan isteri mereka untuk diberikan kepada orang-orang Muhajirin yang masih bujang. Kaum Ansar ini tidak gila, tetapi mereka telah benar-benar memahami konsep persaudaraan dan persahabatan yang hakiki.

Melalui aspirasi itu jugalah, umat Islam yang pada mulanya hanya ada seketul dua jumlahnya, akhirnya meningkat menjadi beratus-ratus ribu orang yang berpayung di bawah akidah tauhid yang sama. Seluruh tanah Arab berjaya di Islamkan. Ketika berlakunya Haji Wida' tahun 10 Hijrah, iaitu haji terakhir yang dihadiri oleh Rasulullah sebelum kewafatannya pada tahun 11 Hijrah, sekurang-kurangnya 120,000 orang telah bersama-sama Nabi mengerjakan haji tersebut. Kadang-kadang, amat aneh memikirkan bagaimana dalam tempoh 2 dekad sahaja, umat Islam di tanah Arab mampu mencapai tahap yang sangat gemilang. Dan saya percaya, ia adalah disebabkan aspirasi mereka yang sama. Dan aspirasi inilah yang mampu menjadi kunci untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di muka bumi ini.


SAHABAT YANG PATUT DICARI
Sahabat yang patut kita cari adalah sahabat yang berkawan dengan kita bukan kerana kekayaan, kepopularan, kehenseman, dan kecomelan yang kita ada. Kekayaan boleh hilang serta-merta. Begitu juga dengan populariti. Maka apabila kekayaan dan populariti ini hilang, kita juga akan kehilangan sahabat. Dan jangan juga berkawan dengan seseorang itu hanya semata-mata dia hensem, kacak, cantik dan comel. Semua benda ini akan pergi satu hari nanti. Orang yang dilahirkan cantik, jangan bermegah dan suka menunjuk-nunjuk. Sila merendah diri dan jangan gedik. Cantik sebenarnya adalah satu masalah besar bagi diri manusia.

Cantik itu ibarat dilahirkan dari perut ibu sebagai seorang yang kaya-raya, dan kemudian kekayaan itu semakin surut apabila umur bertambah, dan tiada langsung cara untuk menambahkan kekayaan yang semakin beransur-ansur hilang itu. Pepatah orang putih mengatakan, "Beauty is only skin-deep". Maksudnya, kacak dan cantik itu hanyalah setebal kulit. Apabila kulit manusia yang setebal kira-kira 2mm ini disiat dari badan, maka apakah beza di antara si Beauty dan si Beast? Maka berhati-hati dengan kecomelan yang anda miliki.

Sahabat yang baik patut menjadi cermin kepada diri kita. Di dalam Sahih Bukhari, terdapat satu hadith yang sering dipetik oleh umat Islam, iaitu "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain." Tanya diri anda, apa tujuan anda melihat cermin?

Kita melihat cermin bukan untuk melihat kecantikan diri kita. Kita melihat cermin untuk membetulkan apa-apa yang tidak kena pada wajah dan badan kita, atau pada pakaian yang kita kenakan. Ini fungsi hakiki cermin. Jika anda melihat cermin untuk melihat kecantikan diri anda, dan kemudian rasa perasan yang anda ini cantik, comel atau kacak, maka apa beza di antara anda dan Wicked Queen dalam kisah dongeng Snow White?8

Oleh sebab itu Nabi mengatakan bahawa seorang mukmin adalah cermin bagi orang mukmin yang lain. Apabila berjumpa dengan seorang mukmin yang lain, jadikan mereka sebagai cermin. Lihat perkara-perkara yang baik pada diri mereka, lalu pantulkan kebaikan itu pada diri anda. Mudah-mudahan pantulan itu akan membuatkan anda menyedari perkara-perkara buruk dalam hidup anda yang mesti anda perbaiki. Untuk anda menjadi cermin kepada mukmin yang lain, maka anda juga mahu tidak mahu perlu juga berubah menjadi lebih baik dari semalam. Apabila semua mukmin saling berfungsi seperti cermin, maka semakin indahlah akhlak masyarakat Islam yang ditonjolkan kepada masyarakat bukan Islam. Indahnya akhlak akan membawa kepada perkembangan ummah yang lebih sihat dan progresif.

Kesimpulannya, agak sukar bagi kita untuk melihat keburukan dan aib diri sendiri tanpa ada cermin. Dan cermin itu adalah saudara mukmin kita. Dengan cermin, barulah kita boleh melihat siapa kita. William Shakespeare ada menulis satu perkara berkaitan cermin di dalam salah satu karyanya yang popular, iaitu Macbeth. Katanya lebih kurang, "Tuhan telah menetapkan bahawa manusia hanya boleh melihat wajahnya melalui cermin". Dengan kata lain, kita tidak akan sama sekali boleh melihat wajah sendiri dengan mata kita. Kita hanya boleh melihat wajah sendiri melalui refleksi yang dihasilkan melalui cermin.

Kita tidak boleh melihat wajah sendiri. Tetapi orang lain yang ada di sekeliling kita boleh melihat wajah kita. 'Orang lain' ini berpotensi menjadi cermin bagi diri kita. Sebaik-baik cermin adalah orang-orang mukmin. Maka pilihlah 'cermin' itu berhati-hati. Cermin yang baik akan menyedarkan kita tentang keaiban yang ada pada diri. Kurangkan bergaul dan pergi ke tempat-tempat yang mempunyai banyak 'cermin-cermin rosak dan dusta'. Cermin-cermin sedemikian saya sifatkan sebagai cermin yang digunakan oleh Perseus untuk membunuh Medusa. Siapakah Medusa?

Medusa adalah satu makhluk jahat dalam mitos Greek. Medusa memiliki rambut ular dan wajahnya begitu hodoh. Manusia yang memandang Medusa akan berubah serta-merta menjadi batu. Oleh itu Perseus menggunakan pelindung cermin dalam usahanya membunuh Medusa. Dengan melihat pantulan imej Medusa di dalam cermin (dan tidak memandang tepat ke arah Medusa bagi mengelakkan disumpah menjadi batu), Perseus akhirnya berjaya memenggal leher Medusa. Inilah cermin yang membawa kepada kemusnahan Medusa. Dan 'cermin-cermin rosak dan dusta' yang saya sebutkan di perenggan sebelumnya juga boleh membawa kemusnahan kepada diri kita jika tersilap langkah. Cermin rosak dan dusta ini dihasilkan oleh kaki-kaki maksiat dan lagha. Maka, cari dan berkawanlah dengan orang-orang yang mukmin dan soleh. Mudah-mudahan kita mendapat sebaik-baik cermin. Jangan biarkan diri anda terbunuh seperti Medusa.


SAHABAT HAKIKI
Biar apa pun jenis sahabat yang anda miliki, tetapi ketahuilah bahawa sahabat baik yang sebenar bagi seseorang manusia itu adalah amal solehnya. Inilah sebaik-baik teman, dan ia juga adalah sebaik-baik bekal bagi kita untuk bertemu dengan Allah. Ini seperti mana kisah Hatim al-'Assam yang terdapat di dalam kitab Ya Ayyuhal Walad al-Muahib tulisan Imam al-Ghazali. Hatim al-'Assam adalah seorang sahabat baik kepada Syaqiq al-Balkhiy.

Pada satu hari, Syaqiq bertanya kepada Hatim, "Kamu telah bersahabat denganku selama 30 tahun. Apakah yang telah kamu perolehi dari persahabatan kita ini?" Jawab Hatim al-'Assam, "Aku telah memperolehi lapan perkara, cukup sebagai bekalan bagi keselamatan aku di Akhirat nanti."

Dan ini perkara pertama dari 8 perkara itu. Untuk 7 perkara lagi, sila dapatkan kitab itu di kedai buku berhampiran (tak tebal pun kitab tu).

Aku melihat semua manusia mempunyai kekasih. Sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehingga waktu ajal mendatang. Ada pula yang akan terus menemaninya hingga ke liang lahad. Selepas itu mereka akan pulang. Tinggallah manusia ini keseorangan di dalam kuburnya. Lalu aku berfikir, "Sebaik-baik sahabat adalah mereka yang sanggup menemani aku sehingga ke dalam lubang kubur. Aku tidak menemui sahabat sebegini melainkan amal solehku."

Lalu aku pun menjadikan amal soleh sebagai kekasih aku. Agar amalan aku itu boleh menjadi pelita menerangi kegelapan di dalam kubur aku kelak, boleh menghiburkan aku dan tidak meninggalkan aku keseorangan di dalamnya.


Sebagai satu kesimpulan, tulisan ini bukan bertujuan untuk mengajak para pengguna Friendster, MySpace, Facebook, dan sebagainya, untuk terus memboikotnya jauh-jauh. Sebaliknya hanya untuk memberikan satu kesedaran bahawa Friendster itu adalah satu alat, dan bukannya matlamat. Maka, jika Friendster adalah satu alat, adakah wajar untuk kita menghabiskan masa yang begitu lama, setiap hari di situ? Dan tulisan ini dibuat bagi menyedarkan diri saya, dan mudah-mudahan mampu memberikan sesuatu yang berguna juga kepada orang lain.

Semoga kita semua semakin dewasa di dalam iman, amal dan taqwa kepada Allah. Dan moga-moga kita bertemu dengan seorang sahabat sejati yang dapat membantu kita dalam perjuangan di bumi Allah yang fana ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Sumber: http://aisaralex.blogspot.com/
Read more...

GAMIS maju setapak lagi!!



Demi memastikan GAMIS tidak hanya terus berpencak silat di dalam kampus ataupun di dada akhbar sahaja, GAMIS maju setapak lagi apabila permohonan dengan nama "Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia" (GAMIS) itu sendiri untuk berdaftar sebagai salah sebuah Non-Governmental Organization melalui satu perakuan Surat Ikatan Amanah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah, Tuan Mohd Radzi Yasin di firmanya berdekatan PWTC awal pagi tadi. Wakil GAMIS telah diwakili oleh Timb. Presiden, Setiausaha Agong, Timb. Setiausaha dan 2 lagi wakil aktivis selaku Pemegang-pemegang Amanah Pertama dalam Lembaga Pemegang Amanah GAMIS.

Semoga dengan “rebranding” ini, GAMIS tidak lagi hanya popular di bibir aktivis-aktivis Persatuan Mahasiswa Islam IPT sahaja, bahkan boleh dikenali dan dinantikan kehadiran oleh masyarakat luar kampus melalui program-program ‘dari kampus ke lapangan umat’ yang akan diperkasakan GAMIS pada masa-masa mendatang.

Sebagaimana telah dimaktubkan dalam bahagian objektif penubuhan GAMIS dalam dokumen perjanjian tersebut, GAMIS kini diberikan ruang bergerak secara sah sebagaimana NGO’s lain di Malaysia untuk :

1. Menganjurkan sebarang aktiviti kebajikan bagi faedah masyarakat khususnya berkaitan dengan peningkatan taraf, pendidikan, ekonomi, kesihatan, pembasmian kemiskinan, mengatasi penderitaan dan kemelaratan.

2. Melaksanakan kerja ke arah pengupayaan masyarakat melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan daya membangun dengan nilai-nilai murni.

3. Mengadakan kegiatan dakwah dan pembangunan komuniti untuk memberi khidmat kebajikan dan penyebaran Islam kepada masyarakat.

4. Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri dan juga nasional dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.

5. Sebagai wadah yang dapat menggembleng mahasiswa-mahasiswa Islam seluruh Malaysia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Dengan ’wajah baru’ GAMIS kini, diharapkan kepimpinan baru akan datang tidak lagi berhadapan atau beralasan dengan masalah 'protokol’ untuk membuat pertemuan dengan pemimpin-pemimpin besar negara ataupun untuk memohon peruntukan untuk melancarkan projek-projek mega mahasiswa turun ke masyarakat kelak.
Read more...

Sunday, June 22, 2008

SEMANGAT BARU


Tsunami Politik Malaysia sedang hebat diperhatikan di seluruh dunia. Bermula dengan Pilihan Raya Umun ke 12, Isu lompat parti, Ezam masuk umno, Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri dan presiden umno selama 22 tahun yang juga pengasas umno baru juga mengishtiharkan keluar umno. Dato’ Seri Anwar Ibrahim menawarkan kesediaan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam masa yang terdekat. Terbaru parti SAPP komoponen BN sabah sudah hilang kenyakinan dengan pimpinan Pak Lah Badawi dan banyak lagi isu-isu yang semakan hari semakin mendebarkan. Dalam dunia politik, tidak ada perkara yang mustahil boleh berlaku. Cuma harapan kita rakyat Malaysia supaya orang yang memimpin negara ni biarlah orang yang selayaknya. Episod kronologi ini merupakan hasil pengorbanan orang-orang yang yang merintis dan menyambung pejuangan lebih awal daripada kita.

Memimpin perubahan

Mengisi dan memimpin perubahan adalah lebih sukar dari mencipta perubahan. Manteliti perlu diubah dari keadaan yang lama. Tambahan pula iklim ekonomi dunia yang sedikit mendung dengan harga Bahan Bakar(petroleum) dunia semakin meningkat, kekurangan sumber makanan dunia, peningkatan harga barang, menularnya banyak penyakit, peperangan yang masih tiada noktah dan lain-lain. Rakyat juga perlu mengemukakan idea mekanisme baru bagi mengatasi situasi ini.

Penyakit sosial

Antara penyakit sosial yang kurang diperkatakan adalah tabiat membeli belah yang tidak penting. Membayar berlebihan untuk barangan berjenama sebenarnya di buat di negara China, vietnam malah di negara kita sendiri atau merasa kepuasan seketika berbelanja lebih tetapi menyesal kemudian.

Proses perbandaran telah membawa makna gaya hidup dan gaya hidup ini pula diberi makna dengan membeli barangan. Rakyat kita sememangnya gemar membeli belah, tidak kurang juga para mahasiswa. Bayangkan lah jika wujudnya perbandaran, akan wujud lah pesat-pusat membeli belah.

Kita kini sebenarnya semakin cepat betukar kepada bangsa membeli belah yang berterusan, malah tidak mampu berjalan-jalan di sepanjang jalan tanpa membuat sebarang pembelian , walaupun ia remeh temeh.
Malah kaji selidik yang dibuat oleh AC Nielson juga turut mendedahkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ramai pembeli-belah yang tegar. Kajiselidik ini menggambarkan kita adalah pembeli yang membeli dengan kerap.

Lihat juga angka rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit , pada Disember 2005 terdapat 7.94 juta kad kredit berada dalam edaran dan pemegang kad ini pula membelanjakan RM 37.7 billion.
Peningkatan 186.6% dan 163.6% ini amat membimbangkan terutama sekali apabila dibandingkan kepada 2.82 juta kad kredit dalam edaran pada 2000 dan pembelian yang dibuat hanya RM 14.3 bilion.

Pertumbuhan dalam perbelanjaan kad kredit ini perlu mendapat perhatian kerajaan memandangkan kajian yang dijalankan oleh universiti tempatan telah menunjukkan bahawa 11% kes bangkrap akibat hutang kad kredit.
Apa yang menarik perhatian saya, mereka yang berusia 20-30 tahun merupakan 8 % daripada mereka yang bangkrap dan punca utama kebangkrapan golongan-golongan muda ini ialah perbelanjaan berlebihan menggunakan kad kredit. Mahasiswa di mana?.

Pusat membeli-belah, syarikat-syarikat menggunakan “suasana yang mendorong”, mata rahsia dan alatan mengesan laluan di dalam produk dan helah lain untuk memanipulasi pengguna tanpa mereka menyedarinya.

Mereka menggunakan warna, bau, suhu, cahaya, kedudukan tempat, muzik, wangian, atau pelbagai senjata lain untuk menyerang keadaan separa sedar kita, keperluan emosi dan perasaan tidak selamat anda.Sebab itulah wanita lebih cenderug kearah ini kerana mempunyai 9 jenis emosi.

Mereka mungkin lebih mengenali diri anda kerana mereka mempelajari tabiat anda untuk memanipulasi anda. Kenapa manusia sering mengaitkan identiti diri dengan tas tangan mahal atau jam tangan mewah? Kenapa Nike, Coke, dan McDonald’stidak dapat dipisahkan daripada kita?.Kenapa pula pasar raya dan pusat membeli-belah terlalu menarik?....Saya tinggalkan seketika untuk pembaca berfikir mencari jawapannya.


Read more...

Friday, June 20, 2008

CINTA pada Sahabat



Kepada sahabat yang... Single/Solo/Kesepian....... Cinta layaknya seperti seekor rama-rama, semakin kalian mengejarnya, semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian. Biarkan 'rama-ramamu' terbang kemana saja ia suka, siapa tahu, bila ia lelah dan tidak sadar akan kewujudanmu, ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu, menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi dalam keadaan yang kau tidak sangka. Mungkin saja 'rama-rama' yang kau kejar itu, bukan 'rama-rama' yang Allah peruntukkan buatmu :))


Cinta bisa membuatmu bahagia, tapi most of the time, cinta itu sifatnya melukakan. Digenggam kau luka, dilepas kau hiba. Cinta cuma membahagiakan, bila ia dikembalikan pada Allah, dan dicurahkan pada yang berhak. Jangan terburu-buru, perlahankan rentakmu, semoga Allah mengetuk pintu hatimu dengan cinta yang tulus. Ameen ya Rabb........

Dan lagi.. siapa tahu, cinta itu tidak sampai-sampai kepadamu, kerana mungkin kau tidak mampu memikul beban cinta, itu petanda Allah sayangkan dirimu. mungkin saja Allah ingin mengelakkan kau terjerumus dari maksiat2 cinta yang banyak menyebabkan manusia dihumban kenerana Jahannam.. Naudzubillah...

Kepada sahabat-sahabat yang.. "Not So Single"/"Sudah Berpunya"

Cinta itu satu ujian. Selamanya anda bercinta, anda diuji dengan ujian-ujian yang getir. Anda mungkin tidak menyedari kehebatan ujian yang Allah sediakan saat anda menyambut cinta seseorang. Tapi ketahuilah, pandangan mata, pengucapan kata, luahan hati, khayalan2 mu saat kau menunggu matamu lelap, lintasan2 perasaan yang halus, tiap angan-angan, setiap baris sms dan segala yang anda lalui bersama'nya' adalah satu ujian dari Allah. Bagaimana anda mengarahkan cinta yang Allah anugerahkan itu agar Dia tidak melaknatmu, agar cinta itu bebas dari noda dan dosa?

Jangan pernah terangsang dengan nuansa cinta romantisme dari barat. Setiap dari kita perlu menjawab dihadapan Allah kelak. Semoga cinta yang dilontarkan pada hati2 kalian bakal mendekatkan kalian pada Rabbul Izzati.. Ameen ya Rabb.....

Saat cinta itu ditarik dari kalam hatimu atau hatinya, ketahuilah bahawa ada hikmah disebalik segala perancangan Allah. Mungkin saja ALlah lontarkan sekelumit perasaan benci itu sebagai ujian, atau mungkin saja kerana dia bukan lagi jodohmu. Redhalah.. semoga Allah redha padamu.

Kepada sahabat-sahabat yang.. "Play Girl, Play Boy.."

Jangan pernah mengucapkan kata-kata cinta jika anda tidak merasainya.

Jangan pernah berkisah tentang perasaanmu yang indah tapi palsu, jika ianya tidak ada disana.

Jangan pernah menyentuh kehidupannya, jika yang kau niatkan hanya untuk merosakkan satu hati.

Jangan pernah membuatnya jatuh cinta padamu, jika kau tidak mampu menyambutnya.

Kepada sahabat-sahabat yang... Telah berkahwin..

Semoga Allah melimpahkan rahmat pada kalian dengan zuriat yang ramai. Semoga zuriat kalian bakal menjadi penyambung lidah Nabi, semoga jundullah kecil itu bakal menjadi para pejuang agama, meredah taufan menongkah arus. Semoga jodoh kalian berpanjangan, dan semoga kalian menjadi tongkat kepada pasangan-pasangan anda. Semoga segala khilaf didalam rumahtangga anda menjadi 'murabbi' kehidupan yang fana ini. Semoga lidah anda fasih memohon maaf dan bisu dari berkata kasar. Semga anda dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, serta diakhiri dengan pengakhiran yang baik.

Kepada sahabat-sahabat yang... Berpatah Hati/HeartBroken

Kelukaan hati cuma berlarutan/berpanjangan.. selama mana anda membiarkan hati anda merasakan sedemikian. Kedalaman luka hati anda, akan berterusan selagi mana anda membiarkan pisau itu menancap hati anda. Cabarannya bukan saja bagaimana anda bangkit dari luka itu, tapi bagaimana anda melihat luka hati anda dari sisi yang lain, dan bagaimana anda mengambil pengajaran dan teladan dari apa yang berlaku. Biawak tidak akan jatuh pada lubang yang sama, Pisang tidak akan berbuah dua kali, melainkan jika anda benar-benar bodoh dan tidak siuman.

Perasaan yang hiba, sendu yang berpanjangan, penyesalan yang menggunung, mungkin saja kafarah dari dosa-dosa yang anda lakukan sewaktu anda dibuai dengan perasaan cinta yang enak. Itu juga satu ujian, bagaimana anda berlapang dada dengan apa yang terjadi, dan bersegera kembali pada Allah dan muhasabah diri anda. Sabar itu adalah kunci segala pintu yang tertutup.

Kepada sahabat-sahabat yang... Naive/Tidak pernah bercinta/Ragu-ragu dengan Cinta....

Jatuh cinta, tapi jangan pernah bercinta. Keduanya beda, laksana langit dan bumi. Konsisten dengan perasaanmu, banyakkan beristighfar, dan jangan terlalu persistant. Berkongsi sejauh mana syariat Allah membenarkan, dan pintalah sejauh mana syariat Allah mengizinkan. Memahami pengertian cinta, bukan dengan nuansa yang disajikan dari musuh-musuh ALlah, tapi pengertian sebenar, dikembalikan pada Quran dan Sunnah. Saat cinta melacak rongga sukmamu, saat cinta merenggut ragamu, carikan pengobatannya didalam helai-helaian Qalamullah, bukan dari deretan sms. Obatnya ada didalam kisah-kisah cinta Rasulullah dan para sahabat, bukan didalam kisah-kisah cinta Romeo dan Juliet yang direka oleh sang kuffar.

Ingat sekali lagi, cinta itu satu anugerah, jangan pernah lupa, segalanya adalah UJIAN. Pegang erat Quran dan Sunnah, insyaALlah cinta itu tegar dan tidak membinasakan.

Kepada sahabat-sahabatku sekalian..

Doaku buat kalian, semoga anda dianugerahkan calon acuan Al-Quran, yang dengan cintanya anda semakin bersemangat, semakin gigih berusaha dan bekerja untuk Islam. Mungkin anda tidak berasa cinta padanya, tapi doaku, bukannya agar anda mendapat cinta seperti idaman hatimu, tapi agar kau mendapat cinta orang-orang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari cintanya padamu. Semoga cinta itu bisa menyelimutimu dari panas api neraka Allah.. Ameen ya Rabb



Read more...

Thursday, June 19, 2008

Keranamu Minyak !!




Kau pencetus revolusi,
Kau pengerak kemajuan,
Kaulah pembakar semangat,
Kerana kaulah kami bangkit,
Kerana kau negara pernah dijajah,
Kerana kau demontrasi bercambah,
Dan kerana kau rakyat gelabah
Minyak,Manusia tamak kerana kau,
Manusia hilang moral kerana kau,
Manusia hilang kasihan belas kerana kau,
Kau milik rakyat,
Kau kepunyaan manusia sejagat,
Kau hak semua.

Minyak,
Kau ciptaan Allah yang berharga,
Kau berguna untuk ke tempat kerja,
Kau diguna penjaja,
Kau penggerak,
Kau naik,
harga barang naik,
kau harus diturunkan
penaik harga kau jua mesti turun,
turun...turun..!
turun BN!
Read more...

GEGARKAN BORNEO!!!

Pertemuan dengan sahabat GAMIS minggu lepas memberi harapan baru kepada aktivis mahasiswa di borneo dengan gagasan dan matlamat yang satu iaitu mencari redha Allah. Pertemuan yang menghimpunkn lima kampus berdekatan adalah bertujuan menyuntik semangat yang terpendam dalam diri sekalian yang mewaqafkan diri dalam perjuangan, menunjukkan garis-garis yang seharusnya dilalui, serta memberikan satu signal bahawa, gerakan mahasiswa Islam kampus borneo sudah bersedia untuk memunggah dan mendepani isu mahasiswa dan masyarakat setempat.

Dunia sekarang dalam keadaan kacau bilau apabila ia tidak dipimpin oleh Islam. Situasi kebejatan moral, kerendahan budi pekerti, kemunduran gaya hidup dan berfikir, kejatuhan sistem sosial masyarakat, kepincangan gaya kepemimpinan,dan sebagainya menyaksikan kerosakan total kepada lapisan dunia. Jahiliyah menggantikan sistem Islam. Ini membenarkan pemikiran Mordechai, Karl Marx dalam menyahkan tauhid uluhiyah untuk ditukar gantikan dengan pementasan dan hiburan.

Hari ini politik Sabah terus bergegar bagaikan mahu mempercepat kedatangan tsunami kedua politik Malaysia selepas 8 Mac, apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) mahu mengemukakan usul tidak percaya kepada PM di Parlimen Malaysia 23 Jun ini. Hasrat rakyat Malaysia untuk 'berehat' seketika dari hiruk pikuk adegan-adegan bersiri politik BN dan PR tidak kesampaian jua, bagaikan kempen PRU belum lagi selesai. Bagaikan teruja dengan apa yang bakal berlaku di Sabah ini,
Ingatlah

Ayuh!kemaskan langkahmu mantapkan pentarbiyaan..gelombang kali kedua bakal menjelma..nah sudah tiba masanya kita semua memandang kehadapan..Ingat!!!Ia tidak boleh dilakukan dengan angan-angan, atau cakap-cakap kosong, atau impian yang dipasang terlalu tinggi tanpa revolusi bertindak, atau laungan yang sekadar berniat menakutkan . Sesebuah tamadun tidak terbina dengan nostalgik-nostalgik semata. Sesebuah empayar tidakkan terwujud dengan hanya berbangga dengan tokoh-tokoh lama. Ayuh, gerakan lantang yang dirasai mesti wujud. Gerakan agresif lagi matang perlu dibina. Gerakan berani bersendikan plan tindakan mesti dicorak. Gerakan ini tidak boleh dibina dengan semangat melulu semata-mata, malah ia perlukan perancangan yang strategik, tersusun, bijak, dan merentas masa depan. Kita perlukan daya pemikiran mencapah yang keluar daripada adat kebiasaan berfikir, malah menongkah arus.
Ingat…!! KUASA MAHASISWA KUASA PERUBAHAN!!

Read more...

Benarkah Sabah tidak dipedulikan kerajaan?

Kami anak jati negeri Sabah memahami usaha kerajaan untuk membangunkan negeri kami. Faktor geografi adalah cabaran utama untuk pembangunan kerana keluasan tanah negeri Sabah yang terlalu luas berbanding dengan kebanyakan luas negeri teman kami di semenanjung.Namun apa yang kami tidak puas hati adalah.1) Isu pendatang tanpa izin. Kerajaan nampaknya tidak mampu menyelesaikan masaalah ini, malah jika PR berkuasapun selepas ini, saya secara peribadi melihat PR akan menghadapi masaalah juga kerana perkara ini telah lama berakar umbi, tetapi setidak-tidaknya sesuatu mesti dilakukan.2) Masaalah keseragaman. Walaupun negeri Sabah adalah satu negeri di Malaysia, namun wujud ketidakseragaman dari sudut berikut..a) Harga baranganb) Gaji pekerja swastac) Harga getah dan kelapa sawitHARGA BARANG: Adalah diketahui umum bahawa terdapat perbezaan harga barangan. Selalunya pengangkutan dijadikan alasan, namun seorang menteri dari Sabah pernah membandingkan keluasan Negara Malaysia dengan Negara Amerika yang 29 kali lebih luas dari negara Malaysia. Beliau berkata bahawa tidak terdapat banyak perbezaan harga barangan antara New York dengan Los Angeles dan sepatutnya Malaysia yang keluasannya lebih kecil mampu menangani perbezaan ini.GAJI PEKERJA SWASTA: Ramai tidak mengetahui bahawa gaji pekerja swasta disini lebih murah. seorang pekerja buruh binaan disini mendapat gaji lebih murah berbanding dengan buruh di semenanjung. Pekerja pembantu kedai, restoran, pasar raya rata-rata mendapat gaji sekitar RM300-RM400 sebulan. Malah ada diantara pekerja pembantu kedai/restoran yang mendapat gaji dibawah RM300. Lebih teruk lagi apabila sesetengah majikan memberi gaji bulanan dibawah RM200. Kami menyedari yang ini bukannya salah kerajaan sepenuhnya, namun jika kerajaan setuju menggubal satu sistem gaji bagi negeri Sabah, itu sudah cukup baik namun tidak pernah dilakukanpun. Bagi mereka yang berhijrah dari kampung ke bandar mendapati ini sesuatu yang sangat teruk apabila terpaksa menyewa rumah atau bilik sewa, dimana bilik sewa disini berharga minima RM150 sebulan. Inilah makanya kami sangat berharap jika kerajaan meluluskan gaji minimum RM900 tersebut tetapi kerajaan telah menolaknya. Tapi tak sudikah kerajaan berbuat sesuatu supaya gaji kami disini (swasta) sekurang-kurangnya disama ratakan dengan gaji kawan-kawan kami di semenanjung. Tidak hairanlah banyak anak muda sabah berhijrah ke semenanjung kerana faktor gaji. Yang menyedihkan ialah banyak majikan disini mendapat pendapatan kasar sehingga sejuta ringgit dan ada juga yang melebihi sejuta ringgit setahun namun pekerjanya menelan kepahitan sehingga terpaksa berkongsi bilik sewa untuk meringkankan beban ini.HARGA GETAH & KELAPA SAWIT. Kedua-dua ini mempunyai harga yang lebih murah berbanding dengan semenanjung. Secara perbandingan harga getah diSabah sekarang berharga RM5.40 sekilo. ini sangat berbeza dengan harga getah Sarawak dan Semenanjung. Kami mendapat tahu yang LIGS mengawal harga getah sabah sementara disemenanjung dikawal oleh RISDA. Jadi para pekebun kecil disini yang kebanyakannya miskin kecewa dengan perbezaan harga ini. Pengangkutan juga dijadikan alasan atas perbezaan harga kerana kami difahamkan semua getah dari Sabah mesti mematuhi polisi kebangsaan dimana ianya perlu dihantar ke semenanjung terlebih dahulu sebelum dieksport keluar negara.Kesimpulan: Kami memerlukan sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib kami. Kami berharap agar tidak sesiapa teman-teman disemenanjung yang menganggap kami tidak berusaha. Kami berusaha sedaya upaya kami supaya kami hidup maka wajarlah kerajaan memberi perhatian kepada rungutan kami terhadap PERBEZAAN-PERBEZAAN ini. Saya dan teman-teman disini memilih PKR sewaktu pengundian berlangsung kerana "tsunami" itu cukup kuat disini, tapi entah kenapa keputusan pilihan raya pula yang mengejutkan kami. Kami seolah-olah tidak percaya bahawa hal sebaliknya berlaku. Dengan kenaikan harga minyak disusuli dengan kenaikan harga barang maka akan bertambahlah derita kami.
Read more...

SALAH SIAPA....?

Semua inginkan medan usrah yang menarik.,tidak ”boring” dan membosakan..seboleh-bolehnya ada input terbaru yang diterima oleh anak usrah...Namun sejauhmana keberjayaan usrah itu bergerak..bergantung kepeda manhaj,method kaedah pengendalian oleh nuqabah itu sendiri...justeru cuba muhasabah kembali...mengapa dan kenapa usrah kita tidak berkesan..dan menarik...

1- Nuqaba' hanya memilih orang yang baik sahaja untuk dikaderkan.
2- Nuqaba' tidak mencari ahli usrah sebaliknya menantikan ahli usrah datang bertemu dengan mereka. Lalu mereka berdalih: Saya sudah mesej adik-adik supaya datang tetapi mereka tidak datang.
3- Nuqaba' hanya berbaik dengan ahli usrah dalam perbincangan sahaja. Apabila di luar perbincangan. mesej pun tidak, tegur pun tidak, malah melemparkan senyuman semasa berselisih pun tidak. Nuqaba' sebegini dinamakan "Nuqaba' Bulat-bulat".
4- Nuqaba' hanya memegang adik-adik dalam masa satu sem sahaja. Setelah adik-adik itu tidak berjaya dikaderkan, mereka terus meninggalkan adik-adik itu terkapai-kapai dahagakan pengisian.5- Nuqaba' hanya menumpukan silibus buku sebagai bahan perbincangan tanpa meluaskan lagi skop perbincangan mereka kepada isu-isu semasa. Nuqaba' sebegini dinamakan "Nuqaba' Silibus".
6- Nuqaba' hanya memberikan arahan kepada ketua usrah untuk mengumpulkan ahli usrah sedangkan mereka hanya bergoyang kaki. Nuqaba' ini dinamakan "Nuqaba' Pemalas".
7- Nuqaba' yang asyik berasa rendah diri kerana kekontangan ilmu sedangkan mereka tidak sedar bahawa usrah umum adalah lebih kepada pembinaan ukhuwah manakala ilmu boleh didapati sekiranya nuqaba' membawa ahlinya mendengar kuliah-kuliah dan sebagainya.
8- Nuqaba' yang sibuk memaksa ahli usrah untuk ke program tetapi mereka sendiri tidak pernah ke tempat program yang dianjurkan oleh adik-adik usrah mereka sama ada dalam kolej, sekolah dan anak negeri.
Saya pun sama, namun saya bertekad ntuk membaiki kelemahan saya. Saya sendiri berazam untuk melahirkan 1000 orang kader di bawah tangan saya seorang sahaja.Fikir-fikirkan, renung-renungkan, moga Allah membantu kita…

Read more...

Wednesday, June 18, 2008

50 Tahun Rakyat Tanggung Padah!

Pengundi Melayu tanggung padah
Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah memberikan jaminan untuk melaksanakan sistem akidah Islamiah. ''Tetapi apa yang boleh dilakukan melainkan terpaksa bersetuju kerana suara mereka hanyalah suara minoriti.''Cuma saya ingin beritahu orang Islam di Selangor, itulah harga mahal yang terpaksa mereka bayar kerana salah memilih kerajaan,'' katanya.

Kenyataan jahat Zahid Hamidi ini tidak boleh diterima. Zahid cuba membangkitkan isu perkauman dan sensitiviti agama. Tetapi tidak kena dengan isunya. Apakah dengan keluasan rumah ibadat bukan Islam menjadi punca utama masalah akidah orang Islam di Malaysia?

Dengan menyekat penganut agama lain bebas untuk membina sebesar mana pun rumah ibadat mereka adakah itu caranya menjaga akidah rakyat yang beragama Islam? Adakah dalam sejarah ada dilakukan begitu? Jika ada sila bawa sekali.

Malaysia sejak dahulu terkenal dengan sekat menyekat terhadap kebebasan beragama. Termasuk agama Islam sendiri, yang tidak boleh dilaksanakan secara total di Malaysia ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. " Surah Al Baqarah ayat 208.

Lihat sahaja tokong buddha di Tumpat, Kelantan. Bahkan merupakan tokong terbesar di Malaysia. Cuba Zahid bagitau umum, masalah masalah akidah yang meruncing berlaku di Kelantan? Adakah dengan sebab ini akidah umat Islam di Malaysia tercabar?

Lihat sahaja masalah yang timbul sejak dahulu, dengan black metalnya, skin head, punk, seks bebas, golongan anti hadis, murtadisme, hedonisme, sekularisme dan segala penyakit akidah, akhlak dan syariah tetap berlaku. Adakah zahid boleh mengatakan ini berlaku kerana kawasan peribadatan agama lain yang besar? Jika sebelum ini Kerajaan Selangor menghadkan keluasan rumah ibadat bukan Islam. Adakah masalah akidah umat Islam tiada masalah?
Jangan disalahkan penganut agama lain jika masalah akidah berlaku ke atas umat Islam.
Kenyataan jahat Zahid ini menggambarkan bahawa selama 5o tahun BN memerintah Malaysia, masalah akidah umat Islam tiada masalah dan terbela. Dalam masa yang sama segala bentuk perkara yang boleh merosakan akidah dan akhlak umat Islam dibiarkan dan diberikan bergerak bebas.

Lihat sahaja, apa yang berlaku di Pulau Pinang, sebelum ini. Oleh kerana lompangnya undang-undang syariah di Malaysia ini, maka seorang muallaf dibebaskan keluar Islam. Juga dengan banyak undang-undang Islam lain yang tidak mendapat tempat di Malaysia, seperti hudud dan qisas.
Sumber-sumber keruntuhan akidah dan akhlak juga tidak hanya berlaku apabila umat Islam murtad sahaja! Mereka yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya juga masalah akidah yang berlaku sekarang. Yang tidak tahu solat berapa ramai, tak tahu mengaji quran, tak tahu mengucap, bebas berzina,tak tahu apa yang perlu dibuat sebagai umat Islam juga masalah besar yang melanda. Orang-orang seperti ini bukan sahaja menimbulkan masalah tehadap diri sendiri, tetapi kepada kelauarga, masyarakat juga negara!

Masalah konflik agama dan jiwa ini akan menghakiskan rasa cinta kepada keluarga, masyarakat juga negara! Budak-budak skin head, punk, black metal, dan ramai lagi golongan belia rosak, terfikirkah mereka dengan masalah negara? Berapa ribu yang tidak daftar sebagai pemilih? Tetapi yang dirisaukan golongan yang mengambil peduli dengan negara, takut dengan kebangkitan mereka. Mereka yang teguh akidahnya tidak akan berdiam diri dengan suasana pemerintahan sekarang, maka golongan seperti ini perlu diambil perhatian, di-ISA-kan mereka dan sebagainya.
Zahid sepatutnya sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam ini memikirkan cara terbaik menurut Islam untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Banyak jaminan-jaminan Allah SWT disebut dalam Al Quran jika berhukum dan menuruti secara baik dan menyuluruh akan diberikan berkat, kebahagian, kekuatan, ketakwaan, keampunan, petunjuk, pencegahan dan sebagainya. Setelah 50 tahun merdeka kenyataan menyalahkan penganut lain sepatutnya tidak keluar dari mulut seoarang menteri di Malaysia.

Sumber: http://www.kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com
Read more...

Monday, June 16, 2008

JENAYAH AKADEMIK AKTIVIS DAKWAH



Result semeter akhir sesi lepas sudahpun keluar...ada yang berbangga dengan hasil yang dicapai...dan sebaliknya juga ada yng kurang seberapa...sekadar...cukup makan...yang penting boleh meneruskan pengajian...Namun itu realiti mahasiswa awam...apa pula senario result akademik aktivis dakwah...
apabila membuka blog saifulislam... Terkesima juga... Semoga menjadi pedoman buat kita semua!!!

Mari kita ikuti.....

“Insya Allah kalau kita bersusah payah dengan dakwah dan tolong agama Allah, nescaya Allah akan tolong kita”, kata seorang exco dakwah di sebuah kampus.


Kata-katanya itu separuh benar separuh batil.


Dulu-dulu saya pernah membaca majalah sebuah gerakan dakwah yang kini sudah diharamkan. Ada sebuah artikel menceritakan bagaimana seorang siswi yang aktif berdakwah hingga tidak sempat membuat persiapan untuk peperiksaannya, telah bertawassul dengan nama mursyid jemaah beliau lalu tertidur di dewan peperiksaan. Sebaik sahaja siswi itu terjaga, kertas peperiksaannya sudah penuh dengan jawapan dan beliau mendapat keputusan yang cemerlang!
Itu kalau versi ‘cerita menjadi’.


Bagi yang tidak menjadi, pernah di suatu era, ada aktivis dakwah yang menganggap kesanggupan menggagalkan diri dari pengajian atas nama dakwah adalah satu PENGORBANAN yang ditabik rakan sepasukan.


Kita tolong Allah, Allah akan tolong kita… mudah sahaja sifirnya.


Contoh-contoh ekstrim begitu adalah fenomena biasa di era 70′an dan 80′an. Era orang mencampak televisyen ke sungai kerana ‘membenci dunia’.
Namun hari ini, contoh begitu mungkin sudah tidak sebegitu biasa kita dengar. Perbuatan membuang pengajian atau pekerjaan kerana mahu berdakwah sudah jarang-jarang sekali sampai ke telinga kita. Akan tetapi, sikap yang berlegar pada mindset yang sama itu masih sering dilihat dalam catatan aktivis dakwah di kampus hingga ke hari semasa.
Dek kerana kerapnya saya berprogram bersama pelajar universiti, saya terus menerus mengesan masalah ini berlaku di sana sini. Bahawa ramai pelajar yang bersemangat dan aktif dengan dakwah, kecundang di bilik darjah. Kecundang di dewan kuliah.

Apakah golongan yang kecundang akademik hanya dari kelompok dakwah? Tentu sahaja tidak. Mereka yang lemah di bidang pengajian atau mungkin terus gagal, terdiri daripada mereka yang beridentitikan pelbagai. Mungkin yang mabuk bercinta, mungkin yang kaki gig, mungkin yang tiada sebab apa-apa sekali pun. Punca kemunduran akademik memang pelbagai. Malah saya tidak terkejut jika ada pelajar yang kecundang pengajian hanya disebabkan oleh cuaca!
Tetapi apa yang ingin diperbahaskan kali ini adalah soal hubung kait aktiviti dakwah dengan aktiviti kuliah.


ESCAPISM


Kenapa suka berdakwah tetapi lesu di bilik kuliah?
Di suatu ketika, saya pernah menyeru anak muda aktivis dakwah supaya mencari keseronokan di dalam mengerjakan amal Islami. Cari nilai untuk menyalakan KEINGINAN YANG MEMBARA. Jangan hanya bergantung pada soal kewajipan, tekanan suasana dan mengikut trend semata. Dakwah itu mesti inside-out. Ia harus datang dari kepercayaan diri bahawa setiap satu tugasan dakwah, menambah makna dan nilai dalam hidup.


Tetapi dalam masa yang sama, keseronokan dakwah itu jugalah yang kemudiannya menjadi salah satu sebab mengapa aktivis dakwah di kampus hilang minat dan tumpuan pada pelajaran. Mereka bertemu dengan kepuasan dan keinginan di dalam dakwah, tetapi tidak di bilik kuliah.
Sama sahaja… sama ada pelajar di bidang pengajian Islam, mahu pun sains atau undang-undang, ia boleh terjadi. Penyakit hilang minat dan keghairahan terhadap mata pelajaran di bilik kuliah sering berlaku.

Dakwah menjadi tempat mahasiswa dan mahasiswi ini melarikan diri dari tekanan, kebosanan dan segala perasaan negatif yang dialami semasa menghadiri kuliah, tutorial dan menyiapkan assignment. Segala perasaan yang tidak seronok lagi merimaskan itu, dapat dilupakan seketika semasa hadir ke dalam usrah, tamrin, ceramah, malah demonstrasi.
Bukan sahaja program dakwah harakiyyah, malah sebahagian pelajar lebih konsisten dan hadir dengan penuh minat ke kelas-kelas menadah kitab dan pengajian tidak formal tetapi mengabaikan kelas, peperiksaan dan tidak endah pada kemerosotan keputusan peperiksaan.


ALASAN


Melebihkan dakwah mengatasi pelajaran boleh berlaku atas sebab yang pelbagai.
“Ana tahu… dah duduk di universiti ni, mana ada yang lebih penting selain pelajaran. Tapi entahlah… macam dah tak ada mood nak study!”, kata seorang pelajar.
Alhamdulillah… biar pun tindakannya membelakangkan akademik itu salah, tetapi sekurang-kurangnya beliau mengakuinya. Menyedari bahawa dirinya sedang berdepan dengan masalah. Mudah-mudahan lebih jelas jalan untuk keluar dari kesulitan ini.
Tetapi, kebimbangan itu datang apabila pelajar-pelajar yang aktif dengan dakwah membelakangkan usaha dan ikhtiarnya di dalam pelajaran dengan kepercayaan yang salah. Kepercayaan yang disangkanya sebagai jalan beragama.


MENOLAK ‘ACUH TIDAK ACUH’


“Abang nak makan ayam masak merah”, kata seorang suami kepada isterinya.
Lalu si isteri ke dapur, digorengnya ayam, ditumisnya sos yang merah, dicampur keduanya dan dihidangkan di dalam pinggan percuma semasa membeli ubat gigi kotak besar.
“Suprani, bapak mahu makan ayam masak merah”, kata lelaki yang sama itu, kepada pembantu rumahnya.
Lalu si Suprani pergi ke dapur, digoreng ayam, dibuat kuahnya seelok mungkin, ditabur pula dengan daun sup, dihias dengan bawang besar, cili belah empat kembang bunga, dan dihidang di dalam pinggan Pyrex bersama nasi panas.

Agak-agaknya, tanpa perlu berbahas dan berdebat, kita sedia maklum yang tentu sahaja si lelaki itu tadi lebih berminat untuk makan ayam masa merah hasil masakan Suprani berbanding isterinya sendiri. Dua-dua ayam masak merah, tetapi ayam masak merah si isteri itu acuh tak acuh. Cincai kata sesetengah orang. Manakala ayam masak merah si pembantu rumah, biar pun yang memasaknya adalah pembantu rumah, tetapi kesungguhannya memasak menyebabkan lelaki itu lebih teruja untuk mencubanya.


Sifirnya mudah.


Tiada manusia yang suka dengan hasil kerja ala kadar, bagai melepaskan batuk di tangga. Dan sebelum kita sesama manusia lebih memilih hasil kerja yang ada nilai kesungguhan, Allah SWT itu sebagai Tuhan lebih Memandang hasil kerja dan ibadah hamba-Nya yang dilakukan secara yang terbaik. Optimum. Itqan. Seorang Muslim yang benar-benar menghayati nilai Islam dalam kehidupan seharian akan melakukan apa sahaja secara bersungguh-sungguh. Sama ada sebagai memenuhi kehendak habl min al-naas sesama manusia, mahu pun dalam menunaikan tanggungjawabnya pada habl min Allah!


Maka, bersifat ala kadar dalam menerima keputusan peperiksaan justeru ala kadar juga dalam membuat persiapan pengajian… bukanlah kualiti yang layak bagi seorang Muslim. Apatah lagi Muslim yang mahu memperjuangkan Islam.


Lupakah kita kepada firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau ambil bekerja adalah orang yang mempunyai kekuatan lagi amanah” [Al-Qasas 28 : 26]


Kesempurnaan pada kelayakan seseorang yang ingin diberi tugasan adalah gabung jalin yang kemas di antara integriti dan kompetensi. Bukan sahaja mempunyai kualiti akhlaq malah memiliki kemahiran, ilmu pengetahuan dan segala kekuatan yang diperlukan untuk sebuah tugasan.


Kita tidak mahu gerakan Islam dan barisan saf perjuangan Islam dipenuhi dengan longgokan sisa manusia yang tidak berkualiti. Membiarkan pencapaian masing-masing di dalam akademik pada tahap atas urat, adalah suatu pengkhianatan kepada ketinggian dan kemuliaan Islam.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN BUKAN SEGALANYA


Setuju. Saya setuju 100%.
Sebab itu saya tidak pernah mengajak kita mengukur kecemerlangan hanya berpandukan keputusan peperiksaan.


Kecemerlangan yang diperlukan ialah pada komitmen pelajar yang da’ie, menempuh proses pembelajaran, dan bukan hanya berorientasikan output. Maksud saya, sama ada seorang pelajar itu hadir ke kelas, mengikuti kuliah, membuat kajian, menulis assignment… itulah sebenar-benarnya penentu kecemerlangan. Segala proses itu penting kerana ia merupakan latihan sebenar kepada pemikiran dan daya ilmiah seorang pelajar. Di dalam kelaslah dia belajar berfikiran kritis, belajar bertemu dengan pandangan-pandangan yang berbeza, belajar bersoal jawab, belajar bertanya dan belajar menjawab… iaitu segala-galanya yang di kemudian hari menjadi asas terpenting untuk memimpin dan menerajui masyarakat.


Dan sudah semestinya, jika kelas dihadiri, kajian dibuat, menulis assignment diselesaikan, sedikit sebanyak ia akan menghasilkan natijah yang bagus di akhir musim peperiksaan.
Tetapi kalau kita berhasil menjawab keputusan peperiksaan hanya kerana ‘bernasib baik’ apabila soalan dihafal secara last minute, tetapi tidak ke kelas, tidak mengikuti PROSES pembelajaran, maka segala-galanya tidak ke mana.


Pendakwah yang mengkhianati proses pembelajaran semasa di alam menara gading, mereka amat berpotensi untuk masuk ke masyarakat dengan kualiti kepimpinan yang lemah… ekoran pemikiran tumpul yang tidak diasah semasa di alam belajar!


ALLAH MESTI TOLONG


Akhirnya sampai kita kepada alasan paling biasa.
Kita manusia biasa, tetapi sering mengharapkan benda-benda yang luar biasa.
“Kalau kita tolong agama Allah, mesti Allah akan tolong kita!”, yakin benar seorang aktivis dakwah kampus berkata begitu.


Cuba perhatikan firman Allah SWT:
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah nescaya Allah akan mengajar kamu. Dan Allah itu Maha Berilmu terhadap segala sesuatu” [Al-Baqarah 2: 282]
Allah SWT berjanji akan membantu.


Tetapi syarat asasnya adalah TAQWA.


TAQWA itu adalah kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan Allah SWT… meliputi Syariatullah dan Sunnatullah. Ia telah pun saya jelaskan dengan panjang lebar semasa memperkatakan tentang kualiti Muslim yang mesti bukan sahaja SYARIATIC (komited dengan Syariatullah) malah SCIENTIFIC (komited dengan Sunnatullah).


Jika kita baca sejarah perjuangan Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil jalan mudah memperalatkan statusnya sebagai seorang Rasul dan pejuang kebenaran untuk melengah-lengahkan persediaan. Tidak pernah baginda berkata “kalau Allah yang perintahkan aku berjuang, mesti Allah akan tolong menangkan aku!” Tidak sama sekali.


Biar pun sehimpun janji dikurniakan Allah bahawa kebenaran akan mengalahkan kebatilan, Baginda SAW sentiasa mengambil asbab kemenangan secara optimum.
Jika dianalisa peristiwa Hijrah, Baginda SAW telah mengatur sehebat-hebat strategi dan persiapakan untuk menjayakannya. Begitu juga dalam perang-perang yang lain. Termasuk juga dalam soal pentadbiran, pengurusan dan urusan kerja seharian. Baginda SAW tidak pernah memalaskan diri dalam ikhtiar dan usaha hanya kerana keyakinan bahawa “Allah bersama kita!”.

Tetapi aktivis dakwah hari ini ramai yang mudah tersasar.
Mereka tanpa segan silu dan malu, merengek-rengek meminta kemenangan sedangkan ikhtiarnya tidak seberapa. Hanya kerana Allah menjanjikan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan kebenaran, mereka melengahkan usaha, tidak seperti orang tidak berTuhan yang tiada janji kemenangan! Pejuang kebatilan melakukan sepenuh daya upaya mereka untuk perjuangan mereka… kesungguhan yang sepatutnya menjadi isi dan kulit manusia berTuhan seperti kita.

BERLATIH MENGURUSKAN REALITI

Sesungguhnya aktivis dakwah di kampus yang gagal menguruskan pengajian di samping tugasan dakwah… mungkin bakal menjadi aktivis yang turut gagal apabila keluar dari kampus.
Tahun 2 pengajian jauh lebih sibuk dari tahun 1.
Tahun akhir jauh lebih sibuk dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Bekerja sebelum pengesahan jawatan jauh lebih sibuk dari tahun akhir pengajian.
Bekerja selepas pengesahan jawatan akan disibukkan pula dengan alam berumahtangga. Dari satu emak satu bapa, menjadi dua emak dua bapa. Dari satu kelompok sepupu menjadi dua kelompok sepupu. Dari 5 jemputan kenduri semasa cuti bertambah menjadi 10… semua itu akan berterusan.
Tatkala komitmen semakin reda, jantung pula sudah lemah, darah sudah bertekanan tinggi, urat dan sendi sudah tidak sihat lagi.


TAMRIN SIKAP


Sesungguhnya keupayaan seorang pelajar menguruskan akademiknya adalah TAMRIN yang paling penting untuk menghasilkan kualiti pengurusan realiti yang diperlukan apabila pelajar ini meninggalkan alam pengajian.


TAMRIN itu adalah TAMRIN DISIPLIN. Latihan mendisiplinkan diri iaitu berusaha untuk mengawal diri agar komited melakukan perkara yang kita tidak suka, demi meraih apa yang kita suka, suatu hari nanti. Di samping beroleh keseronokan sebagai momentum di dalam dakwah, jangan lupa bahawa ada perkara tidak seronok yang perlu kita pelihara sebaiknya.


“Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah 2: 216]


Mungkin di alam TAMRIN akademik, bilik kuliah adalah medan perang yang kamu benci… padahal ia ditentukan Allah sebagai KEBAIKAN buat dirimu.
Berdisiplinlah!


ABU SAIF@ Saifulislam.com
Read more...

Sabah dan Sarawak perlu perhatian serius Kerajaan Pusat - Gamis

KOTA KINABALU, 16 Jun (Hrkh) - Kehadiran delegasi Majlis Tertinggi Gamis di Borneo mampu memberi gambaran sebenar perjuangan mahasiswa di Semenanjung kepada mahasiswa Borneo walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti 1978 (Auku) membelenggu gerak langkah golongan mahasiswa.

"Mahasiswa di sini memiliki semangat juang yang tinggi dan kesatuan yang utuh dalam merealisasikan agenda mahasiswa dan dakwah kepada masyarakat Borneo," tegas Timbalan Pengerusi Helwani Gamis, Masyitah Ulul Azmin.

Sabah yang merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia sebenarnya memerlukan perhatian serius Kerajaan Pusat, tambah beliau.

Ketidakupayaan Sarawak pula meletakkan dirinya sebagai negeri termaju walaupun memiliki hasil mahsyul yang bertimbun-timbun menggambarkan rakyatnya masih jauh ke belakang dalam menikmati hak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penduduk Semenanjung, tegasnya.

"Masyarakat marhain Borneo yang masih berada dalam kekurangan pendedahan terhadap dunia luar yang ketara akibat kemiskinan ternyata merencatkan Borneo bergerak seirama dengan komuniti Semenanjung," katanya lagi.

Namun, Masyitah yakin bahawa kekurangan di Borneo bukan alasan kukuh bagi mendiskriminasikan perjuangan mahasiswa di sana sebaliknya Gamis yakin ia mampu menjadi pemangkin kebangkitan mahasiswa di Borneo seterusnya menjadi wasilah terpenting dalam usaha memantau dan membantu gerakan mahasiswa seluruh Malaysia.

"Anak watan Islam Sabah seharusnya membuang jauh pemikiran kelas ketiga sebaliknya berjiwa kental menghadapi kekangan pelbagai sudut dalam mencapai maksud perjuangan menegakkan Islam sebagai satu cara hidup," jelas Masyitah ketika sesi temu bual dengan Harakahdaily.

Kemahiran dan keilmuan yang padu tegasnya lagi, mampu menjadi senjata paling ampuh mahasiswa Borneo dalam berhadapan dengan segala cabaran.

Katanya lagi, Semangat juang yang mampan di samping kesatuan hati yang jitu pula disifatkan menjadi perisai sulit mahasiswa penggerak di Borneo. - mns_


Read more...
Blog Widget by LinkWithin