Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Wednesday, July 23, 2008

DC UMS di lacurkan...


Penulis resah dan bimbang di saat gejala sosial semakin meruncing...pihak tertentu mengambil kesempatan pula untuk menambah nanah yang kian meletup dan berbau busuk..mereka suka melihat bangsa mereka sendiri musnah akibat tangan mereka...tanpa menyedari bahawa perancangan pihak zionis telah berjaya meracuni..pemikiran ,budaya dan cara hidup...timbul tanda tanya di benak penulis...apakah misi dan visi yang ingin disampaikan oleh NC yanbaru...saya selitkan perutusan beliau..untuk kita renungi bersama.

Perutusan Naib Canselor Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon

Tanggungjawab ini amat berat kerana sebagai anak jati Sabah yang pertama dilantik menjadi NC, saya juga perlu memberikan contoh yang terbaik kepada masyarakat untuk membuktikan bahawa orang-orang Sabah atau orang-orang tempatan juga mampu menjadi seorang pemimpin yang cemerlang.

Ini kerana kita mahu membuka mata pelbagai pihak serta melahirkan lebih ramai pemimpin yang terdiri daripada masyarakat tempatan yang berpotensi dan boleh diketengahkan pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, saya juga mahu agar setiap perancangan universiti akan terus dilaksanakan. Setakat ini saya belum mempunyai niat untuk membuat perubahan pada setiap perancangan yang ada kerana saya melihat kesemuanya adalah baik dan perlu diteruskan

Persoalannya adakah kebaikan konsert yang dia teruskan tradisi turun temurun UMS? baik dari segi Islam? Sosial Mahasiswa? Kewangan Mahasiswa? Keselamatan Mahasiswa? Masa Mahasiswa? dan akhlak mahasiswa?.....

Daripada pemerhatian saya....konsert Anuar Zain tidak sekadar konsert semata-mata..tapi ada agenda besar disebaliknya...kini gudang ilmu sudah berani dilacurkan...mereka yang sepatutnya bertanggungjawab berdiam diri atas alasan VIP yang datang "ORANG-ORANG BESAR" ...Takut bila menentang ..dan membantah ..di buang kerjalah..nak bagi makan dengan apa pulak bila dibuang nanti...ingatlah...perjalanan Nabi tidak semudah yang kita sangka...orang yang sepatutnya memperjuangkan nasib mahasiswa hanya berani bercakap lantang di medan kuliah dan masjid sahaja..tp x menunjukkan dengan sikap dan perbuatan...Inilah mungkin yang penulis boleh istilahkan sebagai khurafat dalam perjuangan''

Biarlah orang luar berkata.....UMS bukan lagi tempat untuk menuntut ilmu..tetapi tempat yang menggalakkan hiburan dan budaya hedonisme..Saya menyeru kepada semua sahabat yang sedar akan kepentingan dan integriti kemahasiswaan kita ...jangan sesekali cuba MELACURAKAN DIRI KITA DAN bersekongkol dengan perkara yang melanggar adab kita...mungkin mentaliti saya agak keras dan keterlaluan..dan mungkin ada yang beranggapan penulis penakut dan bacul..dan mengistilahkan penulis hanya hebat di medan maya dan 'asal bercaaaaakap" kalau berani turun berdemontrasi tapi mungkin inilah yang penulis mampu untuk menyatajkan istilah yang disebutkan dalam sebuah hadis nabi'.... JIKA TIDAK MAMPU HENDAKLAH KAMU MEMBENCINYA DALAM HATI KERANA ITULAH SELEMAH IMAN..

Read more...

Saturday, July 19, 2008

BENIH PERJUANGAN


Dalam melahirkan generasi perjuangan yang mencintai Allah, bukan semudah melafazkan akad nikah tatkala diijabkabul oleh tok kadi. Arwah Tok aku pernah berpesan. Dalam melahirkan zuriat perjuangan, ianya bermula dari sebelum si ayah dan si ibu diijabkabulkan.

Antara kaedah yang dilakukan oleh orang dizaman salafussoleh dalam melahirkan zuriat perjuangan yang bakal menyambung lidah Rasulullah SAW adalah seperti berikut :
1. Menjaga keturunan.
Firman Allah SWT :
"Jikalau ada penduduk kampung yang beriman dan bertaqwa, maka akan dibukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi" ( Al A'araf : 96 )
Anak keturunan zina amat payah dididik untuk menerajui sesuatu perjuangan. Sebab itu anak keturunan zina tidak ada yang menjadi Rasul, Nabi atau pun waliyullah. Malah anak zina juga tidak berhak diwalikan oleh lelaki yang menjadi benih kepada kelahirannya dan tidak berhak menerima harta pesaka lelaki tersebut. Bukanlah bermakna kita ingin menanamkan kebencian kepada keturunan zina. Tetapi begitulah hukum yang termaktub dalam Islam.
Ini juga tidak bermakna orang yang berketurunan mujahid atau ulamak mampu meneraju sesuatu perjuangan. Ini disebabkan iman itu bukan sesuatu yang boleh di warisi dan dipesakai. Sejarah membuktikan, Sultan Muhammad Al Fateh yang menjadi wira empayar Osmaniah dihina oleh keturunannya sendiri yang juga berdarah Osmaniah. Sewaktu Italy menjajah Libya, keturunan Turki Osmaniah melarikan diri dari medan jihad dan berlindung dan hidup mewah dibawah panji Wahabi di Saudi meninggalkan Gerakan Sanussi pimpinan Omar Mokhtar bersendirian menghadapi tentangan tentera kafir musyrik Italy. Mereka melarikan diri ke tempat yang mampu menjamin kehidupan dan kemewahan peribadi mereka. Ada juga keturunan yang berhati dayus ini melarikan diri ke bumi Malaya.
Sejauhmana kelayakan sesuatu keturunan untuk meneraju perjuangan ialah sejauh mana berkesan dan sistematiknya proses ta'alim dan tarbiyah yang dilakukan ke atasnya oleh penjaga atau murabbinya. Sejarah juga membuktikan bahawa keturunan yang baik andainya dididik dengan ta'alim dan tarbiyah oleh para murabbi dengan betul mampu melahirkan manusia yang hidup untuk syahid sebagaimana lahirnya Sultan Muhammad Al Fateh dari benih Sultan Murad. Sebagaimana lahirnya Syeikh Abdul Kadir Jailani dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dan Fatimah binti Abdullah Saumi.
Terjadinya anak zina bukan sahaja disebabkan bersekedudukan tanpa nikah, tetapi juga terjadi disebabkan pernikahan yang rosak dan cacat. Nikah menjadi rosak apabila wali nikah dan saksi terdiri dari orang yang fasiq dan perjalanan majlis walimah dipenuhi dengan kemungkaran.
Maka dalam membentuk generasi perjuangan, maka pernikahan hendaklah dilakukan dengan mematuhi syariat.
2. Memilih Pasangan
Percantuman antara satu benih pokok yang baik dengan satu lagi benih pokok yang baik akan menghasilkan pokok cantuman baka bermutu tinggi. Begitulah juga dalam perjuangan. Percantuman benih dari satu keturunan yang baik dengan satu lagi keturunan yang baik, akan melahirkan zuriat keturunan yang lebih baik.
Rasulullah SAW telah memberi panduan untuk mencari pasangan yang baik kepada lelaki yang baik iaitu dipilih atas dasar kecantikan, harta, keturunan dan agama. Yang diutamakan ialah agamanya.
Nabi Muhammad SAW lahir dari percantuman benih Abdullah bin Abdul Mutallib yang amat mulia akhlaknya serta berwibawa dengan benih Aminah yang mulia dan terpelihara maruahnya. Nabi Ismail AS terhasil dari benih Nabi Ibrahim AS dengan Siti Hajar seorang wanita soleha yang mentaati suaminya dan sanggup berkorban agar ditinggalkan bersama bayinya di bumi gersang Mekah demi tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.
Abu Salleh Janghidost yang berketurunan Imam Hassan ketika bermusafir, telah termakan sebiji buah yang ditemuinya. Atas rasa bersalah dan ingin minta dihalalkan dari pemilik buah tersebut. Abu Salleh Janghidost sanggup menjadi pekerja kepada Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin selama 12 tahun dan mengahwini anak gadis Abdullah Saumi yang buta matanya, pekak telinganya, bisu lidahnya, kudung tangan dan kakinya. Setelah diakad nikah, ternyata anak gadis bernama Fatimah Binti Abdullah Saumi hanyalah buta dari penglihatan maksiat, pekak dari pendengaran maksiat, bisu dari membicarakan maksiat dan kudung tangan dan kaki dalam melakukan maksiat. Maka lahirlah Syeikh Abdul Kadir Jailani yang menjadi Qutubul Auliya.
Omar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah menjadikan berjalan malam untuk melihat kondisi rakyatnya. Satu malam dia terdengar dialog antara seorang ibu tua bersama anak gadisnya yang juga bernama Fatimah. Fatimah dinikahkan dengan anak Saidina Omar Al Khattab yang kerana Fatimah melarang ibunya mencampurkan air dalam susu untuk jualan adalah menjadi satu kesalahan walau pun Khalifah Omar tidak melihatnya kerana Allah masih melihat. Dari zuriat anak Saidina Omar dan Fatimah ini maka lahir Omar Bin Abd Aziz, cicit kepada Saidina Omar Al Khattab.

3. Memasang Niat

Memasang niat untuk memperolehi anak yang beriman dan bertaqwa ketika mula mendirikan rumahtangga dan disusul pada setiap kali berjimak. Lakukan hubungan suami dan isteri dalam keadaan hati yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah SWT, bukan semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu. Jaga adab-adab berjimak terutama membaca doa jimak { Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan hindarkanlah syaitan dalam apa yang engkau rezekikan kepada kami } agar terhindar dari campur tangan syaitan.

Niat untuk beroleh zuriat yang beriman dan bertaqwa boleh dikuatkan dengan doa dan nazar. Niat yang disusuli dengan doa dan nazar memberi pengaruh yang besar dan kuat dalam pembentukan jiwa dan roh zuriat yang bakal dilahirkan. Firman Allah SWT :

Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa. ( Al Furqaan : 74 )

Nabi Zakaria AS berdoa kepada Allah agar dikurniakan anak yang mampu menyambung perjuangannya. Allah nukilkan doa Nabi Zakaria AS dalam Al Quran :

Ya Tuhan ku, berilah aku di sisi ENGKAU seorang anak yang baik. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar ( Al Imran : 38 )

( Ia Berkata ) "Ya Tuhan ku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepala ku dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhan ku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mewaliku ( orang yang menyambung perjuangan) sepeninggalanku, sedangkan isteri ku seorang yang mandul, amaka nugerahilah aku disisi Mu seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dab jadikanlah ia Ya Tuhanku seorang yang diredhai. ( Maryam : 4 - 6 )

Dan bernazarlah sebagaimana isteri Imran. Nazar ialah menunaikan janji apa bila niat terkabul. Setelah nazarnya terkabul, maka isteri Imran menyerahkan anaknya Maryam untuk berkhidmat untuk semata-mata beribadah kepada Allah SWT.

Ingatlah ketika isteri Imran berkata " Ya Tuhanku sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak dalam kandunganku menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat 9 di Baitul Maqdis), kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Ali imran : 35 )

Inilah peranan Niat, doa dan nazar dalam membentuk jiwa perjuangan zuriat yang bakal di lahirkan. Agar nantinya kelahiran zuriat itu memberi manfaat kepada sekelian alam. Sabda Rasulullah SAW :

Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Niat, doa dan nazar hendaklah dikekalkan setelah kelahiran zuriat, sebagaimana berdoanya Nabi Ibrahim AS

Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata " Ya Tuhanku jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku dan cucu ku daripada menyembah berhala. (Ibrahim : 35 )

Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. ( Ibrahim : 40)

Ternyata niat sambil disusuli doa dan nazar merupakan amalan orang yang muqarrabin. Jika golongan muqarrabin pun berniat, berdoa dan bernazar dalam melahirkan zuriat yang beriman dan bertaqwa, lebih-lebih lagilah orang awam yang banyak dosa seperti kita, jika inginkan zuriat yang beriman dan bertaqwa memang sewajarnya kita melakukan niat, berdoa dan bernazar dengan sungguh-sungguh.

4. Memberi Ta'alim dan tarbiyah

Dalam menyambut kelahiran zuriat, sambil mengekalkan niat, doa dan nazar, usaha lahiriah perlu disusul.

a. Tarbiah di dalam kandungan
Pengalaman dan perasaan ibu perlu dikawal sewaktu hamil, kerana ianya memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan sikap, akal dan jiwa si anak. Ketenangan jiwa ibu yang sedang mengandung membantu pembentukan ketenangan jiwa pada si anak. Bagaimana ingin mendapat ketenangan ? Ialah dengan mengingati Allah SWT. Ingatilah Allah melalui zikir, pembacaan Al Quran dan ibadah-ibadah sunat yang lain.

Kepatuhan Nabi Ismail AS untuk dikorbankan oleh Nabi Ibrahim AS lahir dari ketabahan Siti Hajar yang sanggup ditinggalkan di bumi gersang Mekah kerana perintah Allah SWT.

Begitu juga halnya dengan si bapa. Aktivitinya juga mempengaruhi pembentukan jiwa anak di dalam kandungan. Watak yang ditonjolkan oleh Muhammad Al Fateh adalah disebabkan pengaruh roh jihad dan roh sufi ayahnya Sultan Murad. Maka lahirlah Sultan Muhammad Al Fateh yang sewaktu berusia 13 tahun sudah merancang untuk menumbangkan Kota Konstantinopel.

Malangnya, kini tidak ramai keturunan Turki Osmaniah yang mewarisi roh jihad dan sufi Muhammad Al Fateh. Ada yang sehingga sanggup mendayuskan diri menipu isteri tua untuk beristeri muda. Saya yakin mereka ini tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Muhammad Al Fateh. Sebaliknya mereka ini mungkin keturunan hamba sahaya atau penjenayah di era Turki Osmaniah, maka tidak hairanlah mereka ini bersifat bacul dan dayus.

Proses tarbiah di dalam kandungan akan berterusan sehinggalah tempoh kelahiran ke dunia nyata. Susah atau senang dalam kelahiran menggambarkan peribadi yang dilahirkan. Aminah, ibunda kepada junjungan besar SAW tidak pernah merasa kepayahan sewaktu melahirkan manusia termulia ini. Begitu juga Maryam yang melahirkan Isa AS tidak merasa kesukaran dan kepayahan sewaktu melahirkan. Begitu juga Khadijah yang melahirkan fatimah Az Zahra.

b. Tarbiah di luar kandungan

Sabda Rasulullah SAW :

Awal-awal agama mengenal Allah

Tiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah ( suci bersih ), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi ( Bukhari dan Muslim )

Tunaikanlah hak ke atas bayi yang dilahirkan. Berikan nama yang baik. Di aqiqahkan dan dididik dengan ayat-ayat Al Quran, selawat serta zikir terutama sewaktu didodoikan. Ingatlah kata-kata bidalan bahawa tangan yang menghayun buaian itu yang bakal menggemparkan dunia. Andainya dodoian yang menjurus kepada ketaqwaan, maka anak itu nanti bakal menggemparkan dunia sebagai mujahid sejati. Andainya dodoian yang menjurus kepada kemungkaran, maka dunia akan digemparkan dengan maksiat dan fasad yang dilakukan oleh anak itu.

Kawal alam persekitaran dan rakan-rakan anak-anak untuk membentuk fizikal, akal dan jiwa anak-anak agar mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya. Wujudkan alam sekiling mereka dengan suasana majlis ilmu, muzakarah dan zikrullah. Susun program agar sentiasa berlangsung majlis zikir, ta'alim dan muzakarah di rumah agar fizikal, akal dan jiwa anak ini sebati dengan majlis di taman syurga. Walaupun anak-anak kurang memahami, tetapi suasana yang wujud dapat mencorak pemikiran dan jiwa anak-anak. Anak-anak yang tidak terdedah dan ditarbiyah dengan suasana majlis ilmu, apabila dewasa akan biadap dan kurang ajar sewaktu majlis ilmu berlangsung.

Hidangkan anak-anak dengan kisah-kisah orang dizaman salafussoleh. Tonjolkan Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai wira yang sebenar dan bukannya watak-watak kartun ciptaan barat dan kuffar seperti ditayangkan di media massa. Bentuk akal dan jiwanya dengan bercerita. Kerana cerita-cerita tersebut akan meresap masuk ke dalam akal dan jiwa justeru menjadi azam dan cita-cita si anak untuk menjadi seperti tokoh dan watak utama dalam cerita tersebut.

5. Menjaga Makanan

Jagalah pemakanan anak-anak dari perkara yang haram, makruh mahupun syubahah. Makanan yang haram menjadi hijab kepada hati. Makanan yang makruh tempat kebencian Allah. Yang syubahah pula menghampiri perkara yang haram. Ketiga-tiganya menjadi penghalang bagi hati untuk bertaqarrub dan bermusyahadah kepada Allah SWT. Bila hati terhijab, tidak ada tempat untuk iman bertapak.

Ibu Imam Syafie, pernah menjolok tekak anaknya kerana meminum susu yang tidak diketahui dari mana sumbernya. Omar Al Khattab sewaktu menjadi khalifah pernah merampas buah milik Baitul Mal dari tangan anaknya yang kelaparan kerana merasakan sebagai seorang khalifah HARAM bagi dirinya dan keluarganya mengambil hak rakyat. Abu Bakar memuntahkan semula susu yang diminum kerana susu itu dibeli menggunakan wang zakat.

6. Menyerahkan Anak kepada Murabbi

Murabbi adalah guru yang mentarbiyah kehidupan duniawi dan yang paling penting mentarbiyah kehidupan ukhrawi. Guru hanya boleh memberi ilmu. Ilmu yang diberi belum tentu mampu diamalkan oleh si murid. Di sini letaknya peranan murabbi. Untuk membimbing dan mentarbiyah murid untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi, sama ada dari guru atau pun dari murabbi itu sendiri.

Bai'ah antara murid dengan murabbi adalah langkah pertama, sebagaimana ditunjukkan oleh Jibrail dan Rasulullah SAW kepada Saidina Omar Al Khattab dan sahabat yang lain sewaktu Jibrail menyampaikan ilmu tentang Iman, Islam dan Ihsan. Dalam pembai'ahan tangan berjabat mesra, lutut bertemu lutut dan antara hati mekar rasa kasih sayang antara murid dan murabbinya. Ianya adalah suatu simbolik pautan hati antara murabbi dan muridnya, yang memeterai suatu perjanjian bahawa murabbi akan berusaha sepenuh jiwa untuk mentarbiyah muridnya dan muridnya akan sepenuh jiwa menerima ilmu dan beramal dengan murabbinya demi menegakkan hukum-hakam Allah di muka bumi. Murabbi menyalurkan ilmu dan membimbing untuk beramal dengan ikhlas. Murid menerima ilmu dan rela dibimbing dengan ikhlas. Maka terzahirlah manusia-manusia yang mengabdikan diri kepada Allah dan berlumba menjadi khalifah Allah untuk mentadbir alam ini.

Demi menjaga rantaian barokah, maka murid akan menyebut nama murabbinya sewaktu menyampaikan ilmu kepada keluarga, sahabat atau masyarakatnya. Sebagaimana murabbi akan menyebut nama gurunya kepada si murid sewaktu berta'alim dan mentarbiyah. Guru murabbi pula akan menyebut nama gurunya kepada murabbi sewaktu murabbi menjadi muridnya. Dan begitulah rantaian rawi ilmu guru-guru atau murabbi sehinggalah ianya bersambung kepada tabiin kemudian bersambung kepada sahabat dan seterusnya kepada Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW dididik sendiri oleh Allah SWT. Begitulah rantaian ilmu yang berkat yang memudahkan murid untuk beramal, bagaikan rantaian perawi hadis yang meriwayatkan hadis yang akhirnya bersambung kepada Rasulullah SAW.

Maka tidak hairanlah, Imam Asy Syafie sering menyebut nama gurunya, Imam Maliki dalam tarbiyah kepada muridnya. Muhammad Al Fateh menyebut nama gurunya, Shiekh Shamsudin Wali kepada tenteranya.

Malangnya, kini istilah bai'ah dan murabbi sudah tidak diguna pakai. Malah ilmu yang barokah yang mempunyai rantaian yang bersambung dengan Rasulullah SAW juga tidak diendah. Orang Islam era modern dan cyber, lebih senang membeli buku dan membacanya. Bagi mereka "INILAH CARA TERMUDAH MENIMBA ILMU". Mereka mampu memiliki ilmu, tetapi tidak mampu beramal. Lihat saja kepada mereka, nak amalkan sunnah berserban dalam solat pun masih tidak mampu sedangkan serban adalah mahkota Rasulullah SAW.
Maka lahirlah perjuangan Islam hanya berkisar dalam kepala dan berteori. Ilmu agama dibelajar dan ditafsirkan berdasarkan akal yang lemah, jumud dan tidak global. Ceduk sana sedikit, sini sedikit. Fatwa bukan lagi bersumberkan Al Quran, Sunnah atau ijtihad para ulamak, sebaliknya dari kepala otak si jumud. Maka tidak hairanlah ada di antara orang yang mengaku pejuang Islam berpandukan "pada pandangan saya.....", "pada hemat saya .... " dalam berfatwa dan membuat hukum. Fatwa yang telah dibuat oleh ulamak mujtahidin ditolak tepi dan diusahakan pendapat-pendapat para Imam dan ulamak modern untuk mensesuaikan dengan pandangan nafsu dan peribadinya.

Sebagai contoh, saya pernah terbaca komen seorang yang mengaku kononnya alim dan ahli agama, menolak fatwa dan pandangan yang jelas dan mutlak oleh Hassan Al Basri, Imam Al Ghazali, Al Qarafi, Al Syatibi, Imam Nawawi, Ibnul Qayyim yang dibawa oleh seseorang dengan menggunakan pandangan seorang ulamak modern. Dia menolak atas alasan orang yang berhujjah hanya "copy & paste" kata-kata ulamak mujtahidin tersebut dan belum tentu apa yang tulis oleh ulamak muktabar sama dengan apa yang di "copy and paste". Yang paling melucukan, si ustaz celup itu pun copy & paste tafsir ulamak modern tersebut. Siap guna tafsir dalam bahasa inggeris lagi. Ampun maaf kalau saya katakan, orang yang sebeginilah yang hanya pandai cakap-cakap kosong tetapi menjadi syaitan bisu bila berhadapan dengan maksiat.

Jadi perangai "cakap tara serupa bikin" dan sikap "yahudi yang mengaku Islam" nampaknya masih berleluasa di kalangan penganut agama "Islam Chatting". Manusia-manusia sebeginilah yang merasa gusar apabila ada pihak melakukan makrufat dan berdakwah. Mereka jugalah yang menyerang orang yang membuat makrufat atas alasan kononnya "tidak berhikmah" seolah-olah tindakannya yang menjadi syaitan bisu membiarkan sahaja rakan-rakan sekandang dengannya membuat maksiat tak kira masa walaupun di bulan puasa adalah sesuatu yang "amat berhikmah". Istilah "hikmah" dipersempitkan dan dihadkan. Mengapa ? Kerana ada kepentingan nafsu dan duniawi. Kerana sedar dirinya banyak kelemahan dan takut kelemahan terserlah dan hilang kepopularitian dan glamour. Manusia sebeginilah yang menzahirkan Islam dan menyembunyikan kekufuran. Atau istilah lainnya, merekalah golongan munafik laknatullah. Golongan munafik wajiblah diperangi kerana tempat mereka lebih hina dari tempat golongan musyrik di dalam neraka jahanam.

Semoga Ramadhan 1427H dan artikel ringkas yang panjang ini meberi kesedaran kepada kita, betapa pentingnya adab antara murid dan murabbinya agar ilmu yang diperolehi mempunyai keberkatan dan mempunyai rantaian hingga kepada Rasulullah SAW.
Read more...

Saturday, July 5, 2008

aku dan sejuta Rakyat



Aku & Sejuta Rakyat...

Assalamu'alaikum...

Hari ni hari paling santai tapi sibuk...aih? santai tapi sibuk? macam mana tu ya?

Macam ni lah...aku explain sikit...

Santai.

Hari ni boleh dikatakan hari paling santai dalam minggu liwat-meliwat, bom-mengebom, jelas-menjelas & kejut-mengejut...merata-rata blog rakan-rakan pro PR & pro BN (rakan???)aku jelajah & semuanya hanya komen-komen yang biasa & ulasan-ulasan yang biasa tentang hal-hal yang berlaku sepanjang minggu penuh kejutan ni...

Aku harapkan ada la jugak kejutan-kejutan terbaru sebagai penutup minggu voltan tinggi ni tapi harapan hanya tinggal harapan...tak tau la pulak kot-kot pak-pak menteri tengah cari idea untuk kejutan hari ni...tungguuu...

walaupun aku jauh duduk kat sabah tp[ semangat aku membara tau..hari ini akau bangun awal untuk fikir dan renung apa yang bakal berlaku pada pukul 1o pagi ni.kebetulan juga aku nak chek in kolej.bauat aku tension sebab jakmas buka pkl 10 ja. x mengapa...
di semenanjung mereka berbondong bondong untuk memprotes minyak..di sabah lain ceritanya,...tempat aku belajar...mahasiswa berbondong untuk berbaris nak chek in kolej...cuti sem dah habis...



tapi aku mesti tahu dan yakin sejuta rakyatv pasti terhimpun ...gelombang kedua pasti datang...
Adios...jangan lupa lepas jam 10...saja nak bagi semangat kat korang...dari aku untuk semua...salam.

Berjuang,berjuang,berjuang & terus berjuang!!!
Read more...

Wednesday, July 2, 2008

AZAM,CABARAN ,DUNIA BARU

Tahniah kepada adik-adik yang berjaya melanjutkan pengajian di IPTA sesi 08/09, semoga adik-adik bejaya dalam hidup…..amin.
Setiap tahun kemasukan mahasiswa bertambah ramai, jumlahnya bertambah dari tahun ke tahun bermakna kadar rakyat yang terpelajar bertambah dan ini adalah satu petanda yang baik bagi negara kita.
Tetapi bagi penulis yang penting adalah kualiti kepada mahasiswa kita bukan kuantitinya, sepanjang pemerhatian penulis, kebanyakan mahasiswa kita tidak mampu berfikir denagn matang, sebagai contoh walaupun kursus yang diambil mengkhususkan kepada sesuatu bidang tapi dia masih tidak benar2 kuasai bidang itu, tambahan pula mahasiswa kini sentiasa dibelenggu pemikiran nya supaya tidak berani terlibat denagn sebarang aktiviti yang melibatkan isu tergempar negara, bagi penulis ianya akan menjumudkan tahap pemikiran mahasiswa sedangkan mahasiswa perlu tahu dan bagi pandangan terhadap isu itu dan melakukan bagi membela rakyat yang tidak berpelajaran atau yang ditindas kerana mahasiswa tidak ada kepentingan tertentu untuk diperjuangkan, tidak seperti ahli politik dan sebagainya.
Jadi tindakan Kementerian untuk menkaji semula AUKU itu sangat-sangat penulis dokongi supaya malaysia kelak mampu megeluarkan mahasiswa yang benar-benar berkualiti dari segi ilmu, tokoh, dan sebagainya,. MAHASISWA PEMIMPIN MASA DEPAN NEGARA!!!
Semoga Mahasiswa kita kelak akan bertambah TARINGNYA dan beribawa sehingga mampu membawa identiti seorang mahasiswa yang benar-benar beribawa.Tiada istilah mahasiswa jumud bacul dan pondan dalam mendepani isu, penulis juga menharap tidak ada lagi suara sumbang mahasiswa yang menagtakan belum tiba masanya lagi kita mencampuri hal negar, belajar jelah dulu, pas habis nanti barulah ambil tahu, akhirnya jadilah seorang graduan yang hanya balik kerja membasuh kereta, bermain dengan anak , dan tidor begitu mudah kehidupannya tanpa perlu memikirkan hal masalah umat apatah negara…
Read more...

Tuesday, July 1, 2008

Budaya Ilmu Kini - Jahil Dalam Disiplin Ilmu

Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Saya teringat kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie

'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'

Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.

Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.

Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

SubhanaLLah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

ALlah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.

Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi : Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".

Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat". (Riwayat al Bukhari)

Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.



sumber jarumemas. blogspot. com/2008/ 06/budaya- ilmu-kini- jahil-dalam- disiplin. htm
Read more...
Blog Widget by LinkWithin