Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Tuesday, December 30, 2008

Benteng Terakhir.....

Sumber: Tranungkite
5 Syahid

Serangan biadap secara berterusan puak rejim Zionis Israel terhadap wilayah Gaza pada kali ini dilihat sebagai satu serangan yang benar-benar mahu menghancurkan sama sekali wilayah ini. Seorang saksi yang berada di Gaza menyatakan bentuk serangan kali ini adalah berlainan sekali daripada serangan yang terdahulu terhadap Gaza dan Tebing Barat.

Kempen serangan seperti ini tidak pernah dilihat sejak tahun 1967. Fakta pertama yang membuktikan bahawa pola serangan kali ini memang berbeza apabila tahap serangan udara yang dilakukan oleh rejim Zionis ini sangat hebat. Sehingga tarikh 29 Dis 2008, kira-kira 500 tan bom telah dijatuhkan oleh pesawat F-16 Israel. Berat setiap bom adalah kira-kira 1 tan. Keduanya, serangan bom ini dihalakan kepada seluruh bangunan kerajaan semasa waktu berkerja. Sasaran mereka juga termasuk mesjid dan rumah kediaman. Sehingga ke tarikh 29 Dis, pesawat F-16 Israel telah mengebom 5 buah mesjid. Sebuah mesjid terkemuka di Jabalia serta sebuah rumah yang berdekatan telah musnah sama sekali dan menyebabkan 5 orang gadis yang berada di dalamnya turut terkorban (syahid). Seorang daripadanya berusia 4 tahun.
Sebenarnya puak rejim Zionis Israel Laknatullah ini memang sengaja menyerang mesjid, penduduk Palestin, bangunan institusi kerajaan dan sebagainya. Pihak Israel mendakwa bahawa kem-kem kumpulan penentang mereka khususnya para pejuang Hamas berada di kawasan mejid dan kawasan berhampiran. Namun segala fakta ini tidak benar. Sudah terlalu banyak serangan dibuat terhadap mesjid dan rumah kediaman. Serangan ini dibuat bertujuan untuk melemahkan semangat juang rakyat Palestin untuk terus hidup dan dengan harapan mereka akan bangkit semula dan menentang pula para pejuang Hamas. Namun apa yang diharapkan oleh rejim Zionis ini tidak kesampaian malah semakin ramai rakyat Palestin yang bangkit dan membuat serangan balas terhadap mereka. Ada juga di kalangan individu yang menyebut bahawa serangan pada kali ini bukan setakat mahu menghancurkan Hamas malah untuk menjatuhkan Presiden Mahmud Abas dari tampok kekuasaannya.

Mengapa serangan terhadap Gaza pada kali ini dilihat begitu dahsyat sekali ? Sebenarnya rejim Zionis Israel mahu membangunkan empayar mereka di Timur Tengah yang berpusat di wilayah Gaza ini. Wilayah Gaza ini juga merupakan Benteng Pertahanan Terakhir bagi Hamas. Maka, sebab itulah puak rejim Zionis ini melancarkan serangan yang hebat terhadap wilayah ini dengan tujuan untuk menawan dan mempermudahkan perlaksanaan rancangan mereka bagi membangunkan empayar tersebut serta menempatkan semula tentera mereka di situ.

Dilaporkan bahawa para pejuang Hamas telah bersiap sedia bagi mempertahankan wilayah Gaza ini daripada sebarang bentuk serangan darat tentera rejim zionis ini. Sejak dari awal lagi para pejuang Hamas dari Briged Ezzedeen Al-Qassam telah mempersiapkan diri mereka dengan semangat jihad yang tinggi bagi mempertahankan Gaza. Kita yakin saudara kita para pejuang Hamas akan berjaya mempertahankan Gaza walaupun dengan kelengkapan senjata yang sederhana. Yakinlah, pertolongan Allah s.w.t. pasti tiba.

Visi dan misi Zionis Israel ini bukan setakat mahu menghancurkan Hamas malah seluruh rakyat Palestin yang menentang mereka. Israel mungkin berjaya menghancurkan Gaza tetapi sama-sekali gagal untuk melemah dan membunuh semangat untuk hidup di kalangan seluruh rakyat Palestin.

Kita umat Islam di seluruh dunia sememangnya yakin bahawa rakyat Palestin tidak takut mati dan cintakan syahid. Mereka akan berjuang habis-habisan menentang Zionis Israel Laknatullah ini. Para pejuang Hamas serta rakyat Palestin yakin dengan janji Allah dan RasulNya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dengan maksud ;

"Datangnya orang Yahudi ke bumi Palestin bukannya untuk merampas Palestin tetapi untuk dibunuh."

Kita sebagai umat Islam sememangnya benci dengan tindakan biadap puak rejim Zionis ini. Malah kita sendiri kalau boleh mahu bersama dengan rakyat Palestin mengangkat senjata untuk membunuh puak-puak Yahudi Zionis Laknatullah ini. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah membantu dari segi kewangan dan terus-menerus berdoa' semuga Allah menurunkan bala tenteraNya bagi membantu pejuang Hamas dan rakyat Palestin.

Kepada rakyat Malaysia yang mahu hulurkan derma kepada rakyat Palestin, secara jujur saya nasihatkan jangan salurkan derma anda melalui tabung yang ditubuhkan oleh kerajaan UMNO / BN sebab mereka akan serahkan sumbangan anda kepada Presiden Mahmud Abas, pemimpin sekular Palestin dari kumpulan Fatah. Puak sekular Palestin inilah yang jadi talibarut puak rejim Zionis.

Untuk makluman, PAS Pusat ada menubuhkan Tabung Palestin. Jika anda mahu menghulurkan sumbangan ikhlas ini, bolehlah berbuat demikian melalui tabung khas ini di akaun Maybank : 564070703248 atas nama Parti Islam SeMalaysia.

Sehingga saat artikel ini ditulis, jumlah kematian rakyat Palestin telah mencapai angka 363 orang. Semuga Allah mengurniakan syahid pada mereka yang terkorban.

Sekian, Jazakallah.


Read more...

Monday, December 29, 2008

MENJANA MUSLIM SERBA BARU

Tahun 1429 H telahpun melabuhkan tirainya. Meninggalkan segalanya dalam lipatan kenangan dan catitan Rakib dan 'Atid. Entah apa komen mereka yang sangat tulus dalam melaksanakan tugas terhadap kita.

Bagi yang merayakan kehilangan 2008, akan menyambut lagi satu perayaan yang pada hemat saya lebih kurang sama.

Kedua-duanya meninggalkan tahun dan menyambut tahun.

Kedua-duanya menuntut koreksi segenap aspek.

Kedua-duanya memperbaharui azam dan perancangan.

Jadi apa istimewanya tahun baru Islam berbanding masihi? Kalau benar Islam sudah lengkap (dan melengkapkan yang lain) seharusnya tak ada dua perayaan yang serupa. Dan tak perlulah merayakan keduanya.


APA YANG DITINGGAL BUAT KITA

Sebelum kita melihat sama-beza tahun masihi dan tahun Islam, mari kita selak tirai yang bakal menghijab kita untuk melangkah ke belakang.

Suatu peristiwa yang menarik Allah sediakan buat kita sebelum melangkah lebih jauh. Hari Raya Korban atau Eidl Adha berdiri betul-betul di belakang tirai. Eidl Adha bukan sekadar satu perayaan dan peristiwa, tapi ia juga satu memo awal dari Allah untuk gerak kerja tahun hadapan.

Peristiwa keluarga Ibrahim diisytihar sebagai satu perayaan kerana Allah mahu semua mengambil ibrahnya pada setiap tahun. Kisah lelaki, suami, bapa, pemimpin, wanita, isteri, ibu, madu, serta seorang anak. Kisah yang menjangkau watak walau hanya diwayangkan oleh TIGA manusia. Lengkap untuk semua lapisan manusia.

BIASA YANG LUAR BIASA


Ya, Hajar hanya wanita biasa. Malah tarafnya sebelum dinikahi oleh Nabi Ibrahim adalah hamba, hadiah pemberian Raja Mesir. Selepas dinikahi pun, dia masih biasa. Malahan dia adalah isteri kedua, madu buat Sarah. Tiada apa yang menarik pada Hajar pada asalnya.

Namun Allah pilih dia untuk menerima tarbiyah hebat. Memegang status isteri kedua dan mampu melahirkan anak pasti menimbulkan cemburu buat Sarah, biarpun pada awalnya Sarah yang mengusulkan Nabi Ibrahim untuk memperisterikan Hajar. Mungkin itulah fitrah wanita (saya kata 'mungkin' kerana saya belum bermadu, jadi tak tahu perihal hati wanita yang dimadukan).

Lantas Allah mengilhamkan Nabi Ibrahim untuk membawa keluarganya yang satu itu jauh dari Sarah. Malah jauh dari sekalian manusia. Dan Hajar tak merungut biar sepatah. Dia sanggup mengorbankan haknya untuk tinggal selesa bersama suami tercinta, demi kebahagiaan madunya yang berjasa.

Dibawanya jauh dari kota Kan'an dan seterusnya disuruh tinggal berdua dengan bayinya di tengah lembah Bakkah yang kering. Dan dia masih tak merungut biar arahan itu seakan tak masuk akal dan boleh membahayakan nyawa. Mungkin mati dek tiadanya makanan dan air. Mungkin diculik dan dijual oleh pedagang yang lalu lalang.

Tapi dia tak mengungkap apa.

Yang keluar dari bibirnya hanya pertanyaan, "Ibrahim suamiku, benarkah engkau akan meninggalkan kami sendirian? Benarkah ini perintah dari Allah?" Apabila Nabi Ibrahim mengiyakannya, dia tak tanya apa-apa lagi.

Tak tanya bila suaminya akan datang semula.

Tak persoal adakah tempat itu selamat dihuni atau tidak.

Tak berkata apakah bekalan yang ditinggal.

Hajar meletakkan thiqohnya hanya pada Allah hingga tak terlintas di hatinya sangkaan buruk (suuz dzan) terhadap Allah mahupun suaminya.

Barang siapa menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada tali Allah yang kukuh. Dan hanya kepada Allah lah kesudahan segala sesuatu [Surah Luqman: 22]

Disinilah letaknya LUAR BIASA pada wanita biasa seperti Hajar. Kerana lasaknya diri (jiwa) demi Allah, suami, anak dan madunya dia diangkat ke darjat yang tinggi yang tak pernah dia banyangkan.

Juga pada Ismail yang sanggup 'dibunuh' oleh bapanya sendiri sewaktu dirinya masih kecil. Mungkin kita mempertikainya yang Ismail adalah seorang Nabi, jadi dia ada sedikit 'luar biasa'. Tapi hakikatnya dia jua manusia, malah seorang anak kecil yang masih banyak keletah.

Di sini letaknya peranan Nabi Ibrahim sebagai seorang pemimpin keluarga. Dia mampu mencorakkan hati keluarganya supaya benar-benar taat pada Allah. Walau ada ketikanya dia sendiri bermuram duka untuk menyembelih anaknya, tapi anaknya yang bakal 'dibunuh' itu pula yang memujuknya untuk melaksanakan suruhan.

SURAT PEKELILING DARI NYA

Alihkan pandangan kita pada segala gerak laku zahir dan batin sepanjang 2008 dan 1429 H. Apakah kita sudah layak melihat syurgaNya andai kita dijemput pada malam tahun baru hijrah ini.

Kononnya bangga dengan orang kampung kerana bergelar mahasiswa, tapi bila kita ditarbiyah olehNya, tak kira melalui siapa, pasti ada keluhan meniti dibibir. Kalaupun hebat bibir menahan rasa, tanya pula pada hati. Sedikit sebanyak pasti terasa berat menerima 'hadiah' musibah dariNya.

Maka apakah kita bangga diangkat darjat oleh manusia kerana status mahasiswa padahal kita sendiri meletakkan martabat kita pada tahap lebih rendah dari hamba sahaya kerana mempertikai caturan Maha Pencipta?

Ini berlaku pada anda dan saya. Kita serupa. Maka Allah mengirimkan kita sebuah kisah untuk memandu perjalanan HIJRAH. Pilihan memang terletak pada tangan kita. Samada ingin menerima manual ini ataupun tidak. DIA tak rugi walau sekecil zarah.

SAMA TAPI JAUH BEZANYA

Jadi apa beza tahun baru masihi dengan Islam?

Bezanya ialah dengan Islam kita diberi panduan. Dengan masihi kita masih meraba.

Dengan Islam kita dibawa kepada sirah (kisah keluarga Ibrahim dan perpindahan kaum muslimin membentuk dunia baru Islam). Dengan masihi kita asyik memandang ke depan.

Dengan Islam kita bertahun baru (beraya) sebagai hamba. Dengan masihi kita bergelak gila suka tanpa punca.

Dengan Islam kita dipesan olehNYA untuk BERKORBAN, MENDIDIK JIWA, dan sentiasa BERLAPANG DADA TERHADAPNYA (semuanya mengandungi keperitan!). Dengan masihi kita bongkak menongkah pembaharuan.

Maal Hijrah tidak disambut dengan sia-sia. Kita dituntut untuk membedah segala titik hitam dalam diri supaya tahun 1429H melihat seorang MUKMIN baru yang bukan sahaja penuh dengan azam tapi juga terkandung ketundukan terhadapNya.

"Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tapi aku masih belum bertaubat. Sedangkan Engkau tidak redha dan aku lupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan untukku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu.

Sesungguhnya pada hari ini aku memohon ampun dariMu, maka ampunilah aku dan segala yang aku lakukan pada tahun ini, yang Engau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya dariMu"


Selamat tahun baru Hijri. Semoga tahun 1430H memperlihatkan manusia (MUKMIN) serba baru. Baru yang semakin ke arahNYA.





Read more...

Thursday, December 4, 2008

BEKORBANLAH..

Bismillahirrahmanir rahim.






Alhamdulillah juga, kerana masih diberi peluang menulis di saat2 sebelum pulang ke rumah kasihsayangku untuk cuti hari raya aidiladha..dan menyelesaikan sedikit urusan keluarga..inilah tanggungjawab seorang anak dan abang..apapun Alhamdulillah, it's holiday.. kempen jom pie pondok ..

InsyaAllah, kesempatan yang ada ini, ana ingin sama2 membawa diri ini, juga sahabat2 sekalian, menghayati hikmah dan kebesaran Allah di hari raya yang bakal kita sambut minggu hadapan, pada hari Isnin, 10 Zulhijjah 1429H. InsyaAllah.

Hari Raya Aidiladha, di dalamnya terdapat 2 ibadah yang dituntut Islam iaitu ibadah haji di Makkah dan juga ibadah korban, dan kerana itulah juga hari raya ini juga dikenali sebagai hari raya korban dan hari raya haji. Terdapat satu peristiwa bersejarah yang dikaitkan dengan hari raya ini dan juga ibadah korban iaitu ketika Nabi Ibrahim a.s diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknya Ismail a.s. Sesungguhnya peristiwa bersejarah ini harus kita jadikan iktibar dan semangat dan juga ibadah korban yang disarankan didalam di hari raya ini harus kita dalami hikmahnya.

Di dalam surah As-Saafaat, ayat 99-102, Allah telah menceritakan kisah ini, dengan firmanNya yang bermaksud:

"Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar)."Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!”.Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
(Surah As-Saafaat:ayat 99-102)
Subhanallah. .betapa kuatnya keyakinan Nabi Ibrahim as menuruti perintah Allah tanpa ragu.. walaupun Nabi Ismail a.s itu adalah anak yang ditunggu2nya selama ini, dan setelah anak itu mencapai usia dewasa, anak itu bakal disembelihnya. Dan anaknya Nabi Ismail a.s juga tanpa ragu, tidak membantah, meminta ayahnya menyempurnakan perintah Allah itu. Subhanallah, hebatnya ketaatan dan kesediaan mereka untuk berkorban kepada Allah! Marilah kita ambil iktibar dan contoh sejarah ini wahai sahabat2 sekalian.

Di dalam satu riwayat, ada diceritakan, sewaktu peristiwa penyembelihan itu berlaku, Nabi Ibrahim a.s menghampiri anaknya lalu meletakkannya di atas tempat sembelihan. Sedang isterinya, Siti Hajar menoleh ke belakang supaya dia tidak nampak penyembelihan yang akan berlangsung. Nabi Ismail a.s meminta ayahnya meletakkannya secara mengiring atas pipinya, supaya dia tidak melihat ayahnya, begitu juga supaya ayahnya tidak bertentangan mata dengannya ketika dia disembelih. Dan pada saat ini, sewaktu Nabi Ibrahim a.s mula untuk menyembelih anaknya, kekuasaan Allah swt telah berlaku. Pisau tajam yang digunakan telah gagal melukai leher Nabi Ismail walaupun berkali-kali diasah dan walaupun berulangkali penyembelihan cuba dilakukan.

Subhanallah. . Allah telah menilai kesungguhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, juga tawakkal mereka dengan berserah sepenuhnya kepada Allah, lalu Allah swt telah membalas mereka dengan balasan yang baik, setimpal dengan ketaatan mereka!

Firman Allah swt lagi yang bermaksud:
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu".

Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".Demikianl ah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(Surah As-Saafaat:ayat 103-110)

Demikianlah sebuah kisah yang dinukilkan dalam Al-Quran, buat iktibar dan peringatan kepada kita semua. Ambillah hikmahnya, mudah2n hari raya aidiladha yang bakal kita sambut menjadi lebih bermakna dan mudah2n semangat pengorbanan ini terus hidup dalam perjuangan kehidupan kita sehari-hari. InsyaAllah.

Berkorbanlah, dengan hati IKHLAS. Mudah2n ibadah korban yang bakal dilaksanakan dan ibadah2 kita yang lain diterima Allah. InsyaAllah.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan."
(Hadis riwayat At-Tirmizi)


Allah swt berfirman dalam surah Al-hajj, ayat 37 yang bermaksud:

"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
(Surah Al-Hajj:ayat 37)


Disini juga ana sertakan amalan2 sunnah untuk dilakukan di bulan Zulhijjah.

1) Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah

"Adalah Rasulullah saw berpuasa pada 9cDzulhijjah, hari `Asyura, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis." (HR Abu Dawud dan an-Nasai, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).

2) Menyembelih Korban

"Maka sholatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah. " (Surah Al- Kautsar: ayat 2)

"Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholat kami." (Shahih Ibnu Majah (no. 2532)).

3) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah

Dari Abi Sa'id al-Khudri r.a beliau berkata :Rasulullah saw keluar pada hari Adha atau Fitri ke musholla (tanah lapang)…" (HR al-Bukhari).

4) Bertakbir pada hari Tasyri' (10, 11, 12, 13 Zulhijjah)

5) Mereka yang mahu melakukan korban, sunnah tidak memotong kuku dan bulu di tubuh sendiri dari awal bulan Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah.

Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu `anha dari Nabi saw beliau bersabda:
"Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun" (HR Muslim).

EID el ADHA buat sekalian umat Islam..



Sama2 kita hayati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, juga pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat.
PENGORBANAN mereka hadir kerana keyakinan mereka yang teguh pada Allah! Sejauh manakah keyakinan kita?
Berkorbanlah dengan hati ikhlas.. mengharap hanya redha dariNya.. InsyaAllah.

Wallahu'alam. Ilalliqa'

Sumber: Sahabat Albana Sepelek



Read more...

Wednesday, December 3, 2008

Perihal PPSMI: Satu Pemahaman

Kronologi PPSMI

1993

Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika menjadi Perdana Menteri)
membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.

1995 Lebih 250 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta aliran Inggeris wujud.

1996 Persatuan Linguistik Malaysia menerbitkan buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, yang menentang dasar tersebut.

2002 Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.

Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

2004 1.88 juta orang pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2005 Pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi.

Akhbar The News Straits Times, 16 September, melaporkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat F dalam kedua-dua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar dalam tempoh sebulan dua.

2008 Utusan Malaysia, 14 November melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.


Read more...

Tuesday, December 2, 2008

KEBANGKITAN INI...

Menyelusuri perjalanan dakwahku, aku banyak ditarbiah oleh persekitaran dan ilmu yang aku perolehi secara tidak formal.

Ceramah-ceramah, kuliah-kuliah, majalah-majalah, makalah-makalah, sumber internet dan radio.

Aku diberikan kesempatan oleh Allah sebagai seorang yang suka memerhatikan karenah manusia dan menilainya dalam semua sudut.

Aku bukanlah pelajar sekolah agama untuk mendabik dada dengan ilmu agamaku, aku bukanlah seseorang yang pernah memegang tampuk kepimpinan persatuan Islam diiktiraf masyarakat seperti Akh Dzul Khairi dan (maaf guna nama akh) GAMIS untuk membentangkan hasil gerak kerjaku dan aku bukanlah juga seorang penulis hebat seperti Akh Faisal Tehrani yang mampu berbicara tentang keindahan Mongolia dan asal nama Samarkand. Aku tidak mampu!

Apa yang kumampu hanyalah mengomel berdasarkan secuit pengalamanku sepanjang berada di bangku persekolahan, dididik dengan aliran pemikiran nasionalis yang sekular.

Namun tanaman aqidah dalam dadaku lebih terkesan dan mengesankan hati nuraniku untuk menjadikan pedoman dalam hidupku.

Persekitaranku banyak berada di lapangan marhaen, apabila aku secara peribadi berhadapan dengan kelompok masyarakat yang pelbagai, dari seorang ustazah berjiwa patriotik sehingga ustaz haraki, dari seorang fakir jiwa kepada fakir harta, dari seorang gelap jiwanya kepada seorang yang gelap rupa parasnya, dari headbanger dalam pondok kecil sehingga headbangers di konsert besar yang gelap dan suram.

Ya, aku hampir pernah berbicara dengan mereka semua!

Aku pun tak mengetahui adakah wajar aku menceritakan perkara ini namun persekitaran yang membarah ini membangkitkan satu semangat dalam jiwaku untuk melaungkan pekikan peritnya hidup merantau di bumi Tuhan ni, membimbingku untuk ikhlas berjuang dalam masyarakat.

Aku sedih, perit, hina dan tak terdaya...

Pemikiran ummah kian bercelaru melihatkan kehadiran isme-isme yang secara Lebai Malang dibangkitkan oleh puak pemerintah ummah ini sendiri. Mereka mendabik dada membela Islam sedangkan pada waktu yang sama mereka menajisi Islam itu!

Sungguh biadap diriku melihatkan umat Islam disemai dengan fahamanan nasionalis, hendonis, kapitalis, sekular, liberal dan ideologi-ideologi bentangan kuffar yang lain oleh puak yang diangkat sebagai pemerintah dan penguasa di negeri makmur ini.

Mereka menempelkan kebiadaban mereka terhadap agama Allah ini tanpa rasa bersalah pun asal perut mereka dan kroni-kroni mereka diisi dengan bahan bakaran api neraka!

MasyaAllah ummatku.

Antum lihatlah pelbagai kehancuran yang berlaku di sekeliling kalian, melihatkan muslimah kian tidak berbaju, muslimin kian dahagakan seks, kanak-kanak dididik dengan agama Negara, dan orang tua menempah azab di liang lahad. Sedangkan mereka semua tidak sedar tentang kehancuran ini, tetapi kita sedar ikhwah akhawt sekalian!!!

Nah, saudaraku

Apa yang perlu antum menungkan lagi melihatkan Islam meratap hiba di bumi Malaysia ini, apa yang kamu gelakkan lagi melihtkan umat ini kian menuju kehancuran, apa yang perlu kamu tangisi lagi kalau segala-galanya sudah tiba di pengakhiran?

Sedarlah umatku, sedarlah! Aku tidak layak bersuara sebagai seorang pemidato, juga tidak layak bersuara sebagai seorang alim, tidak juga layak bersuara sebagai seorang pejuang bom di Afghanistan.

Cuma,

aku adalah aku, hamba Allah yang rela berjuang pada jalan ini. Bangkitlah kita semua menuju kejayaan. Sedarkah kalian kita akan bertemu Tuhan semula?



Read more...

SALAM KEMBALI (intodukksi)

Ahh... sudah lama rasanya ana tidak meluangkan masa untuk 'bersua muka' dengan lap top ana untuk membuat pengisian dalam blog ini.

Mujahid tetap mujahid, ana tak tahu bila agaknya boleh bertambah senyumannya.Hmm..

Namun, atas semangat baru, iaitu semangat cuti bagi sempena cuti akhir tahun dan akhir penggal yang telah bermula 23 hb lepas ), ana akan mulakan semula penulisan blog ana mungkin dengan kaedah yang baru.

Dakwah kerana Allah guna kaedah baru, pengisian baru, wajah baru dan.... semuanya baru!
Teringat ana satu ayat dari al-Qur'an:


Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(Muhammad:7)

InsyaAllah ana akan sahut cabaran al-Qur'an untuk menambah baikan teknik dakwah ana! Dari masa ke masa.



Kaedah Dakwah Baru


Kaedah ini ana pelajari dari buku Panduan Membina dan Mengurus Blog "Blogger Blog Blogging untuk semua" tulisan Rosli Jamal, seorang penulis profilik daam bidang siber (penulis juga merupakan penulis 'Klik Untuk Kaya - 8 Rahsia Jutawan Siber').

Ana tak berniat untuk mengulas lebih lanjut. Ana nak praktikkan. Antum belilah sendiri ya?

Ana akan cuba praktikkan setiap ilmu yang ana dapat dalam buku ini ke dalam pengurusan blog ana ini, insyaAllah.
Read more...
Blog Widget by LinkWithin