Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Wednesday, March 18, 2009

Takutlah Sahabatku..

Petang itu ketika hujan turun dengan lebatnya ,terkandas pula di lab sekolah. Ketika ini masih sibuk untuk menyiapkan LI yang akan dihantar penghujung bulan april ni. Saya menghitung perjalanan hidup di alam kampus,rupanya dah hampir 3 tahun ( last sem rupanya) kugagahi diri meredah hujan , saya dapatkan motosikal yang banyak "sejarahnya" untuk pulang ke kolej kediaman , fikiran saya benar-benar mengelamun ketika ini. Gelisah benar hati saya ketika itu dan terasa sebak dada ini menahan sedih.

Ya, saya sedang memikirkan sesuatu yang amat menyedihkan.


Apabila hati semakin tidak keruan, saya teringatkan satu istilah yang dahulunya saya sering sebut pada adik-adik Diman (sewaktu dengannya). Kebanyakkan daripada mereka memang tidak pernah mendengar perkataan itu, malah ada yang tercengang-cengang apabila saya menanyakan kepadanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Apakah ia? Itulah yang disebut istidraj.

Istidraj bermaksud tipu daya Allah. Firman Allah yang bermaksud :

" Maka Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka pintu-pintu kesenangan untuk mereka sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka kami seksa mereka, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa "
( al-an'am : Ayat 44 )


Firaun, semasa hayatnya seorang yang sangat beruntung kerana hidupnya mewah dan kesihatannya sentiasa dalam keadaan yang baik sehinggakan dikatakan tidak pernah bersin walau sekalipun. Kesenangan yang diberikan itu menjadikan dia semakin lupa kepada Allah. Sehingga ke satu tahap dia mengaku dia adalah tuhan. Walaupun kesombongannya semakin menjadi-jadi, Allah tetap memberinya kesenangan hidup yang melimpah-ruah sehingga dia semakin lupa diri dan merasakan dia adalah manusia yang hebat. Tetapi sejarah telah tercatat, firaun mati dengan cara yang mengejut, tiada sakit atau penderitaan yang panjang. Matinya tanpa sempat bertaubat. Dia dan kuncu-kuncunya telah mati ditelan laut. Dia mati dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Di saat itu tiada lagi erti penyesalan kerana nyawa telah dikerongkongan dan pastinya waktu itu taubat tidak lagi diterima oleh Allah.

Buat sahabat seperjuanganku ,

Kisah ini adalah tauladan yang terbaik buat kita. Marilah bersama-sama kita bermuhasabah agar nikmat yang kita perolehi pada hari ini dan seterusnya bukan istidraj buat kita. Nilailah diri kita sedalam mungkin, adakah kemenangan dan kesenangan yang kita nikmati pada hari ini menjauhkan kita kepada Allah atau mendekatkan lagi diri kita kepadaNya.

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dari tipu daya yang memperdayakan diriku sehingga aku lupa untuk melaksanakan amanahku kepadaMu.

Ya Allah, engkau berilah kekuatan kepada mereka yang berjuang menegakkankan agamaMu.




Read more...

Salah tapi tidak salah ?


Rasuah adalah suatu amalan keji dan dicela dalam Islam . Ia satu amalan yang bercanggah dengan integriti . Malah Rasulullah saw pernah menyebut :

الراشي و المرتشي في النار

Pemberi dan penerima rasuah , tempat selayaknya untuk mereka ialah Neraka .


Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan rasuah dan hanya diberikan amaran sahaja.


Namun begitu kesalahannya tidak menghalang kelayakannya untuk bertanding dalam pemilihan Umno minggu depan. Kesimpulannya Khairy didapati salah tetapi tidak bersalah, kerana itu dia masih dibenarkan bertanding..


Seorang lagi calon yang bertanding merebut jawatan itu serta disiasat ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.


Bagaimanapun Mohamad Khir yang disiasat oleh lembaga itu mengikut Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 dan 5.6.1 Tataetika Ahli Umno didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan politik wang.



Yang pelik bin ajaibnya kesalahan rasuah oleh lembaga displin Umno bukan ada kaitan dengan kesalahan undang-undang negara, kerana itu mereka tidak akan disiasat oleh SPRM.



Kita masih ingat dengan kesalahan Muhd. Taib yang membawa lari wang rakyat ke Australia, namun sampai dia jadi menteri dan hendak bertanding lagi sebagai Timbalan Presiden Umno dia tidak pernah disiasat oleh SPRM walaupun laporan mengenainya sudah berjela-jela.


Itulah Umno





Read more...

Wednesday, March 11, 2009

Belajarlah Dari Kanak-kanak...

Sumber: http://hembusan.blogspot.com




Secara umumnya semakin kita dewasa, kita menjadi semakin serius. Serius kita bukan seperti seriusnya para ulama, yang mana serius mereka itu adalah disebabkan sifat warak yang ada pada mereka. Serius mereka kerana hati mereka diisi dengan zikrullah. Sebaliknya serius rata-rata orang awam seperti kita adalah disebabkan permasalahan hidup yang datang bersilih-ganti.

Namun, kanak-kanak adalah satu golongan yang unik. Tidak pernah kita melihat kanak-kanak yang tidak boleh tidur malam kerana memikirkan masalah hutang dua ringgit kepada kawannya. Tidak pernah juga kita melihat kanak-kanak yang tidak lalu makan apabila surat cinta yang diletakkan di bawah meja budak perempuan kelas sebelah, tidak berbalas. Sekarang bandingkan bagaimana jika masalah-masalah seperti ini terjadi kepada golongan orang dewasa seperti kita.

Kanak-kanak, lebih-lebih lagi dari kategori 7 tahun ke bawah adalah golongan yang paling tidak stress di atas muka bumi ini. Dunia mereka seakan-akan bebas dari sebarang masalah.

Saya tidak ingat tarikh tepat bila saya pencen dari menjadi kanak-kanak sepenuh masa. Sedar-sedar saya sudah menjadi remaja, dan kini saya sudah dewasa. Sekarang saya rindukan zaman yang paling indah itu.

Maka disebabkan itu, kebanyakkan orang dewasa akan merindui zaman kanak-kanak mereka. Kalau boleh, saya sendiri mahu kembali ke umur saya 5 tahun, dan kemudiannya berharap agar masa menjadi pegun dan tidak akan bergerak selama-lamanya. Tetapi apakan daya, itu bukan sunnah kehidupan alam ini.

Hai, cukup membazir apabila zaman yang paling bermakna itu hanya dimiliki oleh kanak-kanak. Oleh kerana saya tidak boleh kembali dan hidup di masa lampau, maka saya hanya mampu untuk berfikir seperti kanak-kanak. Saya rasa, ada sekurang-kurangnya 4 rahsia mengapa kanak-kanak kelihatan gembira. Rahsia-rahsia ini biasanya lebih jelas wujud di kalangan kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah. Amalkan 4 rahsia ini, insyaAllah keceriaan kita bertambah.

Ini rahsia-rahsianya:


1) Mudah terpesona dan berpuas hati dengan benda-benda kecil

Dari semut di lantai, cicak di siling, sehinggalah kapal terbang di awanan. Mereka mudah terpesona dengan semua benda-benda yang dipandang remeh oleh orang dewasa.

Mereka jarang cerewet dan jarang merungut dengan apa yang diberikan oleh ayah atau ibu mereka. Ketika saya mahu melangkah ke darjah 1, saya masih ingat waktu ayah saya membelikan saya kasut sekolah yang bagi saya sangat murah harganya. Ia bukan dari jenama Bata, Pallas Jazz, dan sebagainya. Jika hari ini, kasut itu mungkin dilabelkan dengan jenama Kasut Cap Ayam.

Tetapi saya tidak kisah sama ada kasut itu berjenama atau tidak, asalkan kasut itu memiliki bahagian yang boleh memantulkan cahaya putih apabila ia disinari oleh cahaya kereta. (Nota tambahan: Ketika awal 90-an, kasut seperti ini amat popular. Di samping memiliki ciri keselamatan, kanak-kanak sekolah yang memakai kasut demikian akan dipandang cool oleh rakan sebaya).

Malangnya apabila kita dewasa, kita susah berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Agak susah untuk mencari anak-anak muda yang tidak tergila-gilakan kasut Nike atau Adidas. Saya bersyukur kerana saya jenis yang tidak terlalu memilih jenama dalam berpakaian.


Kanak-kanak mudah dipuaskan. Itu sebab mereka gembira. Orang dewasa pula susah berasa gembira kerana sentiasa ditipu oleh dunia fatamorgana ini. Elakkan mengejar kesempurnaan dalam hal-hal yang bersifat material ini kerana manusia tidak akan berasa puas selagi syukur tidak menjadi dinding di dalam hati.

Kurangkan mengharap banyak benda dalam dunia ini. Harapan duniawi selalunya mengecewakan.


2) Mudah melupakan dan memaafkan

Ketika saya kecil, banyak kali juga saya bergaduh dengan rakan-rakan sebab tidak puas hati dengan mereka. Tetapi, biasanya pada hari yang sama (atau selewat-lewatnya seminggu), kami akan berbaik semula dan boleh bermain baling selipar, polis sentri dan sorok-sorok seperti biasa.

Segala konflik yang berlaku sebelum itu seakan lesap macam asap, seolah-olah kami tidak pernah bergaduh langsung. Saya percaya anda juga pernah memiliki pengalaman ini.

Selain itu saya juga suka membuli anak buah saya. Kadang-kadang ini menyebabkan mereka menangis dan tidak mahu berkawan dengan saya. Namun demikian oleh kerana kanak-kanak ini mudah berpuas hati dengan benda-benda kecil, saya selalunya akan memujuk mereka dengan membelikan jajan, mengajak mereka bermain game di komputer saya, atau pun membawa mereka jalan-jalan keliling kampung dengan menaiki motorsikal.

Dengan 'rasuah' yang tidak seberapa itu, akhirnya mereka sudah tidak merajuk lagi dan melupakan segala yang telah berlaku. Kadang-kadang dengan hanya berkata kuci-kuci-kuci, pasti mereka akan membalasnya dengan satu kuntum senyuman yang mendamaikan. Alangkah mudahnya mereka 'dibeli'! Andainya orang dewasa juga begitu...

Dua contoh yang saya bawakan itu menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak pandai menyimpan dendam. Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Sekarang, adakah mudah untuk kita mencari orang dewasa yang tidak mudah menyimpan dendam? Bagi kanak-kanak, memaafkan bermaksud forgive and forget. Bagi orang dewasa pula, biasanya memaafkan bermaksud 'I can forgive but I can't forget!'

Dalam hidup kita, pasti ada satu dua manusia yang buat kita rasa naik angin, terhina dan sebagainya. Mungkin dia tidak pernah pun datang meminta maaf kepada kita walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa itu memang salah dia. Saya pernah beberapa kali ada pengalaman ini. Konflik antara manusia akan sentiasa muncul, tetapi saya cukup tidak faham mengapa ada sesetengah orang yang mahu menyelesaikannya dengan cara menyimbah minyak ke dalam api.

Saya mahu lebih belajar untuk memaafkan dan melupakan semua orang, tetapi bagaimana harus saya mulakan?

Memaafkan, tetapi tidak melupakan adalah racun untuk hati. Maka, sebelum tidur mari kita maafkan sesiapa sahaja. Eh, anda tidak pernah ke dengar cerita seorang lelaki di zaman Nabi, yang masuk syurga hanya semata-mata dia memaafkan semua orang sebelum tidur?

Ini kisahnya:
Rasulullah sallahu alayhi wassalam pernah berkata kepada para sahabatnya, "Kamu mahu lihat seorang lelaki yang bakal menjadi ahli syurga?" Para sahabat tentulah mahu. Lalu ada seorang lelaki berjalan melepasi mereka. Rasulullah berkata, "Itulah lelaki bakal penghuni syurga".

Salah seorang sahabat ingin mengetahui amalan apakah yang dibuat oleh lelaki tersebut sehingga melayakkannya untuk menjadi penghuni syurga. Lalu dia pun mengskodeng lelaki itu. Dilihatnya lelaki tersebut tidak melakukan Tahajjud ataupun apa-apa amalan yang luar biasa. Dia sekadar melakukan yang fardu sahaja. Dia hanyalah seorang lelaki biasa, seperti mana kebanyakkan lelaki-lelaki biasa yang ada di Madinah.

Sahabat Rasulullah itu menjadi kebingungan, lalu akhirnya dia bertanya sendiri kepada lelaki tersebut tentang apakah amalan yang dilakukannya sehingga Rasulullah mengatakan bahawa dia adalah bakal ahli syurga.

Lelaki itu menjawab, "Satu-satunya yang boleh aku fikir tentang amalan harianku, yang mana orang lain tidak melakukannya, ialah akan aku pastikan yang aku tidak tidur setiap malam dengan hatiku ada menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap orang lain." Itulah rahsia lelaki bakal penghuni syurga.

Jadi jika anda jenis yang liat mahu buat Solat Tahajjud, tetapi teringin mahu masuk syurga, maka ambil iktibar dari kisah tersebut.


3) Kanak-kanak mudah mempercayai orang lain

Ada seorang penculik yang mahu mendapatkan duit dari satu keluarga yang sangat kaya. Keluarga itu ada 2 orang anak. Seorang berumur 6 tahun, manakala yang lagi satu berumur 15 tahun.

Penculik itu akan menculik anak yang mana satu untuk menuntut wang tebusan dari keluarga tersebut?

Kemungkinan sekali, penculik itu akan menculik anak yang berumur 6 tahun itu. Kanak-kanak di waktu umur ini adalah begitu naif sifatnya. Mereka mudah mempercayai orang lain; mereka tidak prejudis kepada sesiapa langsung, baik di kalangan keluarga sendiri atau pun orang luar.

Sebab itu sewaktu kecil, ibu pasti akan melarang kita menerima pemberian gula-gula dari seseorang yang tidak dikenali, takut-takut orang itu adalah penculik.

Sekarang bagaimana untuk kita menggunakan 'rahsia' kanak-kanak yang ini? Semestinya adalah dengan kita tidak terlalu bersangka-buruk, lagi-lagi terhadap saudara seIslam kita. Orang yang mudah bersangka-buruk ini biasanya juga tergolong dalam geng kaki umpat.

Cuba lihat manusia yang suka mengumpat ini. Biasanya ramai orang benci pada mereka. Hati mereka juga tidak tenang kerana ia selalu diisi dengan kisah-kisah gosip dan spekulasi yang entah betul atau pun tidak.



Mengumpat

Apa yang ironinya, orang yang suka mengumpat juga tidak suka bila orang mengumpat tentang dirinya. Apakah rasa seronok di hati kita bila ada orang mengumpat tentang diri kita? Maka, jangan sesekali bersangka-buruk dan mengumpat orang lain kerana Allah itu Maha Adil.

Sebelum itu, fahami apa maksud mengumpat. Mengumpat berlaku apabila kita menceritakan perihal seseorang yang menjadikan dia marah atau benci apabila dia mendengarnya sendiri. Jadi sekarang anda sedar bahawa betapa mudahnya untuk kita termasuk dalam arena sukan umpat-mengumpat ini.

Namun demikian kita tidak boleh percaya 100% kepada semua orang. Maka sifat berhati-hati tetap perlu diamalkan. Tanamkan juga sifat ragu-ragu kepada sesetengah orang, lagi-lagi yang baru dikenali. Ragu tidak bermaksud prejudis. Ragu terjadi apabila kita masih tidak yakin dengan seseorang itu. Prejudis adalah melabelkan atau menghukum seseorang secara negatif tanpa bukti yang sahih dan kukuh.

Kata Sidi Ahmad al-Zarruq:
Jangan meletakkan kepercayaan kepada sesiapa dalam hal-hal yang melibatkan agama, keluargamu, atau hartamu, sehinggalah engkau telah mengujinya sekurang-kurangnya seribu kali.

Dalam erti kata yang lain, kita harus menguji kejujuran dan ke'bolehpakai'an seseorang itu sebelum mahu mengamanahkan mereka dengan sesuatu yang berat.

Di samping perlu bersangka-baik sesama manusia, kita juga perlu bersangka baik kepada Allah. Allah telah berfirman di dalam hadith Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, maksudnya: "Aku berada pada sangkaan hambaKu....".

Jadi, jika kita rasa Allah sentiasa bersama kita selagi kita mengingatinya, baik di waktu susah atau senang, sedih atau gembira, maka itulah yang akan kita dapat. Kita bersangka-baik terhadap Allah, maka Allah akan bersangka baik-kepada kita. Jika kita fikir Allah tidak mampu membantu kita dalam menghadapi ranjau-ranjau kehidupan ini, maka percayalah, itu yang anda akan dapat.


4) Kanak-kanak hidup dan berfikir untuk masa yang sedang mereka lalui

Mereka tidak begitu risau tentang perkara yang lepas atau perkara yang akan berlaku di masa hadapan. Dalam kes ini, saya tidak mencadangkan anda untuk tidak langsung memikirkan yang lepas dan yang akan datang.

Kanak-kanak berperasaan riang sentiasa kerana mereka masih lagi tidak tahu apa 'perkara-perkara' yang sedang menanti mereka apabila mereka dewasa kelak. Bagi kita yang sudah dewasa ini, tidak perlu terlalu panik dengan ujian yang Allah beri. Setiap manusia, tidak kira agama dan bangsa, akan ada ujiannya yang tersendiri. Jika kita terlalu panik, maka kita akan lemas di lautan dunia.

Maka rileks... Jika hidup tiada ujian, maka sila semak kawasan sekeliling anda. Mungkin anda tidak berada di Planet Bumi. Jika anda baru sahaja sedar yang anda sedang berada di Planet Bumi, maka saya ucapkan selamat datang ke planet ini. Ahlan wa sahlan! Ini planet yang penuh dengan ujian dan mehnah hidup.

Perkara-perkara lepas, kita ambil iktibar darinya. Perkara akan datang, kita rancang sebaiknya. Tetapi semestinya ada had. Jika had ini dilanggar, maka itu akan membuatkan kita rasa sedih dan gelisah.


Akhir kata, apa kata kita hentikan seketika segala apa yang sedang kita lakukan, bagi membolehkan kita untuk merenung sejenak perjalanan kehidupan ini. Amati tingkah-laku kanak-kanak, dan belajar apa-apa yang patut dari mereka.

Mungkin ada rahsia-rahsia lain yang boleh kita cungkil dari mereka.
---

Tengok-Tengok



Soal-jawab yang Kelakar


Read more...

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul






Read more...

Saturday, March 7, 2009

Reformis BAHASA bangkit


Mendengar kedahsyatan ‘layanan’ pihak polis yang menggila dan membabi buta menghadapi gelombang kebangkitan rakyat yang mendesak pelaksanaan B-Inggeris didalam pengajian Matematik dan Sains dihapuskan, semakin meyakinkan saya bahawa hayat Umno hampir selesai.


Himpunan 100 ribu rakyat menolak PPSMI di Masjid Negara hari ini terlihat lebih parah berbanding himpunan Bersih lalu. Manakan tidak, kalau di Kuala Kangsar baru-baru ini, Masjid Ubudiyyah dibedil, kini Masjid Negara pula. Beberapa orang pengsan, disepak diterajang, jatuh dan terkoyak pakaian. Sangat gila aparat keamanan dibawah regim Barisan Nasional ini.


Sebentar tadi, seorang abang membalas SMS saya yang menanyakan suasana demonstrasi: “ Ya. Lebih dahsyat dari Bersih. Dalam demo ni paling teruk aku kena..berguling berdua dengan Salahudin Ayub (YB) tepi Sg.Klang…Fru tembak..ada orang kita kena pukul dan Fru pun kena juga..orang ramai, macam Bersih..”


Seorang teman yang tinggal di KL juga memaklumkan perkara yang sama saat ber’YM’ tadi: “ lagi teruk kali ni..macam Israel tembak..tadi ana kena pemedih mata..pastu dalam tempur Fru tu seluar koyak abis..kaki cedera sikit..ada Fru kena pukul..lagi dahsyat dari Bersih..ana segan dah..tak tahu nak balik camne dengan seluar koyak..ada pakcik tu nak pengsan..pastu boleh lagi pegawai polis tu terajang macam tu depan mata ana..nak nangis tadi..mujur ada kawan dari ISIS tolong hantar rumah..kaki ana cedera..kali pertama kena gas pemedih mata..biasa Fru tembak atas, tapi dia tembak depan orang macam tu..ust nasarudin kata tembak macam Israel..kali ni memang dahsyat..ramai betul..macam rasa zaman perang je..ana rasa kurang betul iman ana..ana terpaksa lari kes cedera..tadi dalam masjid boleh lagi tembak air (pemedih mata)..a.samad said pun kena tangkap..kesian dia..tapi ana nak nangis sebab pengalaman ni mengajar ana..baru ana sedar..orang jadi pimpinan pun sanggup bersama rakyat..”


Makluman terbaru yang diterima menyatakan : 124 orang ditahan setakat ini.
( Terima kasih atas perkongsian maklumat dari kalian untuk paparan diblog ini. Mudah-mudahan kami yang tidak dapat turut serta kerana berada dikejauhan, dapat mengambil sedikit ‘semangat’ untuk terus berjuang dari kalian. InsyaAllah, UMNO sudah menghampiri waktu senja dan hanya menunggu untuk dimakamkan )


Gambar-gambar demo bantah PPSMI hari ini anda boleh lihat di :
http://idhamlim.blogspot.com/
http://pahangdaily.blogspot.com/
dll website dan blog-blog



Read more...

Friday, March 6, 2009

Perjalanan INI


في ليلة من الليال
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب


Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.


الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي


Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.


عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.


فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?


أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,


لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.


واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر


Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلهي

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!



Pada suatu hari, seorang lelaki berjumpa dengan seorang sahabat Rasulullah sallahu alayhi wassalam yang bernama Abdullah bin Mas'ud radiallahu 'anh dan berkata:
Wahai Ibn Mas'ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut-masai, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.

Abdullah bin Mas'ud kemudian menjawab:
Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang yang sedang membaca Al Quran; tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

Kedua, kamu menghadiri majlis ilmu yang boleh mengingatkanmu kepada Allah.

Ketiga, kamu cari suatu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan kesemua ini, jiwamu masih juga tidak tenteram, bermohonlah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan lagi milikmu




Read more...

Wednesday, March 4, 2009

Nak jadi Kopi,Telur atau lobak???


Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, “Apa yang kau lihat, nak?”

“Lobak, telur dan kopi”jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, “Apa erti semua ini, Ayah?”
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.
Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

“Kamu termasuk yang mana?,” tanya ayahnya.
“Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui… Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?”

IKTIBAR:

1. Apakah kita merupakan lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatan diri.

2. Atau adakah kita hanyalah sebiji telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan terus menjadikan diri kita keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi adakah kita menjadi pahit atau keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

3. Atau adakah kita seperti serbuk kopi? Serbuk kopi yang boleh merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksima pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar juga menjadi semakin baik.




Read more...

Mahasiswa Bersama Sejuta Rakyat







Read more...

Monday, March 2, 2009

Persahabatan : Nilai Keizzahan Perjuangan

Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah pula bersulam rasa kasih dan cinta kerana Allah swt.

Persahabatan inilah menjalin tenaga dan menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah .

Sendi utama persahabatan ini ialah ghayah dan hadaf yang bersatu di atas prinsip amal Islami biarpun mungkin berbeza approach dalam melaksana atau merealisasikannya .

Jamaah menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam .

Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai jamaah kehilangan nilai persahabatan ini . Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak " perang dingin " sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan anggota .

Justeru itulah , persahabatan menjadi modul asas bagi sebuah gerakan Islam di bumi mana pun ia beroperasi . Pelbagai mekanisma dicipta untuk melahirkan erti persahabatan yang utuh dikalangan anggota jamaah . Tamrin , mukhayyam , usrah dan liqa' fikri antara aktiviti tradisi yang diwarisi oleh jamaah sejak berzaman untuk mengekalkan tahap persahabatan yang utuh demi mewujudkan jamaah yang perkasa .

Kita juga biasa dengan istilah dengar dan taat , baiah , wala' , ukhuwwah , thiqah , husnu zon dan sebagainya dalam pelbagai medium pengisian dalaman ke arah pemantapan komitmen ahli dengan amal jamaei . Segala istilah itu juga merupakan tradisi soleh yang kita warisi dari generasi sebelumnya guna mengukuhkan persahabatan antara anggota jamaah dan memastikan perjuangan yang kita dokong ini terus kuat dan gagah meredah cabaran serta menyerap tekanan .

Implikasi mudah bagi Perjuangan tanpa Persahabatan

Sebagaimana saya sebutkan tadi , saya juga percaya semua anggota memahami betapa jamaah yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organ parti . Antaranya :

1. Keputusan yang kedua akan dibuat atas keputusan pertama yang telah di binding oleh mesyuarat yang sah .

2. Wujudnya sub meeting . Mesyuarat dalam mesyuarat atau mesyuarat lepas mesyuarat malah lebih malang mesyuarat "kedua" atau mesyuarat di "luar" itu dibina atas dasar tidak puas hati dan tidak percaya kepada pimpinan dan sebahagian anggota mesyuarat yang lain .

3. Saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti . Lalu mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan pendokong jamaah . Salin tidak mempercayai .

4. Hilang wala' atau pudar ketaatan kepada pucuk pimpinan malah lebih parah apabila lahirnya kecenderungan untuk mentaati dan mempercayai pihak lain yang berada di luar jamaah .

5. Tikam belakang ! Cantas karier ! Bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik kononnya demi jamaah .

6. Multi jamaah dengan maksud boleh sahaja menyertai mana - mana jamaah kerana wala' tidak wajib kepada pimpinan jamaah kecuali hanyalah kepada Allah dan Rasul sahaja . Begitu juga baiah tidak ada untuk pimpinan jamaah sebaliknya baiah hanya untuk khalifah .

7. Pergeseran yang mudah mencederakan perasaan terhasil dari persaingan yang tidak sihat sesama sendiri .

8. Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku tajrih yang tidak wajar sesama anggota jamaah .

9. Berlepas harap dan tidak memberi komitmen yang baik terhadap aktiviti yang diamanahkan malah mudah merajuk serta kecewa kerana tidak berpuas hati dalam pembahagian tanggungjawab kepada anggota . Ianya adalah kesan dari rasa cemburu antara satu sama lain .

10. Mementingkan diri sendiri dan tidak peduli apa yang dialami oleh anggota yang lain biar pun ia satu keperluan yang mendesak . Terkadang jelas dapat dilihat sorotan matanya seperti memandang musuh kepada saudara sejamaah apa lagi ucapan terkadang berbau nista sesama sendiri . Jelasnya mudah berlaku perselisihan faham .

Bagaimana Mengukuhkan Persahabatan .

Persahabatan dapat di bina dan diperkukuhkan melalui aktiviti tradisi warisan generasi terdahulu dengan kepelbagaian pendekatan sesuai di era ini .

Semua anggota janganlah bersifat atau bersikap "kalis Tarbiyah" , khasnya pimpinan biarpun setinggi mana ia menjawat jawatan dalam jamaah . Semua peringkat jamaah mesti sedia kembali ke medan tarbiyah justeru ia suatu yang hidup dan senantiasa memerlukan persegaran merentas zaman .

Beri keutamaan kepada pemantapan wala' , syura , baiah ,taat dan semua prinsip amal Jamaei agar akhlak berjamaah dapat dipupuk .

Sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/
Read more...
Blog Widget by LinkWithin