Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Wednesday, January 14, 2009

Semua Inginkan Yang Kompetan

Tidak ada di sana mana-mana insan yang inginkan balasan yang buruk dari apa yang diusahakan. Manusia yang waras sentiasa menginginkan pulangan baik dari apa yang dilakukan dalam apa sahaja bidang. Bagi pelajar, segulung ijazah barangkali dengan kepujian. Bagi peniaga, keuntungan hasil dagangan yang dimpikan. Bagi pelabur, tentunya pulangan berlipatganda daripada wang yang dilaburkan. Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak yang berjaya pada mata mereka dan kelak akan berbakti kepada mereka di hari tua. Semuanya inginkan faedah daripada apa yang dilakukan. Keinginan kepada natijah yang baik ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja, bahkan meliputi seluruh manusia tanpa mengira zaman. Inilah fitrah manusia.

proudmuslim

Islam tidak mengekang fitrah ini bahkan Islam telah datang sebagai teman kepada fitrah ini. Justeru Islam menyeru umatnya kepada kesempurnaan atau ‘excellence‘ dalam apa jua bidang hatta dalam melakukan penyembelihan binatang. Islam datang sebagai penyuluh jalan buat manusia mencapai natijah-natijah baik yang diidamkan. Islam menyesuaikan kehendak naluri manusia ini dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan Allah. Apabila peraturan-peraturan ini diiktiraf dan dipatuhi, maka manusia akan memperoleh natijah baik yang diidamkan di dunia disamping keredhaan Allah dan balasan syurga di akhirat.

Tetapi apabila peraturan ini dipandang enteng, maka lahirlah golongan golongan pelampau yang menindas dan berlaku zalim bagi mencapai natijah baik yang mereka inginkan. Bagi yang ingin kesenangan hidup, maka halal dan haram dipandang sebelah mata. Bagi yang inginkan teman hidup, hubungan nikah tidak lagi dicaknakan. Bagi yang inginkan kerjaya, sanggup menafikan hak orang lain semata-mata inginkan jawatan atau kenaikan pangkat. Semua golongan ini inginkan natijah yang baik bagi diri mereka tetapi jalan yang mereka pilih sebenarnya membawa kepada kemurkaan Allah.

Sedar atau tidak, inilah realiti majoriti masyarakat disekitar kita. Masyarakat yang inginkan kebaikan buat diri mereka berdasarkan neraca pertimbangan mereka semata-mata. Seolah-olah Islam tidak ada suara dalam menentukan jalan hidup mereka dan perintah Allah dan Rasul ditinggalkan di tangga masjid atau ditikar sejadah semata-mata.

Lihatlah disekitar tempat kerja kita. Betapa banyaknya di sana perkara2 yang tidak dizinkan oleh Islam tetapi masih dilakukan. Berapa ramai yang buat ‘claim‘ atau ‘overtime‘ yang melebihi sepatutnya. Berapa ramai yang ‘makan atas angin’ dengan pembelian menggunakan wang syarikat. Berapa ramai yang menjual harta benda syarikat dan mendapat habuan di atas nama ‘lupus kira’? Semuanya atas alasan cari makan, gaji tidak cukup, sebagai komisyen dan sebagainya. Pelbagai alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka. Semuanya berniat baik dan inginkan kebaikan untuk diri mereka tetapi jalan yang diambil menempah selaran api neraka.

Inilah penyakit yang perlu diubati. Penyakit yang telah membarah dalam jiwa umat Islam. Inilah satu bentuk ‘al-wahnu’, kecintaan kepada dunia yang terlampau. Memandang dunia ini besar. Tiada berkesan cuba merawat penyakit ini dari luar. Buatlah apa jua sistem pemantauan, buatlah apa jua undang2, keluarlah apa jua fatwa. Jiwa yang berpenyakit ini pasti akan menemui jalan untuk mencapai cita2nya tanpa mengira cara.

Penawar harus diberi kepada jiwa itu sendiri. Penawar yang menghidupkan semula nilai keadilan dan kemanusiaan. Setiap jiwa berpenyakit ini harus ditenangkan dengan keagungan kerajaan Allah yang menjangkaui dunia dan akhirat. Kerajaan Allah yang menciptakan apa sahaja yang dicita citakan manusia bahkan yang telah menciptakan nikmat-nikmat yang tak tergambar oleh manusia di syurga. Kerajaan Allah yang menyediakan balasan neraka bagi yang enggan tunduk dan patuh pada peraturan Allah. Jiwa ini didedahkan dengan perspektif sebenar bahwa dunia ini bukan milik mereka. Di sana ada pemilik sebenar yang sentiasa mengawasi mereka.

Bagi jiwa-jiwa yang telah dirawat, mereka masih lagi manusia dan keinginan kepada kebaikan diri mereka tetap sama. Mereka tidak lupa kepada dunia dan habuannya. Tiada yang berbeza. Hanya kini mereka adalah insan yang terpandu. Akur kepada jalan yang dikehendaki Allah yang akhirnya tetap menjanjikan natijah baik yang mereka inginkan. Mereka tetap menjadi golongan yang mendapat kebaikan, dan kebaikan itu berkekalan sehingga bertemu Tuhan mereka di syurga.





Read more...

Friday, January 9, 2009

"Sipattuo, Sipattokang"

اللهمَّ إناَّ نجعَلُكَ فِى نُحُورِ أعدَاءِناَ وَ نَعُوذُ بِكَ مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّد شَملَهُم و فَرِّق جَمعَهُم وَ شَتِّت كَلِمَتَهُم وَزَلزِل أَقدَامَهُم وَ سَلِّط عَلَيهِم كَلباًَ مِن كِلاَبِكَ يا قَهاَّر يا جَباَّر يا مُنتَقِم يا الله يا الله يا الله
اللهم يا مُنزِلَ الكِتاَبِ ويا مُجرِيَ السَّحاَبِ ويا هاَزِمَ الأَحزَابِ إِهزِمهُم إِهزِمهُم إِهزِمهُم وَانصُرناَ عَلَيهِم

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien…!



Read more...

Thursday, January 8, 2009

HATI SIAPA YANG TIDAK MENANGIS????


Masya Allah.... Melihatkan ratusan saudara seaqidah kita mati bergelimpangan akibat serangan tanpa henti oleh zionis yahudi dibandar Gaza masuk hari ke 13.





Hati sapa yang tidak menangis bila melihat dan mendengar saudara-saudara seakidah kita di aniaya oleh musuh Islam sejak zaman berzaman iaitu yahudi laknatullah.



Hampir setiap hari sms masuk dalam inbox telefon,email menceritakan tentang isu Palestin. Seruan solat hajat beserta bacaan qunut nazilah pada rakaat kedua solat, doa khusus umat para mujahidin dan tidak kurang juga seruan untuk mengadakan himpunan aman untuk menunjukkan kesatuan kita terhadap isu palestin.

Semua seruan ini tidak lain mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah swt. Atas kesedaran dan rasa mahabbah yang lahir dari lubuk hati yang suci terhadap saudara seaqidah maka kita menyebarkan sms ini kepada teman-teman kita. Moga Allah swt menerima sebagai salah satu usaha kecil kita untuk saudara-saudara kita diPalestin.

Namun pada pendapat saya yang terpenting adalah diri sendiri perlu untuk mengerakkan seruan-seruan itu terlebih dahulu. Bukan sekadar kita menekan butang forword kemudian menyebarkannya kepada teman-teman kita. Kenapa kita di bumi sabah hanya sedikit sahaja yang celik tentang isu ini apatah lagi golongan mahasiswa ????.

Kemana Hilangnya rasa persaudaraan untuk membela..mungkin..kita lebih sibuk dengan masalah PTPTN ,BAS dan banyak lagi. Alangkah ruginya kita ini tidak pernah terdetik pun di hati untuk menyatakan sebarang bentuk bantahan ( terpulang, nak buat Demontrasi, edar risalah,ceramah ,tayangan,kutipan derma )..Harap kita yang celik sedar tetang isu ini.


Saya ingin memetik kata-kata Syeikh Ahmad Yassin sebagai renungan untuk semua:

"Apakan kalian tidak hanya mampu untuk menadah tangan berdoa memohon pertolongan dari Allah,tatkala kami meramalkan perang besar akan berlaku. Sesungguhnya kami telah mempertaruhkan nyawa kami, anak-anak kami, wanita-wanita kami, ibu-ibu kami, orang-orang tua kami, sebagai bahan bakar untuk menentang kekejaman yahudi"

Moga usaha kita mendapat redha Allah swt....
Read more...

Wednesday, January 7, 2009

Satu Dunia Bersuara Derita QAZA

Kota Kinabalu,Malaysia

Helsinki , Finland.

Amman, Jordan.

Chicago, US.

Cape Town , Afrika Selatan.

Caracas, Venezuela.

London, England.

Belfast, Ireland Utara.

Mexico City, Mexico.

Montreal, Canada.

New York, US.

Istanbul, Turkey.




Read more...
Blog Widget by LinkWithin