Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Tuesday, August 12, 2008

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "
Read more...

Friday, August 8, 2008

SI KAFIR PEMBUNUH DIJEMPUT BERBICARA SOAL KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Tidak lama dahulu perasaan sedih, sakit hati, geram dan marah bercampur-baur apabila menyaksikan pembunuhan dan penganiayaan tentera-tentera British ke atas rakyat Iraq. Pedihnya masih hingga kini terasa. Baik di kalangan pemimpin mahupun rakyat, menyumpah dan memaki kerajaan negara penjajah tersebut yang pada ketika itu dipimpin oleh Tony Blair. Persekongkolan Tony Blair dengan George Bush dalam pembunuhan yang mereka lakukan ke atas umat Islam masih segar dalam ingatan kita semua.

Namun, pembunuh kejam, Tony Blair ini dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Rule of Law and Good Governance" (Kedaulatan Undang-undang dan urus tadbir yang baik) di Kuliah Undang-undang Sultan Azlan Shah, Universiti Malaya. Sungguh mengejutkan! Tatkala Perdana Menteri Malaysia sendiri dahulu pernah mengutuk pencerobohan yang dilakukan oleh Blair di bumi Iraq, kini, kedatangan syaithan manusia ini disambut baik, malah diberi bercakap tentang kedaulatan undang-undang.!

Wajarkah kerajaan memberi penghormatan kepada seorang penjenayah perang seperti Blair? Wajarkah pembunuh umat Islam ini disambut dengan penuh hormat? Tony Blair – seorang pemimpin kafir yang telah membunuh dan menghina ribuan umat Islam iaitu saudara kita sesama Muslim dan seorang pembohong antarabangsa tatkala mengheret tenteranya untuk masuk ke Iraq dengan alasan WMD, kini disambut dengan penuh kehormatan di sebuah negara yang bergelar Negara Islam Hadhari! Sungguh hebat pemimpin Islam Hadhari!

Mungkin alasannya adalah, dia hadir sebagai seorang pembentang kertas kerja, apa salahnya? Butakah kerajaan bahawa fakta ini sama sekali tidak menghapus status Blair sebagai seorang pembunuh umat Islam? Butakah kerajaan terhadap tangan Blair yang masih dilumuri darah kaum Muslimin Iraq dan Afganistan? Butakah kerajaan bahawa berapa ramai lagi umat Islam yang masih mengerang kesakitan di katil-katil hospital yang serba dhaif dan kekurangan dari segi peralatan dan ubat-ubatan, hasil kerja tangan si Tony Blair laknatullah ini? Bagaimana mungkin seorang pembunuh saudara kita sesama Muslim disambut sebagai seorang tetamu istimewa?

Hebat sungguh pemimpin Islam Hadhari. Mungkin jika si syaithan besar Bush laknatullah datang ke Malaysia pun akan diberi sambutan yang lebih meriah lagi, penuh gilang-gemilang cemerlang dan terbilang.
Read more...

Wednesday, August 6, 2008

Pemberiannya...

Itu kesukaan kamu!”
“Aku belikan saja CD nya, usyakirin alwi alasy manggo
“Afwan”

Ini antara dialog Maria dan Fahri dalam Ayat-ayat Cinta..pada perkiraan saya, pemberian Maria itu cukup bernilai walaupun ianya hanya sebotol air mangga buat penghilang dahaga di dalam retro perjalanan, membantu usaha Fahri dalam mencari nur ilmu di bumi wakafan..tidak dapat ditandingi dengan wang ringgit..

Hari ni,saya cukup sebak..sebak dan berasa sungguh kecewa..panggilan dari kampung menyatakan saya dapat sepucuk surat termasuk isinya RM50..sungguh,tidak dapat saya nafikan..saya terkejut dengan kedatangan surat itu..lazim bagi seorang ibu untuk membaca setiap surat yang sampai di rumah semasa ketiadaan anak-anaknya…lantas,apa yang terjadi?ternyata ibu saya sedih dengan kandungan surat tersebut..datangnya dari seorang sahabat yang sangat saya kasihi.

Ketika Cinta Bertasbih

Cleopatra sudah lama bertandang..dan kini ianya telah beransur-ansur pergi..dari secebis hati yang sentiasa berharap..mengharap dan terus mengharap..
Sungguh saya menyatakan rasa bersalah saya pada Allah S.W.T...pada semua makhluk di langit dan di bumi..memohon,menunggu,berharap akan dapat dan akhirnya berputus asa,berhenti berharap dan tawakkuf memohon redha Allah S.W.T...

Betul kata seorang sahabat..ianya seperti membina sebuah istana pasir..dibina dengan elok,berjam-jam malah berhari-hari..tiba-tiba dengan takdir Allah istana itu dirempuh badai ombak menghancurkan semuanya..sekali ombak menerjah, sekali pantai berubah..ya, semuanya berubah..istana pasir yang dibina roboh rata.kedudukan pasir pantai juga sedikit berubah..kecewa, putus asa, sedih dan sebagainya..lumrah setiap insan akan bersedih atas apa yang berlaku, lantas menyalahkan ombak kerana tidak memberi kesempatan kepadanya untuk mengalihkan istana pasir tersebut ke tempat yang lebih selamat..

Tapi, jauh pada satu sudut, kita terlupa dengan apa yang telah direncanakan oleh Allah S.W.T..adakah kita ikhlas membina istana pasir tersebut kerana Allah? Adakah tangan-tangan yang membina istana tersebut, dilumuri dengan cebisan “takulu ma la taf’alun”? kita sememangnya nampak akan kesalahn orang lain..tetapi kita kadang-kadang terlepas pandang untuk sama mengkoreksi diri kita..di mana kesilapan kita..apa yang perlu kita lakukan untuk membaiki keadaan seterusnya menyuburkan sifat-sifat yang lebih baik..

Ya, ianya kadang-kadang sukar dimengerti..

Saya optimis merasakan setiap pemberian saya kepada sahabat-sahabat tidak ternilai harganya, abstrak dan tidak dapt dinukilkan dengan angka diskrit..dengan sulaman ikhlas insyaAllah, saya berasa seronok dengan setiap pemberian, moga-moga pemberian yang tidak seberapa itu dapat mengukuhkan ukhuwah Islam yang terjalin..saya tidak sekali-kali berharap agar setiap pemberian itu dibalas atau dipulangkan balik atau diganti dengan apa jua pemberian..astghfirullah

Namun, apa yang terjadi, pemberian ikhlas saya diganti balik, dengan nilai RM50 yang pada saya amat menyedihkan..meletakkan satu nilai ringgit pada pemberian ikhlas, saya merasakan itu tidak wajar..seperti pemberian Maria kepada Fahri juga. Ianya sangat bernilai dan sama sekali tidak dapat ditandingi dengan wang ringgit..

Titipan Halus Wahan

Apa perasaan apabila pemberian kita dihantar balik dengan satu nilaian seperti yang berlaku kepada saya? Hati kecil ibu sekiranya ia memerhati akan perkara tersebut, akan merasakan bahawa maruah anaknya tercalar..hati kecil saya? Hanya Allah saja yang tahu..saya tidak pernah su’zon pada sahabat-sahabat saya..jauh sekali..tetapi apa yang berlaku kali ini jelas meremuk malah merenyuk perasaan saya..Astaghfirullah,moga Allah ampuni segala dosa-dosa saya pada semua sahabat termasuk banat tersebut.

Di sini saya nak berpesan pada sahabat-sahabat saya..

Pertama, berusahalah sedaya upaya untuk jaga hati dan perasaan makhluk Allah di sekeliling kita..hati sahabat-sahabat, hati ibu bapa sahabat dan sebagainya..jangan kita pentingkan diri sendiri..yang jelas, sikap pentingkan diri sendiri bisa menghancurkan impian yang selalu kita dambakan.

Kedua, berusahalah untuk kita melaksanakan apa yang kita ucapkan..kerana elemen Munafik itu bisa memakan hati-hati makhluk Allah yang tidak melaksanakan apa yang diucapkan..

Dan terakhir, Kullukum min adam, wal adam min turab..kita berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah..tanah juga tempat kita kembali..tapi apa yang akan berlaku sekiranya kita meletakkan diri kita pada satu tempat yang tinggi dan menginginkan orang yang bersusah payah untuk mencapainya? Sehebat mana pun kita, kepadaNya kita akan kembali untuk menerima balasan setiap yang dikerjakan.Jangan sekali-kali kita memperlekehkan seseorang hamba Allah, kerana kita tidak tahu nilaian setiap makhluk di sisi Allah.

Kepada hamba Allah yang telah mengantar surat beserta tunai tersebut, Syukran Jazilan..moga Allah menyirami seluruh kehidupanmu dengan sinar Redha dan Kasih SayangNya..
Ukhwah Fillah abadan abadaa..
Read more...

Hidup Matiku...

Setiap malam ana termenung jauh…mengenag nasib diri..Kadang-kadang, rasa kecil juga hati,. Rasa cemburu dan geram itu kerap kali juga mengusik hati, dan sering kali juga membuatkan ana terkedu .

Menjadi orang penting membuatkan hati pedih. Ada kala, ketika orang lain sibuk menyertai pelbagai program kemahasiswaan,sekolah kita pula terpaksa berhempas-pulas membuat kerja lain. Pernah satu ketika..saya tidak menghadiri kelas selama 3 hari berturut-turut..nama mula dinaikan supaya diambil tindakan HEP…bukan kesilapan ana tp…..pemakluman daripada pensyarah yang terpaksa mengawalkan 3 kelas dalam seminggu ekoran komitmen yang lain pada minggu yang mendatang tidak di maklumkan kepda saya.. nama mula menjadi sebutan di sekolah..malahn menjadi ‘’ LAGENDA” kata seorang sahabat yang mengambil berat ..hati mula berkata..lemahnya diri bila ujian sekecil ini menimpa .

Setiap hari motor buruklah yang menjadi teman ke hulu-hilir untuk menghadiri mensyuarat,program dan sebagainya.pernah satu ketika …motorku ini kehabisan minyak….terpaksalah berhempas pulas menolak mencari stesen minyak berhampiran….peluh..letih..kehabisan minyak di tengah jalan menjadi asam garam dalam dunia permotoran. Paling melucukan…ketika menghantar Naqib ana ke Airport….biasalah minyak habis…motor tak gerak airpot jauh lagi fligh pukul 7.45 pm…minyak habis pukul 7.40 pm …dengan kekuatan yang ada…tersulam juga persaaan malu…tapi ini tarbiyyah…naqib ana seorang yang banyak mengajar ana erti pegorbanan dan kesusahan…sempat juga…itu dunia ana dengan motor..walupun ada sahabat ana menggelarnya sebagai “besi buruK”..

Geram juga kadang-kadang. Jauh sudut hati, ah, pedulikan jamaah, pedulikan Islam, lebih baik aku masuk program yang dianjurkan oleh pihak universitije jadi seperti mahasiswa lainn tidak perlu peningkan kepala. Tetapi program hanya memberikan kebaikan untuk diriku seorang sedangkan gerak kerja jamaah adalah untuk umum..

Makan minum x terurus sekejab ada sekejab tiada….ana tidak dilahirkan dalam suasana semewa shabat yang lain .lingkungan keluarga ..tidakalah aliaran ulama..suasana pembesaran dalam kesusahan ana biarkan sahaja orang memarahi , kerana mereka inginkan ana jaga cara pemakaian dan penampilan.. Masa cuti terpaksa ana korbankan demi islam…nak jalan perlukan duit yang banyak...walaupun pernah menjadi pendidik sementara waktu..dengan gaji baleh tahanlah… terlintas juga dihati untuk membina bait muslim hasil pencarian sendiri…tp …….8 0gos ni abang ana yang ke 3 akan diajabkabulkan …tinggal giliran ana pula untuk……(fikiran melayang pula) setiap detik dan masa ana mendoakan semoga ibu ayah memahami . Lalu ana berkata kepada diri , ana inginkan hidup yang susah. Orang yang hebat, semuanya lahir dalam kesusahan. Malah mereka sengaja menempuh hidup yang susah kerana kesusahan tidak melekakan, malah kesusahan mengajar erti berdikari., ana tidak pernah terdidik dengan kesenangan, malah sejak kecil saya hidup berpada-pada. Tetapi apalah sangat kisah hidup yang tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan pejuang dahulu yang pernah makan nasi berlaukkan kicap berasama keluarga beberapa lama. Apalah sangat kisah hidup jika dibandingkan beberapa pejuang yang hanya makan magge beberapa minggu malahan di potong 8..demi untuk islam .

Biarlah orang mengata kepada diri…ana yakin ana susah sekarang pastinya ada hikmah..biarlah ana keletihan begerak kerja dalam lapangan dakwah didunia ..menangis..tidak sperti orang lain…kerana keyakinan ana kepada Janji-Nya.

keyakinan ana kepada Janji-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.” (61:10-12)



Read more...

Tuesday, August 5, 2008

TERKESIMA AKU...

6 OGOS 2006
1.30 AM

Saya mula terasa kagum dengan satu komen yang cukup mencabar minda,ada ketikanya marah juga bila melihat kata yang mengecam tetapi jauh disudut hati kritikan itu telah membuka mata kepda kita yang tidak pernah nampak kepada kelompangan dakwah yang kita sasarkan …sekadar berterimah kasih kepada sahabat yang menggelarkan dirinya sebagai ‘penyair yang terpuji” saya perturunkan komen beliau sekadar tatapan untuk kita bersama agar membuka mata dan telinga dalam mendengar luahan perasaan mahasiswa yang bersih hatinya agar pembaca dapat menilainya sendiri antara kebatilan dan kebenran. Kisahnya bermula selepas Ikatan sahabat Eksah menegur program BAND di Kg E UMS.

Bismillah,

Assalamualaikum saudara, kalau boleh tegurlah secara berhikmah...Ini cabaran saya buat saudara...kekalkan apa yang saya komen ini kalau benar apa yang saudara perjuangkan...bukan untuk memalukan saudara tapi untuk membuktikan yang saudara sanggup menerima keburukan dan kesilapan yang telah saudara buat...dan juga supaya beribu-ribu manusia yang dah terbaca dan percaya dengan apa yang saudara telah fitnahkan akan dapat tahu kebenaran...sekurang-kurangnya kurang sikit beban saudara....

Dari apa yang saya tahu saudara kata saudara menegur dengan lemah lembut.tapi tahukah saudara semasa saudara bercakap dengan exco tu saya ada berdekatan saudara.saudara berkasar dan dia pulak jawab dengan lembut.saya nampak tu saudara.Saudara telah mengatakan sesuatu yang palsu tu saudara.maha suci Allah saudara.kenapa begini.

Dari apa yang saudara post dalam blog ni iaitu kata-kata sudara --> "Bom, ni program apa ye? Kenapa YDP tak tahu-menahu?".

kemudian yang ini pula -->"YDP datang. Dan sangkaan saya tidak meleset. Beliau tidak tahu apa-apa dan baru dimaklumkan tentang program petang tadi."

Jadi saudara dah membuat satu penipuan kan.saudara bertanya pada penganjur yang YDP tak tahu.rupanya saudara mejangka je.sudahlah menjual nama YDP.lepas tu nak marah2 pulak.pelik saya dengan saudara ni.kelakar pun ada.da tu YDP plak kata dia baru kena inform pada waktu petang sebelum program bermula.saudara dah menipu dan menipu pulak menggunakan nama orang lagi tu.ish,ish,ish...apela nak jadi dengan dunia skang ni.memang sahlah nak dekat kiamat.

Berikut pula adalah persoalan-persoalan saudara:
Yang Pertama:
1. Bagaimana sebuah program boleh dianjurkan oleh JAKMAS tanpa pengetahuan YDP JAKMAS?
- Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat antara JAKMAS E dan Pengetua. Di mana ahli2 JAKMAS E hadir.Dari sini kita boleh nampak kan saudara telah memfitnah mengatakan perkara ini tidak diketahui oleh YDP Kg E atau tidak, ataupun saudara hendak mempertahankan kepalsuan, ataupun saudara ingin memalukan JAKMAS E di mana mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka semasa mesyuarat (tidak peka/lalai).telah diberi Amanah tetapi tidak bertanggungjawab.itu sifat orang munafik tu.sudahlah tu.program begini saudara tentang habis-habisan.harga makanan mahal taknak tentang tapi suruh syukur.pelajar ramai sangkut tak konvo sebab masalah dengan pengurusan sekolah or badan-badan lain tak pulak nak pandang.kekurangan kemudahan pelajaran dan pembelajaran tak pulak tengok.macam-macam lagilah.adakah ini tugas seorang wakil pelajar?kamu ni wakil pelajar ke wakil Islam?ape tak ada agama lain ke yang boleh masuk Universiti ni?

Tidak berdosakah kamu yang telah diundi bukan sahaja oleh pelajar-pelajar Islam malah bukan Islam untuk memperjuangkan nasib-nasib mereka di Universiti.Kamu diberi amanah oleh mereka-mereka ni.tapi kamu tidak adil.kamu hanya mementingkan agama kamu sahaja dalam perjuangan kamu?sebagaimana yang ada di dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. iaitu sabdanya saya petik sedikit: dan pada hari perhitungan nanti akan ditanya oleh Allah S.W.T. kepada para pemimpin, hakim2 dan sebagainya iaitu,"bagaimanakah kamu menjalankan amanah dan haq-haq yang telah diberi kepada kamu?". Apa yang saudara nak jawab? Program induksi saudara, segala program yang saudara penah handle or pergi, dan apa sahaja yang saudara dapat buat or guna semasa jadi MPP ke Eksah ke apa ke, semua tu duit pelajar, duit pelajar Islam dan Pelajar Bukan Islam.di mana haq mereka digunakan.tanyalah diri.

Yang Kedua
2. Kenapa satu event yang begitu meriah ( bising dan bingit ) dibenarkan penganjurannya di tempat terbuka pelajar, yang mengganggu mereka yang tidak mahu terganggu dan menyakitkan yang tidak mahu disakiti?
- Saudara.Sebab itulah program ini dilaksanakan di RUANG KAFE E kerana sepengetahuan saya jika program tersebut tidak dijalankan pun memang kafe tersebut akan bising.kalau saudara nak katakan kafe tersebut senyap itu satu kepalsuan saudara. dan kerana tahu kafe adalah tempat yang bisinglah maka program tersebut diadakan di situ.satu lagi satu saudara.Islam tidak membenarkan kita menyakiti semua orang tidak kira hitam ke putih ke miskin ke kaya (semua manusia tanpa sempadan) sama ada dalam bentuk nampak atau tidak kecuali dalam syarat-syarat tertentu seperti peperangan, dll.apa yang saya nampak saudara dah menegur malah membuat blog ini.sapa yang jalankan program tu tentu sakit hati.jadi di mana hikmahnya dakwah saudara.ini menyakitkan malah membuatkan orang kata islam itu memaksa.dan saudara, kita kena hormat agama lain jugak saudara, saudara dah menyakiti hati diorang ni.sedar tak.lagi satu saudara, saya pernah terdengar satu kes di mana orang bukan islam bertanya, kenapa kamu ada azan?bising katanya.kenapa nasyid kamu ni diadakan di sini.bising katanya.tapi semua saya jawab kepada mereka iaitu kami menghormati agama kamu jadi hormatlah apa yang agama kami buat.dan alhamdulillah mereka menerimanya dengan baik.renungkanlah saudara.

Yang Ketiga
3. Kenapa program sepertinya begitu mudah diluluskan?
- Islam tidak mengharamkan hiburan, tidak mengharamkan alatan musik melainkan jika ia melalaikan.apakah definisi lalai.adakah pelajar melakukan head banging, melalak, dsb di situ? tidak kan. Ataupun saudara nak marah sebab penyanyi terlalu seksi dan muslimah? Jadi bagi tahu saya bagaimana dengan nasyid yang dinyanyikan oleh muslimah-muslimah.adakah ianya haram.tentu sekali.tapi dengar jugakkan.sebab apa.konon dakwah.tapi hukum Allah tetap hukum Allah kan?cuba bagitahu saya.ilmu saya cetek lagi ni.nak juga tambah ilmu yang saya ada.

Jadi kenapa program ni takleh nak diluluskan.adakah kerana saudara nak nasyid je?jadi bagi orang yang beragama kristian, buddha dll?mana hiburan mereka.nak mereka pergi pub, disco dll.merosakkan lagi akhlak mereka.agama mereka pun tak benarkan mereka merosakkan akhlak mereka kan?

Yang Keempat
4. Kemana hilangnya pihak-pihak yang bertanggungjawab menangani isu tersebut ketika ia berlaku? Semua lari ke mana?
- Saudara.penganjur dan mereka yang bertanggungjawab tak pernah lari ke mana semasa program.ada pemantau kan.kenapa fitnah ditaburkan begini saudara.salah diri saudara ataupun salah satu tanda kiamat?sepengetahuan saya yang hadir pada masa itu saya nampak ada felo-felo, termasuk felo penyelaras.dekat akhir-akhir program pulak saya nampak pengetua yang baru hadir kerana dia ada program lain di kompleks sukan.Malah penganjur pun saya tengok dari mula sampai habis.MR Andrew daripada SPS pun ada.Masyaallah saudara.kenapa tak bunuh je diorang saudara.lagi senang.daripada saudara buat mereka hilang maruah,marah dll...

Yang Kelima
5. Ke mana hilangnya suara tokoh-tokoh agama dalam kampus memberikan penjelasan dan pendapat berhubung isu-isu sebegini?
- kalau nak marah sebab tokoh agama lain tak tegur tu saya tak boleh nak cakap apa.islam tu kata kalau kamu nak menegur selagi kamu mampu maka tegurlah dengan tangan (perbuatan), kalau kamu tidak mampu maka tegurlah dengan lidah (nasihat), dan jika kamu tidak mampu maka tegurlah dengan hati (doa). saudara ni tuhan ke bila saudara kata ada tokoh-tokoh agama tak datang menegur.mana tau diorang tegur dengan hati.mana tahu mereka ada menegur penganjur dengan cara yang lebih berhikmah.lebih lembut daripada saudara.kan?

Islam tu cantik saudara.jangan kerana saudara orang yang bukan islam kata islam itu buruk.diorang pun umat Nabi Muhammad saudara.diorang ada peluang lagi
untuk masuk agama kita. Selagi matahari tidak terbit daripada barat selagi itulah pintu taubat terbuka.betul tak.kenapa saudara tak benarkan je diorang berhibur selagi tidak melalaikan.adakah kerana takut bila dengar suara diorang sedap sampai melalaikan.di situ lah tugas sebenar EKSAH patut ditempatkan.apa maksud saya saudara carilah sendiri.jangan nampak dosa orang sampai dosa sendiri tak nampak saudara.dengan erti kata lain jangan masuk campur urusan Allah S.W.T.siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka tu urusan Allah.kita tak tahu hati orang saudara.mungkin dia datang dengar tapi malam2 dia qiamulail.siapa tahu kan.

Wallahualam saudara.apa yang saya doakan agar saudara nampak apa yang saya nampak.saya cintakan Islam dan jangan kerana saudara bersikap kekanak-kanakkan begini menyebabkan orang2 bukan islam membenci Islam saudara.banyak lagi cara berdakwah.bukan nasyid je yang pelajar nak bukan ceramah je yang pelajar mahu.Ingat TUsemoga Allah menunjukkan kita ke jalan2 yang benar.

Amin,YA ALLAH.



Read more...

Monday, August 4, 2008

KUASA MAHASISWA

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا

“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereke berkata: Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.” (Surah al-Kahfi: ayat 13 dan 14)


Read more...

Antara intelektual mahasiswa dan keikhlasan Umno meminda Auku

Pada 30 Julai lalu, suatu temubual diadakan bersama dua siswa. Seorang daripadanya mewakili Persatuan Sains Politik, UIA Saifullah dan seorang lagi adalah Faizal mewakili PKPIM yang membincangkan tajuk pindaan Auku menerusi Radio 24, Bernama.

Tanpa merakamkan semua isi perbualan itu saya cuma ingin menyentuh beberapa perkara yang mungkin dianggap menarik oleh sesetengah pihak. Antaranya, hujah Faizal.

Menurut beliau, Auku sebenarnya memerangkap Umno sendiri sebagai parti pemerintah. Memang ada ketua bahagian, ketua cawangan dan calon-calon pilihan raya yang sedang membuat tesis Phd dan master dalam keadaan mereka adalah calon Umno.

Tidakkah hal ini melanggar Auku? Cuma, dalam kes Umno, SPR lazimnya akan menutup mata, bersikap berat sebelah dan akhirnya calon-calon itu diteruskan juga bertanding. Itu perkara biasa. Cuba lah hal itu berlaku ke atas calon pembangkang. Ada k ah SPR berdiam diri? Sudah tentu tidak. Hal kebiadapan dan berat sebelah SPR janganlah diragui.

DJ penyampai radio mula termakan dan menyetujui pandangan tersebut. Sebagai wanita, mungkin beliau tak pernah terlintas dalam fikirannya akan hal seumpama itu. Tapi, beliau tetap mengulang hal yang sama kepada panelis termasuk panelis dari luar.

Ganggu pelajaran
Hal itu ialah, tidakkah penglibatan pelajar dalam politik itu mengganggu pelajaran?

Sebenarnya, banyak hal lagi yang mengganggu pelajaran mahasiswa seperti dadah syabu, gejala negatif seperti menonton video lucah, lumba haram, rempit dan sebagainya. Tetapi hal seperti itu tidaklah diambil peduli sangat. Lazimnya, kesedaran berpolitik dan berparti jugalah yang dilihat oran g sebagai hal yang mengganggu pelajaran.

Lalu hal itu ditanya sekali lagi kepada Irmohizam, seorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Phd. Tesis beliau berkaitan Auku. Beliau adalah exco Majlis Belia Malaysia (MBM). Jawapan beliau mudah; kecenderungan politik bukan sebab pelajar itu gagal dalam pelajaran. Jawapan ini mudah kerana beliau juga cenderung berpolitik.

"Kita lihat ramai pemimpin kita dahulu pun bergiat cergas dalam politik ketika masih lagi belajar," kata beliau. Sekali lagi jawapan ini merujuk pimpinan Umno lalu. Tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lainnya adalah contoh di mana pelajar itu mula berpolitik sedangkan mereka masih lagi berada di bangku kuliah.

Bagaimanapun hujah-hujah ini cuma sekadar ingin mengesahkan kehadiran Kelab Umno di luar negara. Cuba lah kalau mahu diwujudkan Kelab Pa s atau apa saja pertubuhan yang bersifat anti-Umno. Baru kita akan dengar syor agar belajar dulu, politik kemudian.

Jawapan yang sepatutnya dikemukakan oleh Irmohizam sepatutnya jujur. Sepatutnya kita kena berkata, memang ada keadaan di mana pelajar terlalu menumpu kepada politik, lalu akhirnya gagal seperti Tun Dr Mahathir. Tapi, akhirnya beliau berjaya dalam Umno.

Tetapi, ada juga yang mahir menyeimbangkan pelajarannya dan akhirnya mereka berjaya dalam akademik seperti Dr Asyraf Wajdi. Tapi beliau kalah dalam pilihan raya di Tumpat Kelantan sebagai calon Umno. Tak apa. Bak kata Fansuri, tuah ayam nampak di kaki dan taji. Tuah calon Umno nampak pada sikap berat sebelah SPR dan hantu mengundi.

Jadi politik tak bersalah dan tak boleh sesekali dipersalahkan. Pilihan raya tidak bersalah, kerana yang bersalah tetaplah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Allah Maha Suci dan tidak bersalah. Yang bersalah adalah hamba Allah yang bernama Abdullah.

Kita mestilah jujur dengan diri sendiri. Semua bergantung kepada kebijaksanaan di dalam menyeimbangkan antara politik, pelajaran. Ada yang gagal pelajaran, tapi cemerlang pula dalam politik dan begitulah sebaliknya.

Memeranjatkan!
Tetapi hal yang paling memeranjatkan saya ialah ketika Irmohizam menyatakan Auku itu membantu dalam mengawal keselamatan dalam negeri dan lain-lain. Mujur juga si Faizal telah menolak pandangan tersebut dengan menyatakan bahawa ada banyak akta lain yang boleh digunakan untuk mengawal keselamatan negara seperti Akta Polis.

Bayangkan bagaimana seorang pelajar yang sedang membuat kajian di peringkat PhD itu boleh berkata seperti itu. Saya memang merakam perbualan temubual itu. Tetapi jika kita mahu kenya taan lengkap, sila hubungi husna@radio24.com.my.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Bagaimanapun, saya tidak berminat memanjangkan isi perbualan temubual itu. Apa yang mustahak ialah kenapakah dengan tiba-tiba Menteri Pengajian Tinggi berminat meminda Auku? Saya tidak fikir Umno ikhlas kepada warga kampus, pelajar dan pensyarah.

Pada akhir April lalu ketika saya selesai kerja di PWTC dalam Pest a Buku, seorang wakil PKPIM telah meminta saya bersama mereka menemui Dato' Idris Haron sebagai 'bupala' tertinggi dalam kementerian. Saat itu, syor mengenai pindaan Auku sedang bermula.

Antara alasan kenapa saya dibawa bersama untuk membahaskan pindaan itu ialah kerana saya antara bekas mahasiswa yang hampir-hampir terkena hukuman Auku. Demikianlah menurut kata seorang exco PKPIM. Semua itu berjalan dengan penuh rahsia.

Tatkala rombongan sebiji kereta itu baru bermula keesokannya, maka tiba-tiba saya dapat kiriman sms dari exco PKPIM yang menyatakan bahawa Idris Haron tak dapat menerima kehadiran kami bagi membincangkan hal pindaan tersebut.

Saya tak terperanjat kerana sejak awal lagi saya sudah meragui keikhlasan Umno dengan warga kampus dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Tak salah saya, tarikhnya mungkin 28 April lalu. Tidak lama selepas itu, saya terdengar laporan Idris Haron sudah membuat kenya taan mengenai pindaan Auku.

Suara hati berbisik, sejak bila pula Idris Haron berbincang dengan badan pelajar itu? Atau mungkin mereka berbincang tanpa kehadiran saya? Wallahu 'alam. Apa pun, semua kisah ini menjadi suatu ukuran dan sandaran bukti bahawa Umno tidak pernah ikhlas.

Saya meragui keikhlasan pimpinan Umno termasuk menteri-menterinya sejak dulu, kini, dan buat selama-lamanya (kot). (Nak cakap serba tidak kena, mungkin Umno akan insof, siapalah yang tahu? Saya pun bukannya Tuhan.)

Antara bukti mudah ialah, dalam keadaan Umno ingin bermuzakarah dan bermuqabalah, mereka masih lagi setia mahu mengenakan Anwar Ibrahim atas isu l.w.t dengan si Saiful _____ Azlan. Kalau Umno dan Abdullah ikhlas, nescaya dia akan menyegerakan ur usan ini dengan bersumpah dan tutup kes di dunia ini, nanti sambung pula di akhirat.

Tetapi, Abdullah tiada niat untuk menghentikan laporan kutukan ke atas isu ini di akhbar. Dalam masa yang sama, Abdullah mungkin menggunakan isu muqabalah bersama musuh tradisinya guna meraih sokongan. Dan parti berkebajikan ini dijadikan sebagai perisainya dan kubu kuat Umno untuk menahan serangan rakyat ketika isu l.w.t sedang heboh.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Tradisi tipudaya serta tipuhelah Umno dan Abdullah ini mengalir dalam setiap cabangan dan cawangan kementeriannya termasuklah dalam pindaan Auku oleh Menteri Pengajian Tinggi. Khaled Nordin oran g Pak Lah.

Saya memang dengan jelas menanam benih-benih keraguan dan akan bercambah sebagai tunas dan pokok yang rendang, memayungi warga universiti daripada bahang panas terik penjajahan Umno melalui pujuk rayu mereka ini.

Kalau Umno ikhlas, mereka akan terus membuang Auku yang dilihat sebagai penyakit di dalam jiwa intelektual warga kampus. Mereka ada kemampuan. Tetapi, bagaikan bomoh, dukun yang bela pelesit dan hantu raya, mereka tak membuang semua saka warisan.

Selagi penyakit masih wujud selagi itulah wang pesakit sentiasa mengalir masuk di dalam kan tung mereka. Jika KPT (baca:Umno) pernah meminda untuk melonggarkan ikatan tali Auku, apakah mustahil suatu masa nanti mereka akan meminda untuk mengetatkan?

Manusia yang biasa 'membeli' jawatan, tidak mustahil akan 'menjual' jawatan. Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno Disember nanti, iaitu jual beli undi. Oran g yang semacam ini akan meneruskan tradisi jual beli undi dalam pilihan raya umum.

Syahadan oran g yang meminda Auku untuk melonggarkan, tidak mustahil akan meminda lagi untuk mengetatkan. Hanya kejujuran terpamer pada mereka yang benar-benar ikhlas membatalkan Auku dalam Parlimen. Jikalau tiada lagi Auku, maka tiada ruang lagi untuk mereka melakukan pindaan. Hal inilah yang Umno tidak mahu.

7:48 p.m, 4 Ogos 2008
Sekolah Pemikiran Kg Baru
_


Read more...
Blog Widget by LinkWithin