Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Saturday, September 13, 2008

PANGGILAN JIHAD Bersediakah kita Dalam PRK?

Ya Allah panjangkanlah umur kami,supaya dapat kami mengecap nikmat Ramadan tahun ini.Tidak putus putus doa itu saya ucapkan mudah-mudahan dapat saya mengecap nikmat berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Pengasih Dalam Bulan ini”


Gendang perang sudah dipalu oleh mereka ,19 sept ini hari perhitungan untuk semua aktivis kampus borneo meletakkan pengorbanan jihad yang sepatutnya.Justeru perhitungan dalam tempoh seminggu ini terserah kepada kita untuk menari sama rentak dengan paluan mereka atau mencorak arus dengan keupayaan tersendiri bagi membentuk satu gelombang tsunami dalam kampus. Slogan 8 Mac lepas hanya menjadi nostalgik manis kepada gerakan parti yang inginkan perubahan…Makkal sakti menjadi penentu kepada tercetusnya perubahan tersebut. Apakah kita hanya mampu bersandarkan kepada lapangan politik luaran yang bersifat kepartian,sedangkan kita sendiri di bumi borneo tidak pernah mengimpikan malah menginginkan satu perubahan seperti yang berlaku dalam PRU-12. Nah ! Inilah masanya.Tunjukkan siapa kita sebenarnya. Ayuh ayunkan tangan bergerak menuju kemedan ini kita berpecak dengan gaya kita sendiri…jangan takut jangan gusar,kita tidak terikut dengan suasana tetapi kitalah yang bakal mencipta suasana.

PRK medan jihad tahunan bagi kita semua untuk menilai sejauh mana outcome dan “pejuang berani mati” yang mahu dihantar oleh madrasah tarbiyyah kita,pengatucaraan strategi yang tidak nostalgik dengan taktik lama,kebijaksanaan membaca perencanaan halus musuh,ketepatan pimpinan dalam mengenal siapa kawan dan lawan,siapa mujahid dan siapa hipokrit pada saat kriktikal ini, walaupun kita masih lagi boleh berbangga dengan keadaan perlawanan yang sebelum ini masih lagi di atas padang yang rata. Apakah kita tahu sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di hari penamaan calon 17 sept ini,ataupun kita masih lagi dalam takuk yang lama dan di buai darapan 16 sept saya kata sekali lagi .Dalam situasi yang selesa ini gunakan sebaik mungkin ruang dan masa yang ada agar suasana baru dalam mengisi kemenangan itu berlaku.

Saya menyeru kepada semua sahabat sekalian agar menjadikan madrasah tarbiyyah ramadan ini sebagai medan terbaik untuk kita melengkapkan diri kearah mengisi kemenangan. Ingatlah kemenangan tidak tercapai dengan jalan yang mudah dan kita berkeyakinan dengan satu perkara .Kemenangan hanya mampu diraih oleh pemuda-pemudi yang soleh dan bertakwa serta serius dalam bekerja dan kemenangan juga tidak berlaku dengan hanya berserah nasib tetapi kuat beribadat yang tidak putus tetapi tidak serius dengan bekerja. Lupakah kita kata Abdullah Al Mubarak kepada Fudhail bin Iyad :”Betapa debu-debu yang melekat pada kaki kuda perangku ,lebih mulia daripada tangisanmu kerana takutkan Allah”.Perlu menjadi slogan untuk kita dalam mendepani PRK kali ini…

Pak Hamka pernah berkata “Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta seakan akan merasai bahawa kita sedang hidup dengan mereka sebab rasa hati suka dan duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka mereka tinggalkan buat kita..” Dalam menyiapakan battalion perang agar lebih bermontivasi..Mari…marilah kita menijau sirah yang berlaku dalam perang Ahzab secara lebih Mikro dan penuh rasa cinta.

“Pada masa itu tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan kamu) dan pada masa itu pandangan mata kamu tidak ketenteuan arah ( kerana cemas dan bingung) serta hati menjadi resah gelisah dan takut dan kamu pula menyangka terhadap Allah dengan pelbagai sangkaan.pada saat itulah diuji orang 0rang yang beriman da digoncangkan perasaan dan ketetapan pendiriaan mereka dengan goncangan yang amay dasyat.” (10-11 al Azhab). Ayat ini membongakar bagaimana generasi acuan Rasulullah sendiri tidak terlepas daripada timbul perasaan takut dan hampir timbul prasangka tidak baik kepada Allah. Kita ini …lagilah…yang jauh dari didikan nabi sendiri.

Ahzab mengajar kita erti sebenar ketaatan bukan sekadar menjadi pak angguk kepada keputusan kepimpinan tetapi lebih dari itu ketaatan yang mengeluarkan sehabis keringat untuk bekerja dan bertindak daripada apa jua keputusan untuk mencapai peringkat yang lebih terbaik. Sahabat nabi tidak lagi mahu melakukan kesilapan berulang dalam perang Ahzab selepas tragedi perang Uhud berlaku malah membulatkan tekad dan membuktikan iltizam dengan keputusan syura nabi dengan mengambil strategi perang parit saranan Salman Al Farisi. Peristiwa ini berlaku dalam suasana panas terik mentari menyebabkan para sahabat terpaksa berlapar dan dahaga sehingga ada sahabat yang mengadu kepada Nabi dengan mengikat perut mereka dengan seketul batu. Namun sebagai ketua jentera Nabi menunjukkan qudwah bil hal yang lebih tajam dengan menunjukkan dua ketul batu diperut baginda,menandakan nabi jauh lebih lapar berbanding sahabat yang lain. Mengambil ibrah dari senario ini maka andaikata kita masih sukar untuk mengosongkan perut tambahan pula dalam bulan Ramadan ini kita tidak melengkapi diri sebaik mungkin …..usah bicara soal kemenangan dalam PRK kali ini.
Justeru marilah kita semua menggarap tarbiyyah Ramadan dengan melengkapakan diri bersiap siaga dengan semua modul daripada Allah agar kemenangan dalam PRK kali ini membuahkan hasil seperti yang dihasratkan.

Akhir sekali wahai sahabat jundullah sekalian .Ayuh! kita perpegang kepada konsep “ Allah tempat kita bergantung harap”. Bersama kita tingkatkan usaha dan takwa kepada Allah dengan penuh keyakinan dan berdoa supaya ditetapkan pendirian dalam perjuangan ini malah dimudahkan segala gerak kerja amal islami yang kita laksanakan.

“Ya Allah bantulah kami dalam peperangan kali ini,kami memohon ya Allah hantarkanlah tentera-tentera malaikat yang pernah membantu di Badr Al- Kubra pada bulan yang mulia ini agar kami dapat memenangkan agamamu meskipun sahabat,jiran kami bakal tekorban sekalipun “.

Allahumma amen,ya Rabbal Alamin


Read more...

Monday, August 25, 2008

Aktivis Dakwah Bersaudaralah.......


Maafkan saya bang, saya dah tak mampu nak join kawan-kawan lain, ikut program lagi. Saya nak.' Kubaib mengeluh panjang dan berat, sambil menahan gejolak hatinya yang kencang. Berat sekali untuk meneruskan kata-kata yang hendak ia ucapkan buat murabbinya. Tapi di waktu lain, dia benar-benar merasakan dia tak mampu untuk bersama-sama dengan dakwah yang ia sertai selama ini. Fikiran Kubaib menerawang jauh mengenangkan detik-detik awal dia memasuki dunia dakwah. Kubaib akui bahawa tarbiyahnya yang selama ini dia ikuti memberi impak yang sangat besar kepada pembentukan peribadinya.


Tapi saat ini, keindahan ukhuwah yang dulu pernah dia rasakan terasa begitu hambar. Kemesraan dan kecintaan yang dibina bersama teman-teman sehalaqah sudah mula memudar. Kubaib merasakan teman-temannya terlalu cepat berjalan dan dia tertinggal jauh. Mereka begitu sibuk dengan amanah dakwah masing-masing, sementara pada waktu yang sama dia berasa tenggelam, malas dan letih dengan semua itu. Dia pun tak tau mengapa. Dia ingin teman-temannya mengerti kelemahan jiwanya dan membantunya keluar daripada jeratan-jeratan maksiat yang menjadi asbab kepada kemunduran semangatnya.

Namun ketika mahu dia luahkan pada mereka, dia lantas berasa sangat malu. Teman-temannya asyik membincangkan masalah dakwah bersama murabbinya sehingga Kubaib tak sampai untuk mengucapkannya.'Ala.. masalah kecik je, diorang mesti rasa buang masa je untuk cerita' Begitu fikirnya. Akhirnya dia tenggelam keseorangan menelan permasalahannya sehinggalah dia mencari teman-teman di luar komuniti dakwahnya untuk sekadar melabuhkan masalah di hati.Fenomena di atas bukanlah sesuautu yang mustahil dalam putaran dakwah. Jatuh bangunnya aktivis dakwah dalam meniti jalan ini, fenomena futurnya iman serta berguguran jundi-jundi dakwah adalah biasa dalam perjuangan ini. Itu adalah sunnatullah. 'Imanu Yazid way an quz- Iman itu naik dan turun'.

Akan tetapi yang patut disesalkan adalah ketika berjatuhannya aktivis dakwah ini bukan kerana mereka tidak mahu bangun dan kembali bersama dakwah, tetapi kerana orang-orang yang disekelilingnya tidak mahu membantunya bangkit semula bahkan tidak peduli sama sekali kalau saudaranya sedang terjatuh. Inilah yang patut direnungi bersama.Kisah Kubaib adalah satu contoh. Kadang-kadang seorang murabbi itu merasakan bahawa anak-anak buahnya sangat bagus sekali, mendengar pengisian dengan teliti dan bersemangat, mencatat nota dengan rapi, kemudian pulang ke rumah masing-masing dengan aman. Tiada masalah. Padahal di sebalik penampilan yang bagus di hadapan murabbinya, ada jurang kemaksiatan yang dilakukan tanpa pengetahunnya. Anak buah seterusnya mahu mengundur diri dan merasa diri tidak standing dengan teman-teman halaqahnya.

Kuncinya adalah berterus-terang. Mutu sesebuah halaqah itu sangat bergantung kuat pada kualiti dialog yang dibina di dalam halaqah itu. Tidak mungkin dialog-dialog itu mampu berlaku dengan bestnya jika tidak adanya keterbukaan pada jiwa individu(afrod) yang ada didalam halaqah tersebut. Keterbukaan di sini adalah berterus terang dalam menyampaikan segala permasalahan walaupun sekecil manapun masalah itu. Jangan memandang enteng sesuatu masalah itu jika itu memang memerlukan penyelesaian.Bagi seorang murabbi tidak sebolehnya terlalu mempercayai bahawa ia telah memberikan banyak bahan dan terlalu yakin bahawa mad'unya telah menjadi kader-kader yang tidak mungkin jatuh tatkala ketika tersadung batu ujian.


Lihat sahaja kisah terbukaan Kaab bin Malik di perang Tabuk pada Rasulullah. Panglima besar Islam itu tidak mahu berperang hanya kerana malas! Namun dia bersimpuh di hadapan Rasulullah sambil berkata, 'wahai Rasulullah, andai aku berhadapan dengan selain engkau, aku yakin aku dapat mencari alasan, namun aku khuatir Allah akan membuatmu marah padaku dengan mengungkapkan kedustaan itu melalui wahyu."Apa yang ditonjolkan Kaab sudah cukup menjadi renungan kite semua akan erti keterbukaan, berterus terang dan kejujuran. Di sanalah kuncinya.Ketika seorang mad'u berterus terang akan kesalahannya, makan akan legalah hati, walaupun mungkin ianya memalukan. Di saat itulah motivasi rohani dari murabbi dan nasihat teman-teman harus segera diberikan untuk mengupgradekan langkah-langkah yang sudah tertinggal. Eratkan kembali ukhuwah.

Satu lagi perkara yang berperanan besar dalam menjaga stamina ruhiyah seorang afrod (individu) dalam tarbiyah adalah ukhuwah. Kadang-kadang kerana kesibukan yang mencengkam, hak-hak ukhuwah yang seharusnya kita berikan kepada saudara kita menjadi terabai. Maka wajarlah bila kita rasakan sewaktu berprogram, pertemuan rutin menjadi kering tanpa makna. Kosong. Perkara sebegini haruslah diatasi. Sesibuk manapun aktiviti kita, hak-hak ukhuwah harus tetap kita berikan. Berwajah cerah ketika bertemu, saling berziarah sehingga kita tahu keadaan keluarganya, masalah yang sedang dihadapinya serta keadaan imannya. Cari masa untuk bermalam bersamanya agar dapat bertukar cerita sehingga kita boleh berempati ( empathy ) terhadap permasalahan saudara kita. Saling nasihat menasihati baik diminta ataupun tidak, saling bertukar-tukar hadiah dan saling mendoakan doa rabithah. Andai kesemua hak-hak ukhuwah tersebut kita tunaikan, akan menjadi tipislah kemungkinan untuk bergugurannya sahabat-sahabat kita di jalan dakwah, insyaAllah.

Akhirnya saudaraku,

Tarbiyah itu unik. Di situ bukan sahaja sekadar perpindahan( transfer) ilmu dan
bahan, tetapi adalah proses bagi setiap individu di dalamnya untuk menjadi lebih
baik dari sebelumnya.Dan lebih dari itu, langkah-langkah ke arah menjadi lebih
baik itulah yang menjadikan kita mengerti akan hakikat hidup berjemaah. Tarbiyah
bukanlah segalan-galanya, namun segalanya-galanya bermula dari tarbiyah


Read more...

Thursday, August 21, 2008

Rindunya Ramadan

Kau tahu jiwa yang bernyanyi? Ia selalu bermesraan di sepertiga malam. Ia terkadang berbisik. Terkadang merintih. Terkadang merangkai kata. Hanya untuk memenuhi hasrat cintanya. Pada apa yang diajarkan Rasul-Nya.
Read more...

Thursday, August 14, 2008

HIDUPKU...

15 ogos 2008

2.31 am

Satu pengalaman yang cukup menarik untuk saya kongsikan.

Kesibukan mengejar untuk memperbaiki akademik…midterm semakin hampir..saya rasa malas pula nak menatapi buku untuk diulangkaji. Melihat sahabat yang lain sudah mula menyibukkan diri untuk melihat kelompangan ilmu yang ada supaya tidak tersungkur di hari midterm mula dilangsungkan nota diperkemaskan perbincangan diperhangatkan malah nota kecil menjadi “azimat” dan teman kemana sahaja… saya macam biasa sibuk dengan kehidupan seharian...rutin harian kemana sahaja saya pergi pastinnya usaha untuk martabatkan islam...biarlah sahabat yang lain sibuk dengan akademiknya...namun biarkan juga saya menyibukkan diri untuk mendaulatkan islam...mengesat air mata sahabat ...masyarakat ..walaupun masih muda di arena perjuangan..tidak pernah merasai apa erti ..belantan FRU..ISA..malah sepang terajang....apatah lagi jalan terakhir iaitu syahid..namun hati nekad...jalan itu pasti datang....saya merindu.......'SENYUM MUJAHID MENUJU SYAHID.

Semalam kunci motor hilang..terpaksalah guna motor sahabat yang kebetulan ditinggalkan..ujian datang motor tu pula pancit ditengah jalan…awal paginya…kelas pukul 8…tekanan juga….dilewatkan…mujurlah fikiran yang waras bila buat kerja islami pasti dimudahkanya hati berbisik …

Pernah satu ketika adik usrah bertanya,,…tentang masalah hidup saya…seolah-olah dia melihat saya tiada masalah..saya menjelaskan…selagi namanya manusia pasti tidak pernah terlepas daripada masalah…tapi apabila ketakwaan kita bina ,redha dengan segala ujian …pastinya segala urusan akan dimudahkan…lingkaran kehidupan seharian saya tidak sama seperti sahabat yang lain apatah lagi mahasiswa lain…jauh sungguh berbeza….nak bersenam…kadang-kadang tidak bagi saya..nak bershoping bukan minat saya..

Nekad saya… hidup mati saya tumpahkan sepenuhnya untuk ISLAM. Ingin saja saya menjadi panglima perang terbaik untuk memimpin batalion tentera terbaik seperti mana kehebatan Sultan Muhammad Al Fateh membuka Istanbul ..ingin sahaja diri ini sehebat Talhah walaupun uzur dan tempang masih mampu menyahut seruan jihad dalam keadaan susah dan senang malah diri ini ingin sahaja menginsafi bait-bait rintihan Uthman Affan yang mengatakan sekiranya diperhitungkan di padang masyar samada ke syurga ataupun neraka rela diri ini menjadi abu melihat kedaaan hati......Ya Allah rindukanlah aku seperti mana rindunya khalid Al Walid terhadap syahid Di jalanMu...AMIN


Read more...

Wednesday, August 13, 2008

KISAH KURA-KURA DENGAN TUPAI

AHAD (10 0gos)lepas saya berkesempatan untuk mencurahkan budi ke rumah anak yatim kota Belut. Terpancar di wajah mereka rasa kegembiraan dengan kehadiran kami..Namun dalam kisah ni saya nak ceritakan semula apa yang saya sampaikan kepada AJK dan Adik peserta semasa berprogram sehari suntuk...letih juga..tapi seronok sangat...

Ini kisah penuh iktibar di sebalik ikatan persahabatan yang akrab antara tupai dan kura-kura. Perkenalan bermula sejak kura-kura memakan buah-buah hutan yang dijatuhkan oleh tupai ke dalam air sebuah sungai yang mengalir perlahan di sebuah hutan. Mulai hari itu hubungan keduanya semakin mesra. Setiap hari keduanya bertemu dan berbual di tebing sungai. Dan kemesraan yang semakin bertambah itu mula berlarutan untuk jangkamasa yang panjang. Sayangnya keakraban persabahatan dengan situpai menyebabkan kura-kura mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya.

Kura-kura mula pulang lewat dan keluar awal daripada tempat kediamannya. Isterinya selalu ditinggalkan keseorangan. Keasyikannya kura-kura melayan situpai mula menimbulkan kecemburuan dan kebencian di hati isteri kura-kura. Diam-diam isteri kura-kura bertekad untuk memisahkan suaminya dengan tupai.

Pada satu ketika seperti yang telah dirancangkan, isteri kura-kura pura-pura jatuh sakit. Badannya dilakonkan agar kelihatan lemah-lesu dan dengan sengaja makanan yang diberikan kepadanya tidak dijamah. Puas diiktihar rawatan dengan berbagai-bagai ubat, namun isteri kura-kura tidak juga sembuh. Kura-kura susah hati dan sedikit-sebanyak mula memberi perhatian yang lebih terhadap isterinya. Melihat keadaan itu, isteri kura-kura yakin bahawa rancangannya sudah separuh berjaya. Suaminya sudah mula terperdaya. Maka tinggal separuh lagi daripada keseluruhan perancangan liciknya ingin disempurnakannya. Selanjutnya isteri kura-kura dengan tipu muslihatnya pun berkata, “aku ingin katakan bahawa yang akan dapat menyembuhkan sakitku ini hanyalah dengan memakan hati tupai!” Terkejut, kura-kura mendengarnya. Mana nak dicarinya hati tupai?



Tiba-tiba dalam kebingungannya itu ia teringat akan sahabat karibnya tupai. Ya, sudah terpaksa… sahabat akrabnya itu terpaksa dikorbankan. Demi kesihatan isterinya kura-kura terpaksa mengorbankan kawannya. Begitulah tekad hati kura-kura. Walaupun agak keberatan pada mulanya, tetapi akhirnya kura-kura mula mengatur rancangan. Seperti biasa, kura-kura pun menemui sahabatnya situpai. Kata kura-kura, “telah lama kita bersahabat, tetapi saya tidak pernah membawa awak bersiar-siar untuk melihat keseluruhan kawasan sungai ini. Apakata kalau saya membawa awak bersiar-siar pada hari ini?” Wah, apalagi situpai dengan gembiranya menyambut baik tawaran sahabat karibnya tanpa mengesyaki sebarang niat buruk disebaliknya. Lalu tupaipun melompat di atas badan kura-kura dan kura-kura pun mula berenang ke tengah sungai.

Sebaik sahaja sampai ditengah-tengah sungai barulah kura-kura mula bercerita tentang keadaan isterinya yang sedang sakit. Dan akhirnya menyatakan dengan terus-terang bahawa ubat bagi menyembuhkan sakit isterinya ialah hati tupai. Terkejut tupai mendengarnya dan tahulah dia bahawa tujuan sebenar kura-kura membawanya bersiar-siar adalah untuk membunuh dan mengambil hatinya untuk diberikan kepada isteri kura-kura.

Makin lama pergerakan mereka semakin jauh ke tengah sungai. Tupai mula berfikir untuk menyelamatkan diri. Tak lama kemudian dia mula menangis. Kura-kura hairan dan bertanya mengapa tupai menangis. Lalu tupai menyatakan rasa simpatinya terhadap isteri kura-kura dan kesediaan menyerahkan hatinya sebagai ubat sepertimana yang dihajatkan. “Tetapi… aku sedih kerana buat masa ini hatiku telah ku ditinggalkan di rumah. Jadi kalau kau inginkannya, kau mestilah menghantar aku kembali ke tebing sungai untuk aku mengambilnya.”

Maka sikura-kura itupun membawa semula tupai ke tebing sungai dan dengan cepat tupai meloncat ke atas pokok kediamannya lalu berkata, “wahai kura-kura mulai hari ini aku tidak mahu lagi bersahabat denganmu. Tak sangka begitu sekali kejamnya hatimu untuk membunuh sahabat sendiri. Selamat tinggal!” Kini tahulah kura-kura-kura bahawa ia telah ditipu oleh situpai. Dengan sedih ia kembali ke rumah untuk menemui isterinya.

Ya, hati isterinya belum tentu dapat dimenanginya semula… tetapi yang pasti ia sudah kehilangan sahabat karibnya. Begitulah kesudahannya kisah yang menjadi gelanggang iktibar kali ini. Secara tidak lansung kisah ini boleh menggambarkan konflik yang sering terjadi pada seseorang individu yang sedang berdepan dengan dilema antara sahabat dan isteri yang memaksanya memilih antara perkahwinan atau persahabatan.

Masih relevankah persoalan yang diketengahkan ini? Jawabnya, ya. Justeru kini manusia kekadang tidak dapat mengimbangi antara kepentingan isteri atau suami dengan sahabat-sahabat. Dan kisah ini juga boleh dijadikan pembayang pada pertembungan antara kejayaan menguruskan rumah-tangga dan juga organisasi.

Percayakah anda kalau dikatakan bahawa ramai manusia dalam era ICT ini terperangkap dalam dilema seperti yang dinukilkan dalam kisah kura-kura dan tupai ini? Ada kalangan yang terlalu memberi tumpuan kepada sahabat samada sahabat seorganisasi atau kebetulan mempunyai minat yang sama sehingga mengabaikan isteri di rumah. Kawan lebih diutamakan daripada isteri hingga siisteri tinggal kesepian atau keseorangan untuk menguruskan keluarga dan anak-anaknya di rumah.

Sisuami lebih senang berbincang hal perniagaan, tugasan, hobi atau sekadar berbual kosong dengan kawan-kawan di luar rumah. Masa, tenaga dan perhatian lebih kepada kawan-kawan berbanding isteri. Bila bersama kawan ketawa-rianya meriah, tetapi bila bersama isteri muka masam mencuka bagai dilanda masalah.

Mengapa ada suami yang boleh memberi masa berjam-jam untuk bermain golf, memancing dan lain-lain aktiviti rekreasi tetapi begitu ‘tersiksa’ untuk mengorbankan masa sejam dua untuk bersama isteri dan anak-anak? Jawabnya, dalam aktiviti rekreasi itu suami akan bertemu kawan-kawan bukan menatap muka isteri. Jika bersama kawan, jiwa sisuami terasa ‘relaks’, santai dan bebas… tetapi bila bersama isteri ada sahaja masalah yang hendak didengar, diberi perhatian dan diselesaikan.

Lalu sebagai langkah ‘escapeism’ ramai para suami meniru langkah kura-kura yang hidupnya dirasakan tenang apabila bersama tupai, berbual sambil makan-makan buahan hutan daripada menatap isteri yang berleter, sentiasa sibok dan risaukan hal-hal rumah-tangga. Bosan, marah, geram, kecewa dan lain-lain rasa negatif bersama keluarga di rumah menyebabkan para suami beralih ke luar rumah untuk bertemu dengan kawan-kawan.

Malah kini sudah menjadi suatu yang lumrah, ramai pengarah, pengurus dan para profesional yang berjaya dalam kariernya tetapi gagal dalam rumah-tangganya. Menurut kajian yang dibuat di Amerika, 90% CEO (ketua pengarah) syarikat-syarikat perniagaan yang paling berjaya dan ternama di dunia telah mengalami keruntuhan dalam rumah-tangga.

Apakah ertinya semua ini? Seperti yang kita sedia maklum untuk berjaya dalam memimpin sesebuah syarikat, seorang CEO mestilah mendapat ketaatan, kerjasama, komitmen malah pengorbanan daripada seluruh ranting organisasi termasuk ahli lembaga pengarah, pengurus-pengurus, pegawai eksekutif, tenaga teknikal dan majoriti kakitangan sokongan bawahannya. Bayangkan sebuah syarikat perniagaan yang ternama di Amerika. Ia tentulah mempunyai modal berbilion-bilion dollar, beribu-ribu perkerja dan berbagai-bagai bidang kerja serta tugasan yang begitu kompleks dan rencam.

Dan seorang CEO yang diktiraf berjaya tentunya dapat ‘mengusai’ semua elemen-elemen yang disebutkan tadi. Dan tentunya… malah pasti! dia selalu berada di samping sahabat-sahabat seorganisasinya untuk mendapat penguasaan itu.

Namun, kata orang, semakin tinggi pokok yang kita naik, semakin kuat angin yang menggoyang. Setiap kejayaan, menuntut pengorbanan. Soalnya sekarang apakah yang dikorbankan itu lebih berharga nilainya daripada apa yang kita kejar? Berbaloikah kejayaan dalam menguruskan organisasi dibayar dengan kegagalan membina sebuah rumah-tanga yang bahagia?

Wajarkah mercu keuntungan dan nama didaki dengan cara memijak hak isteri dan anak-anak? Ya, kebanyakan para korporat dan profesional terkemuka gagal mengimbangi atau mensepadukan antara karier dan keluarga, antara organisasi dan rumah-tanga. Ertinya, mereka lebih efisen dan efektif bersama kawan-kawan berbanding dengan isteri dan anak-anak.

Dan bila berdepan dengan suami yang sedemikian, tidak sedikit isteri yang bertindak seperti ‘isteri’ kura-kura dalam kisah ini. Mereka mula merancang strategi atau jalan keluar untuk menyelesaikan masalah. Mereka bertekad ingin memisahkan suami dengan kawan-kawan, syarikat serta kesibokannya. Lalu mereka merajuk, mengamuk ataupun memilih ‘jalan belakang’ untuk berdepan dengan suami yang mengabaikan rumah-tangga.

Para isteri yang begini akan membuat berbagai-bagai karenah supaya suaminya terikat kembali di rumah. Masalah yang kecil dibesarkan, yang besar apatah lagi. Mereka bersikap terlalu ‘dependent’ – yakni terlalu bergantung dengan suami. Sikap itu sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian suami agar kembali menumpukan kepada dirinya.

Jalan salah yang dipilih oleh para isteri itu bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah yang sedia ada malah memburukkan lagi keadaan yang sedang berlaku. Krisis yang mereka cetuskan di rumah akan memberi kesan pada suami yang kemudiannya memanjangkan krisis itu ke pejabat atau premis perniagaan.

Ada para suami yang berang dan marah-marah kepada para pekerja atau rakan setugasnya kerana marahkan isteri yang ‘meragam’ di rumah. Perlakuan negatif seperti marah-marah, murung dan dendam para suami yang berpunca daripada isteri di rumah akan memberi kesan buruk kepada organisasi di tempat dia bekerja. Prestasi kepimpinan, pengurusan dan kerjanya akan terjejas. Produktiviti dan kualiti kerjanya akan merosot. Kakitangan bawahan atau sebaya akan ‘lari’ manakala orang atasannya akan memarahinya.

Lama kelamaan semua orang meninggalkannya. ‘Toxic people’ semacam itu akan dibenci oleh semua orang. Orang-orang ini bolehlah disifatkan seperti kura-kura yang merancang membunuh tupai. Tapi dalam kes ini, individu yang sedemikian seolah-olah ‘membunuh’ orang yang rapat dengannya, organisasi tempat ia bekerja dan dirinya sendiri. Terjejas dengan ragam isteri di rumah, organisasi dan kawan-kawan pula yang menjadi mangsanya.

Keadaan ini selalunya menimpa kepada mereka yang ‘kalah’ dengan ragam isteri. Tapi bagaimana bagi mereka yang ‘menang’? Walaupun karier dan profesyen mereka mungkin tidak terjejas, tetapi rumah-tangga mereka akan hancur. Strategi tidak ‘menjadi’ oleh para isteri yang cuba ‘mengembalikan’ suami kepada diri mereka dengan cara yang salah akan memberi kesan sampingan yang akan lebih memburukkan lagi keadaan. Sikap tidak ambil kisah, tidak endah dan tidak peduli oleh para suami akan tambah menyakitkan hati para isteri yang meragam itu. Mungkin mereka akan memilih cara yang sama…

Yakni mereka juga akhirnya tidak endah dan tidak peduli terhadap para suami. Ya, kalau rajukan mereka tidak diperdulikan ertinya suami sudah tidak menyayangi mereka lagi, kan kata orang tua, ‘merajuk pada yang kasih?” Jadi apa lagi hendak di tunggu? Mereka pun minta cerai atau kadangkala sanggup berlaku curang di belakang suami. Bayangkan kalau kura-kura buat tidak endah akan kesakitan yang dialami oleh isterinya atau tidak melayang lansung permintaan isterinya yang hendakkan hati tupai… Maka isteri kura-kura juga berkemungkin besar akan cabut meninggalkannya!

Adalah wajar kita melihat persoalan ini dengan lebih tertib dan tepat. Kejayaan menguruskan rumah-tangga bersama isteri seharusnya perlu didahulukan sebelum mencapai kejayaan mengurusan organisasi bersama kawan-kawan. Ini kerana menurut pakar-pakar motivasi, “personal victory must come first before public victory.”

Dalam Al Quran dan hadis jelas menunjukkan bahawa diri dan keluarga perlu diselamatkan terlebih dahulu sebelum menyelamatkan orang lain. Dari segi logik atau rasionalnya pun, sudah tentulah kemenangan di peringkat individu yang jauh lebih mudah perlu dicapai dahulu sebelum kemenangan di peringkat umum yang jauh lebih sukar.

Dan atas ketertiban inilah Rasulullah telah berjaya dalam kepimpinan dan tugas kerasulannya. Nabi Muhammad saw adalah orang yang ceria bersama isteri-isteri dan keluarganya dan baginda juga individu yang sentiasa ceria bersama sahabat-sahabatnya. Isteri-isteri baginda tidak pernah ‘cemburu’ melihat baginda akrab dengan sahabat-sahabatnya di luar rumah justeru mereka telah mendapat layanan, belaian, perhatian yang sempurna apabila baginda bersama-sama dengan mereka di rumah!

Ketertiban sangat dipentingkan dalam Islam dan ini semua telah disusun mengikat aulawiyat (keutamaan) masing-masing. Ada hak diri, keluarga dan sahabat yang perlu ditunaikan mengikut susunan yang telah ditetapkan. Tumpuan pada satu perkara bukan alasan mengabaikan perkara yang lain… Inilah indahnya jika Islam difahami, dihayati dan diamalkan, kita tidak akan menghadapi dilema seperti yang dialami oleh kura-kura – dilema antara isteri dan sah

Read more...

Tuesday, August 12, 2008

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi: "Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, "Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "
Read more...

Friday, August 8, 2008

SI KAFIR PEMBUNUH DIJEMPUT BERBICARA SOAL KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Tidak lama dahulu perasaan sedih, sakit hati, geram dan marah bercampur-baur apabila menyaksikan pembunuhan dan penganiayaan tentera-tentera British ke atas rakyat Iraq. Pedihnya masih hingga kini terasa. Baik di kalangan pemimpin mahupun rakyat, menyumpah dan memaki kerajaan negara penjajah tersebut yang pada ketika itu dipimpin oleh Tony Blair. Persekongkolan Tony Blair dengan George Bush dalam pembunuhan yang mereka lakukan ke atas umat Islam masih segar dalam ingatan kita semua.

Namun, pembunuh kejam, Tony Blair ini dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Rule of Law and Good Governance" (Kedaulatan Undang-undang dan urus tadbir yang baik) di Kuliah Undang-undang Sultan Azlan Shah, Universiti Malaya. Sungguh mengejutkan! Tatkala Perdana Menteri Malaysia sendiri dahulu pernah mengutuk pencerobohan yang dilakukan oleh Blair di bumi Iraq, kini, kedatangan syaithan manusia ini disambut baik, malah diberi bercakap tentang kedaulatan undang-undang.!

Wajarkah kerajaan memberi penghormatan kepada seorang penjenayah perang seperti Blair? Wajarkah pembunuh umat Islam ini disambut dengan penuh hormat? Tony Blair – seorang pemimpin kafir yang telah membunuh dan menghina ribuan umat Islam iaitu saudara kita sesama Muslim dan seorang pembohong antarabangsa tatkala mengheret tenteranya untuk masuk ke Iraq dengan alasan WMD, kini disambut dengan penuh kehormatan di sebuah negara yang bergelar Negara Islam Hadhari! Sungguh hebat pemimpin Islam Hadhari!

Mungkin alasannya adalah, dia hadir sebagai seorang pembentang kertas kerja, apa salahnya? Butakah kerajaan bahawa fakta ini sama sekali tidak menghapus status Blair sebagai seorang pembunuh umat Islam? Butakah kerajaan terhadap tangan Blair yang masih dilumuri darah kaum Muslimin Iraq dan Afganistan? Butakah kerajaan bahawa berapa ramai lagi umat Islam yang masih mengerang kesakitan di katil-katil hospital yang serba dhaif dan kekurangan dari segi peralatan dan ubat-ubatan, hasil kerja tangan si Tony Blair laknatullah ini? Bagaimana mungkin seorang pembunuh saudara kita sesama Muslim disambut sebagai seorang tetamu istimewa?

Hebat sungguh pemimpin Islam Hadhari. Mungkin jika si syaithan besar Bush laknatullah datang ke Malaysia pun akan diberi sambutan yang lebih meriah lagi, penuh gilang-gemilang cemerlang dan terbilang.
Read more...
Blog Widget by LinkWithin