Di Manek Urai, saya katakan bahawa Pas menang di atas kertas. Dan, izinkan saya untuk berkata, Pas tewas dari sudut-sudut tertentu. Walau pun secara rasminya, yang diambil kira ialah keputusan di atas kertas, namun sebagai gerakan Islam kemenangan di atas kertas sahaja tidak memadai.
Apabila saya kata Pas tewas dari sudut-sudut tertentu, bukan bermakna Umno menang dari sudut yang Pas kalah itu, tidak. Di Manek Urai, Umno tewas di atas kertas dan tewas juga dari semua sudut. Malah, dimana-mana pun, walau pun Umno menang, mereka tetap kalah dari sudut-sudut lainnya.
Mengapa saya berani berkata Pas kalah dalam beberapa sudut di Manek Urai?
Saya sayangkan Pas dan saya tidak mahu Pas kalah dari sudut mana pun. Sebab itu, apabila Pas menang di Manek Urai saya suka, tapi dalam masa yang sama banyak sangat perkara yang menyesak dan mengasak benak saya, sehingga saya berani menyimpul, Pas kalah dalam banyak sudut.
Saya tidak suka menyebut secara khusus sudut-sudut itu bimbang disalah tafsirkan. Namun, sesiapa yang berada di Manek Urai dan terlibat secara aktif, mereka akan terhidu beberapa sudut yang boleh dikatakan sebagai ‘Pas kalah’ dari sudut itu.
Untuk menggambarkan sudut-sudut kekalahan itu, izinkan saya mengungkapkannya dalam bentuk pertanyaan untuk menjadi renungan.
- Adakah benar kita menyertai PRK Manek Urai dalam suasana kasih-sayang dan ikatan persaudaraan berasaskan jamaah teruji dan longgar?
- Mengapa ada yang boleh turun dan ada yang tidak, ada poster yang boleh terpamer dan ada yang tidak?
- Benarkah ada pihak yang mengambil kesempatan gelanggang terbuka ini untuk menuding jari dan menjeling tajam kepada orang-orang tertentu?
- Mengapa dibiarkan ahli-ahli gelisah dan resah dengan pelbagai soalan yang sukar dijawab?
- Betulkah mereka yang berada di luar Pas yang bersedia membantu kita, turut merasa rimas dan lemas dengan kerenah sesama kita?
- Benarkah ada orang yang merasa dirinya bijak dan hebat sehingga menafikan kebolehan dan keupayaan orang lain?
Cukup sekadar itu.
Bagi saya, itulah sudut-sudut yang kita kalah. Saya tidak bermaksud Umno menang dari semua sudut itu, tidak. Dan, Pas tidak kalah dalam sudut-sudut itu kepada Umno.
Kalau begitu, Pas kalah kepada siapa?
Bagi saya, dalam sudut-sudut tadi Pas kalah kepada kepentingan-kepentingan, desakan-desakan, asakan-asakan dari dalam diri pendokongnya sendiri.
Apa desakan, asakan dan kepentingan itu? Saya ada jawapannya tetapi saya tidak sampai hati untuk menyebutnya di sini.
Isnin, 2009 Julai 13
Catatan Manek Urai

CATATAN SATU
“Doh oghe bui gak, ambo teghimo la…”, ujar seorang Pak Cik sambil menjinjing beg plastik berisi entah apa. Dia berlalu dengan muka selamba saja.
Dia baru keluar dari dewan berhampiran Masjid Temalir. Hamper itu ‘umpan’ Wanita Umno Perlis.
“Saya dah hubungi Dato’ Sri MB, tapi dia kata dia tak dapat hadir. Saya cuba hubungi lagi tapi tak dapat. ‘Line’ telefon di sini tak ‘clear’.
Benar, kita perlu mundar-mandir sedikit untuk mendapat ‘signal’ telefon yang baik di sekitar Masjid Temalir.
“Kalau BN menang di Manek Urai ini, kita akan buat pencawang supaya line telefon di sini lebih clear”, kata ketua wanita Umno itu dengan bersemangat.
Saya cepat-cepat beredar ke tandas berhampiran kerana ada sesuatu yang tak kena dengan perut saya.
CATATAN DUA
“Umno ni buto ko apo…?”, kata Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Kelantan.
Dia berkata begitu ekoran pemimpin Umno yang datang ke Kelantan semuanya mencanangkan kepada penduduk Manek Urai bahawa Kelantan tiada pembangunan.
"Kelantan sekarang macam Perlis 20 tahun dulu", kata ketua wanita itu lagi.
Saya tidak lagi berkejar ke tandas kerana tiada apa lagi yang nak keluar.
CATATAN TIGA
“Shahidan, post dia di hujung sana. Sini post Mat Isa’, kata seorang bekas rakan sepejabat saya, seorang aktivis Umno semasa kami berjalan beriringan.
“Depa dua tu mana boleh sekali”, sambungnya.
“Ok, Ustaz kalau ada nak mintak tolong apa-apa, ‘call’. Mat Isa mudah sikit”.
Saya senyum tawar. Kami bersalam erat dan beredar.
CATATAN EMPAT
“Abu Jahal dulu hina Nabi Muhammad kerana baginda hanya bela kambing. Umno pula hina Abe Uji kerana ‘peraih ikan’. Perangai kedua-duanya serupa ja…”.
Kata Tok Guru Nik Aziz dalam ceramahnya bersama Kit Siang dan Anwar di Kampong Perial. Ketawa orang ramai berderai.
dipetik dan diubahsuai:bongkarsauh.blogspot.com/
Read more...





