Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Thursday, October 30, 2008

Jihad Akademik

Sekian lama tidak menulis di alam maya.
Sehingga kini baru ada kesempatan..keletihan dalam PRK..Selang sehari terpaksa pula melunaskan tanggungjawab akademik, Field work Ke Pulau Banggi Kudat..hari ini pula terpaksa melangsaikan semua tugasan Asggment yang diamanahkan Sem ini hampir melabuhkan tirainya... Tinggal beberapa hari lagi.. Terkenang kesilapan dan kelemahan... Apakah ilmu yang telah aku dapat sepanjang sem ini?

Sem ini mempunyai 'class' yang tersendiri dalam mewanai hidup ku sbg seorang mahasiswa. Sem ini amat bermakna dan banyak mengenalkan aku erti sebuah kegagalan.

Ianya tidak mudah ditempuhi tapi tidak mustahil untuk diatasi!!!

Kegagalan adalah permulaan sebuah kejayaan.

Memang ada kebenaran kata-kata ini. Kadang-kadang kegagalan lebih manis daripada sebuah kejayaan kerana pada saat kita menempuh kegagalan maka seluruh anggota akn digerakkan untuk mengatasinya.

Semua dalam permulaan yang baik.

Bermonolong sendirian adakah dah dilunaskan tanggungjawab sebagai seorang HAMBA?,ANAK ?MAHASISWA? jauh disudut hati...semua itu tak perlu diceritakan .

Sekejab rasanya berada di alam kampus ini rasanya tidak puas seolah-olah baru semalam sahaja mendaftar..tak terasa pula sekarang dah semester 5. Ingin sahaja ku perlihatkan kepada semua apa yang bakal tercipta selepas ini....

Moga kita semua dapat muhasabahkan diri. Harapan ku moga Allah menerima segala amal ku sem ini sebagai salah satu jihad dijalanNya.

Kini AKU semakin di penghujung perjalanan
Adakah AKU sudah melunaskan tanggungjawab yang di amanahkan

sebagai..
seorang hamba

sebagai seorang anak

sebagai seorang mahasiswa

sebagai seorang pemimpin

sebagai seorang sahabat
sebagai seorang.....????

AKU sangat Takut dengan hari yang mendatang

terasa dosa yang menyaluti tubuh
menjadi hijab untuk menagih rahmat-Mu
aku mohon sangat agar dipermudahkan sepanjang perjalanaan ini
bantulah AKU kali ini dalam JIHAD AKADEMIKKU.
Amin


Read more...

Wednesday, October 29, 2008

DOAKU UNTUK TEMAN SEPERJUANGAN



YA Allah ,sudah tentu engkau melihat bagaimana sahabt-sahabtku bersungguh-sungguh bekerja untuk memenagkan perjuangan bagi menegakkan agama Mu dalam Pilihanraya kampus ini kerana engkau Tuhan yang Maha Melihat Dan Maha Mengetahui

Ya Allah,sebelum kami mengecapi kemenagan ini engkau tentunya melihat pengobanan yang telah mereka berikan untuk perjuangan agama Mu ini. Setiap malam mereka ke bilik Gerakan bagi menyempurnakan tugas masing-masing,ada yang terlupa untuk datang ke kuliah kerana asyik dengan tugas yang di berikan,tanpa mengharapkan upah dan bayaran selain dari redhaMu ya Allah, malah telah aku lihat mereka banyak mengeluarkan tenaga ,harta demi untuk kemenangan perjuangan ini.

Sebelum Kemenagan ini Ya Allah, aku yakin mereka begitu Ikhlas ,mereka bertugas sehingga larut malam hatta biji mata mereka merah kerana menahan rasa mengantok.setiap malam mereka tidur beralasakan jubin yang sejuk dan dalam keadaan keletihan ; sedangkan esoknya mereka wajib bangun awal untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.

Walaupun sudah beberapa hari keletihan tetapi ,masih terukir senyum manis di wajah merka,mereka redha meredah hujan untuk memastikan kempen ,poster berjalan dengan baik,merka tidak menghiraukan kesakitan yang menimpa apatah lagi kelaparan yang sering datang menjelma malah mereka semankin bersemanagt meneruskan kerja kerja yang masih banyak dan tidak pernah kurang.

Ya Allah,Engkau Engakau tentu Lihat mereka tidur bergelimpangan di setiap Sudut Bilik gerakan, ada ketikanya mereka terpakasa belapar demi menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan.

Ya Allah Jika sekiranya kami belum layak menerima kemenangan mutlak dan Engkau sendiri belum mahu memberikan kemenangan seperti itu kepada kami,aku merayu kepada Mu..

Berikanlah Sahabat ku itu sedikit hadiah dariMu.

Walaupun aku tahu permintaanku tidak layak untuk Engkau penuhi kerana banyaknya dosaku,kurangnya amalku,dan sedikitnya perjuangan dan pengorbananku…

Tetapi aku memohon bagi pihak sahabatku ya Allah Kasihanilah mereka berikanlah mereka sedikit hadiah dari kesungguhnan berjuang yang mereka telah persembahkan demi menegakkan syariatMu

Kami tahu,mungkin perjuanagn ,jihad serta pengorbanan yang telah kami berikan,belum setimpal dengan harga kemenagan yang kami pohon…Tetapiu bukankah engkau tuhan yang Maha Pemurah,

Kasihanilah mereka sahabat-sahabatku..jangan dosaku membuatkan Engkau tidak mengambil kira perjuangan yang telah mereka curakan. AMIN

21 OKTOBER 2008 (Bilik gerakan QS)

2.30 AM



Read more...

HUKUM MENYAMBUT DEPAVALI

Tengahari tadi,ketika dalam perjalanan dari kolej(IIC) ke rumah, saya terpandangsatu 'Banner' yang menunjukkan Ucapan depevaali dari 3 parti yang menjadi pilihan rakyat malaysia pada pilihanraya baru-baru ini.

Terdetik di dalam hati adakah perayaan depavaali tahun 2008 akan menjadi perayaan yang 'super' meriah?bukankah kaum India yang telah menyumbang kemenangan ketiga-tiga parti sehingga parti Islam dapat menang dengan majoriti yang sangat besar di kawasan kaum tersebut.

Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka?Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Depavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.

Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.


penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.


Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :

Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(Luqman, 31: 13)

dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama 'wish' dan mengucap selamat terhadap perayaan gologan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”

(al-Isra’, 17: 36)

Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.

BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIM

Mungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?

Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.

Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.

FATWA PARA ULAMA

Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".

(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),

Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”
Read more...

Saturday, October 11, 2008

CINTA SYAWAL

Suatu ketika Syawal terlibat pembicaraan dengan gurunya….

Syawal mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah kedalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut”.Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya, maka jawab syawal: “Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.

Guru itupun berkata: “ Itulah makna Cinta ”.

Lalu Syawal pun bertanya apa makna perkawinan.

Guru pun menjawab: “ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pokok yg kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan”.Maka masuklah Syawal ke dalam hutan dan keluarlah Syawal dengan membawa pohon yng tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab syawal: “Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya.. Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan …. Akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin bisa merawatnya dan menjadikanya indah”.Lalu sang guru berkata: “ Itulah makna Perkahwinan ”.

Begitu banyak pilihan didepan kita seperti pohon pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih tidak satu pun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergilir ke depan, yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.

Disakitkan-NYA kita sekejap, tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cinta-NYA, disusahkan sedikit agar insaf namun segera di senangkan semula, itulah belaian-NYA.Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasih-NYA.Dipangil-pangil kepada-NYA, untuk meminta itu dan ini, Tuhan amat melayani hambanya, tapi si hamba tidak peduli langsung!!

Read more...

Friday, October 10, 2008

Hakikat kehidupan


Mendengar berita kehilangan seorang mujahidah pada 6 syawal yang lepas bagi memenuhi tuntutan untuk bertemu Allah swt, menjadi fitrah kepiluan yang tidak terkata pasti dirasai. Bukanlah tidak menerima takdir Allah swt, cumanya sebagai insan yang mempunyai rasa belas dan kasihan kita tidak boleh menolak perasaan itu. Namun yang pasti, semua mendoakan pemergiannya mendapat tempat yang baik di sisi Allah swt sebagaimana layaknya golongan para syuhada’. Sahabat-sahabat tahu yang arwah merupakan antara penggerak yang mendokong tertegaknya syariat Allah di muka bumi. Justeru, semua sahabat juga tahu, bahawa ‘pemergian’ sahabat ini tentulah membawa bersama bekalan yang melayakkannya bersama dengan mereka yang berjuang pada jalan-Nya. InsyaAllah.

Inilah yang disebutkan dalam suatu hadis dari Abu Sufian bin Abdillah RA katanya:
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw. Wahai Rasulullah, katakanlah kepada saya berkenaan dengan Islam perkataan atau ucapan yang jelas dan yang tidak perlu lagi saya bertanya kepada orang lain”. Rasulullah saw bersabda : “Katakanlah aku beriman kapada Allah kemudian beristiqamah”.

saya dapat menilai berdasarkan hadis di atas bahawa sahabat ini telah berjaya istiqamah dengan kebenaran. Memang tidak salah lagi kerana semasa hayat sahabat ini sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir, masih lagi istiqamah dengan jemaah Islam yang benar.

Perkara penting sekarang, adakah kita mampu terus istiqamah dengan kebenaran sebagaimana sahabat tadi? Istiqamah sehinggalah bertemu semula kepada Pencipta?

Hadis yang saya sebutkan tadi memberi pengajaran yang sangat besar kepada kita yang masih hidup di dunia ini. Tuan Guru Nik Aziz dalam satu tazkirahnya menyatakan berpegang dengan agama yang istiqamah inilah yang akan menentukan kejayaan kita di dunia dan akhirat. Allah swt turut perintahkan kita agar istiqamah mengikut jalan yang betul bahkan juga diperintahkan kepada nabi-nabi suatu ketika dahulu. Ia berdasarkan firman Allah swt :
“Maka beristiqamahlah engkau sebagaimana engkau diperintahkan”. (Surah Hud:112)

Untuk istiqamah dengan kebenaran, mestilah tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ketetapan Allah swt. Menjaga setiap tindakan kita sama ada dalam hal yang berkaitan dengan ibadat, hubungan sesama makhluk ataupun terhadap diri sendiri. Semua itu mestilah dipandu dengan kebenaran barulah tidak ada perkara yang menyimpang sehingga tercatat satu lagi dosa dalam buku amalan kita.

Bagi sahabat-sahabat yang sedar pentingnya terus istiqamah dalam melaksanakan kebenaran dan menyampaikan risalah agama, teruskankanlah dengan keyakinan itu. Jangan sesekali jemu dalam beramal kerana sudah menjadi lumrah bagi mereka yang mahu mendapat tempat yang baik di sisi Allah menerima ujian yang tidak disangka-sangka dari arah mana ia datang. Seseorang yang yakin dan percaya kepada Allah swt sudah tentulah menganggap semua itu sebagai suatu tarbiyah dalam menguji ketahanan jiwa. Teruskanlah apa yang diperjuangkan sahabat kita yang telah pergi ini kerana sudah pasti sahabat ini juga menanti-nanti kehadiran kita untuk menyertainya di alam yang kekal abadi bila sampai waktunya.

Terakhir ini, saya sampaikan kepada semua kejayaan yang akan diperoleh bagi mereka yang tetap istiqamah dengan kebenaran. Ia merupakan janji Allah swt yang telah tercatat di dalam Al-Quran sejak sekian lama. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada kita untuk terus berada dalam saf pejuangan yang benar-benar diredai Allah swt. Firman Allah swt :


“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka itu beristiqamah, mengikut jalan yang betul dan tetap di atas jalan yang betul, turun kepada mereka malaikat-malaikat Allah, ketika menghadapi kecemasan terutama kecemasan di saat menghadapi maut, malaikat turun memberi semangat kepadanya, malaikat itu berkata, janganlah kamu takut dan berduka-cita, bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu, kamilah yang menjadi teman-teman kamu dalam kehidupan dunia dan dalam kehidupan akhirat”. (Surah Fusshilat:30-31)


Samalah-samalah kita doakan agar roh sahabat kita dicucuri rahmat dan segala amal kebajikan yang dilakukan selama ini diterima oleh Allah swt. Salam muwajahah silmiah

Read more...
Blog Widget by LinkWithin