Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Saturday, September 13, 2008

PANGGILAN JIHAD Bersediakah kita Dalam PRK?

Ya Allah panjangkanlah umur kami,supaya dapat kami mengecap nikmat Ramadan tahun ini.Tidak putus putus doa itu saya ucapkan mudah-mudahan dapat saya mengecap nikmat berdampingan dengan Tuhan Yang Maha Pengasih Dalam Bulan ini”


Gendang perang sudah dipalu oleh mereka ,19 sept ini hari perhitungan untuk semua aktivis kampus borneo meletakkan pengorbanan jihad yang sepatutnya.Justeru perhitungan dalam tempoh seminggu ini terserah kepada kita untuk menari sama rentak dengan paluan mereka atau mencorak arus dengan keupayaan tersendiri bagi membentuk satu gelombang tsunami dalam kampus. Slogan 8 Mac lepas hanya menjadi nostalgik manis kepada gerakan parti yang inginkan perubahan…Makkal sakti menjadi penentu kepada tercetusnya perubahan tersebut. Apakah kita hanya mampu bersandarkan kepada lapangan politik luaran yang bersifat kepartian,sedangkan kita sendiri di bumi borneo tidak pernah mengimpikan malah menginginkan satu perubahan seperti yang berlaku dalam PRU-12. Nah ! Inilah masanya.Tunjukkan siapa kita sebenarnya. Ayuh ayunkan tangan bergerak menuju kemedan ini kita berpecak dengan gaya kita sendiri…jangan takut jangan gusar,kita tidak terikut dengan suasana tetapi kitalah yang bakal mencipta suasana.

PRK medan jihad tahunan bagi kita semua untuk menilai sejauh mana outcome dan “pejuang berani mati” yang mahu dihantar oleh madrasah tarbiyyah kita,pengatucaraan strategi yang tidak nostalgik dengan taktik lama,kebijaksanaan membaca perencanaan halus musuh,ketepatan pimpinan dalam mengenal siapa kawan dan lawan,siapa mujahid dan siapa hipokrit pada saat kriktikal ini, walaupun kita masih lagi boleh berbangga dengan keadaan perlawanan yang sebelum ini masih lagi di atas padang yang rata. Apakah kita tahu sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di hari penamaan calon 17 sept ini,ataupun kita masih lagi dalam takuk yang lama dan di buai darapan 16 sept saya kata sekali lagi .Dalam situasi yang selesa ini gunakan sebaik mungkin ruang dan masa yang ada agar suasana baru dalam mengisi kemenangan itu berlaku.

Saya menyeru kepada semua sahabat sekalian agar menjadikan madrasah tarbiyyah ramadan ini sebagai medan terbaik untuk kita melengkapkan diri kearah mengisi kemenangan. Ingatlah kemenangan tidak tercapai dengan jalan yang mudah dan kita berkeyakinan dengan satu perkara .Kemenangan hanya mampu diraih oleh pemuda-pemudi yang soleh dan bertakwa serta serius dalam bekerja dan kemenangan juga tidak berlaku dengan hanya berserah nasib tetapi kuat beribadat yang tidak putus tetapi tidak serius dengan bekerja. Lupakah kita kata Abdullah Al Mubarak kepada Fudhail bin Iyad :”Betapa debu-debu yang melekat pada kaki kuda perangku ,lebih mulia daripada tangisanmu kerana takutkan Allah”.Perlu menjadi slogan untuk kita dalam mendepani PRK kali ini…

Pak Hamka pernah berkata “Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta seakan akan merasai bahawa kita sedang hidup dengan mereka sebab rasa hati suka dan duka kita sekarang adalah rasa hati dan suka duka mereka tinggalkan buat kita..” Dalam menyiapakan battalion perang agar lebih bermontivasi..Mari…marilah kita menijau sirah yang berlaku dalam perang Ahzab secara lebih Mikro dan penuh rasa cinta.

“Pada masa itu tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari sebelah hilir (tempat pertahanan kamu) dan pada masa itu pandangan mata kamu tidak ketenteuan arah ( kerana cemas dan bingung) serta hati menjadi resah gelisah dan takut dan kamu pula menyangka terhadap Allah dengan pelbagai sangkaan.pada saat itulah diuji orang 0rang yang beriman da digoncangkan perasaan dan ketetapan pendiriaan mereka dengan goncangan yang amay dasyat.” (10-11 al Azhab). Ayat ini membongakar bagaimana generasi acuan Rasulullah sendiri tidak terlepas daripada timbul perasaan takut dan hampir timbul prasangka tidak baik kepada Allah. Kita ini …lagilah…yang jauh dari didikan nabi sendiri.

Ahzab mengajar kita erti sebenar ketaatan bukan sekadar menjadi pak angguk kepada keputusan kepimpinan tetapi lebih dari itu ketaatan yang mengeluarkan sehabis keringat untuk bekerja dan bertindak daripada apa jua keputusan untuk mencapai peringkat yang lebih terbaik. Sahabat nabi tidak lagi mahu melakukan kesilapan berulang dalam perang Ahzab selepas tragedi perang Uhud berlaku malah membulatkan tekad dan membuktikan iltizam dengan keputusan syura nabi dengan mengambil strategi perang parit saranan Salman Al Farisi. Peristiwa ini berlaku dalam suasana panas terik mentari menyebabkan para sahabat terpaksa berlapar dan dahaga sehingga ada sahabat yang mengadu kepada Nabi dengan mengikat perut mereka dengan seketul batu. Namun sebagai ketua jentera Nabi menunjukkan qudwah bil hal yang lebih tajam dengan menunjukkan dua ketul batu diperut baginda,menandakan nabi jauh lebih lapar berbanding sahabat yang lain. Mengambil ibrah dari senario ini maka andaikata kita masih sukar untuk mengosongkan perut tambahan pula dalam bulan Ramadan ini kita tidak melengkapi diri sebaik mungkin …..usah bicara soal kemenangan dalam PRK kali ini.
Justeru marilah kita semua menggarap tarbiyyah Ramadan dengan melengkapakan diri bersiap siaga dengan semua modul daripada Allah agar kemenangan dalam PRK kali ini membuahkan hasil seperti yang dihasratkan.

Akhir sekali wahai sahabat jundullah sekalian .Ayuh! kita perpegang kepada konsep “ Allah tempat kita bergantung harap”. Bersama kita tingkatkan usaha dan takwa kepada Allah dengan penuh keyakinan dan berdoa supaya ditetapkan pendirian dalam perjuangan ini malah dimudahkan segala gerak kerja amal islami yang kita laksanakan.

“Ya Allah bantulah kami dalam peperangan kali ini,kami memohon ya Allah hantarkanlah tentera-tentera malaikat yang pernah membantu di Badr Al- Kubra pada bulan yang mulia ini agar kami dapat memenangkan agamamu meskipun sahabat,jiran kami bakal tekorban sekalipun “.

Allahumma amen,ya Rabbal Alamin


Read more...
Blog Widget by LinkWithin