Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Tuesday, June 24, 2008

Tangisan Anak Emas



Adalah biasa bagi kebanyakan manusia mengatakan mereka boleh memenangi sesuatu perlawanan apabila dalam hati mereka sebenarnya bimbang jika keputusan sebaliknya. Seorang ketua perang tidak boleh membiarkan anak buahnya lemah semangat dalam peperangan. Ia mesti membangkitkan semangat juang dan beliau mesti orang pertama yang menunjukkan keyakinan dan keberanian agar seluruh pasukan tidak patah hati.

Pada waktu perang dunia kedua, ketika Parti Perikatan (kini Parti Bangsa-Bangsa Bersatu) yang diketuai oleh Amerika menyerang Jepun untuk menamatkan penjajahan Jepun ke atas sebahagian besar Asia, maharaja Jepun memberi semangat juang kepada askarnya bahawa Jepun tidak akan kalah.

Namun harapan itu lenyap tatkala Hirosima dan Nagasaki hancur dalam Bom Atom. Kerosakan itu begitu teruk. Bandar besar hancur dan beratus-ratus ribu orang mati dalam beberapa saat. Keadaan itu begitu meyayat hati sehingga terpaksa diumukan walaupun berat hati bahawa Jepun telah kalah dalam perang itu.

Sebelum Pilihan Raya tahun ini, BN begitu yakin akan menang besar dalam pilihan raya. Akhbar sama ada media elektronik atau media cetak melaporkannya pada muka depan mereka. Berita baik mesti diucapkan. Seorang tokey tidak akan mengatakan barangnya buruk atau tidak bagus jika orang bertanya kalau-kalau barangnya tidak bagus. Beliau menjual produk, mestilah dia cakap barangnya 'OK...'.

Namun keputusan Pilihan Raya malam itu begitu mengejutkan pasukan dominan. Bukan sahaja Kelantan gagal ditawan malah empat negeri juga turut gugur dalam senarai.

Esok dan hari-hari seterusnya menampakkan bahawa BN mesti bergantung kepada Sabah dan Sarawak kerana kekurangan 30 Ahli MP akan menyebabkan BN menjadi pembangkang sedangkan gabungan kedua-dua negeri itu mempunyai lebih 50 ahli MP.

Hal ini begitu ketara dan membimbangkan kerana terdapat sejarah berlaku di Sabah beberapa tahun dulu dimana parti yang sepatutnya akan memerintah selepas menang tipis dalam pilihan raya tetapi kemudian gagal memerintah disebabkan tindakan beberapa wakil DUN yang berpindah 'rumah'.

Kelantangan beberapa ahli MP dari Sabah dan Sarawak yang secara terang-terangan menentang beberapa dasar parti pemerintah dalam beberapa sesi Parlimen menggusarkan hati parti dominan. Tambahan pula muncul seorang tokoh yang menggegarkan politik tanah air yang meniupkan ribut kerisauan ke dalam kemah parti dominan.

Kerisauan ini menyebabkan ketua parti pemerintah membuat beberapa pengumuman imbuhan, bantuan, sokongan, jaminan dan lain-lainnya untuk meredakan angin perubahan yang sudah mula bertiup di Negeri Bawa Bayu dan Bumi Kenyalang.

Pengumuman-pengumuman itu menyebabkan ada diantara saudara dan saudari dari semenanjung mulai rasa kecil hati dan mendakwa Sabah dan Sarawak 'anak emas'.

Siapa yang tidak kecil hati kalau abang mendapat 25 sen tapi kakak mendapat 30 sen? Pengagihan yang tidak adil itu boleh menyebabkan 'adik-beradik' dalam satu keluarga bertengkar padahal keadaan itu boleh dielakkan kalau diberi sama banyak.

Sahabat-sahabat dan abang-abang yang sedang membaca ini. Janganlah kiranya timbul dalam hati perasaan marah dan tidak puas hati apabila kakak mendapat lebih daripada abang. Mestikah kakak dan abang bertengkar kerana hal ini? Bukannya kakak yang meminta jumlah itu, tetapi itulah yang diberi oleh 'Pak' kita. Mintalah daripada beliau bahagian abang dan jika beliau adil dan pemurah, ia pasti memberi bahagian abang.
"

No comments:

Blog Widget by LinkWithin