Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Wednesday, November 5, 2008

Bajet Yang Memalukan

Apabila Pak Lah membentangkan belanjawan 2009, kesemuanya MP BN memberi komen memuji belanjawan tersebut meskipun belum dibahaskan di Parlimen. Seperti biasa kaki-kaki ampu dan kipas di dalam UMNO terutamanya menyangka Pak Lah akan terus berkuasa sebab itulah mereka tidak nampak akan kelemahan bajet yang diutarakan oleh Pak Lah. Kini, Najib disahkan sebagai bakal pengganti Pak Lah dan beliau selaku Menteri Kewangan dipertanggungjawabkan untuk menggulung perbahasan bajet tersebut.

Bagi pihak pembangkang, awal-awal lagi mereka sudah dapat mencium kepincangan bajet yang dibentangkan, sebab itulah Ketua Pembangkang mohon agar bajet tersebut dipinda terlebih dahulu sebelum dibahaskan. Namun, seperti biasa MP-MP UMNO/BN yang `bodoh sombong' masing-masing menganggap bajet yang Pak Lah bentangkan masih releven.


Baru-baru ini Parlimen dikejutkan dengan `konspirasi' yang diketuai oleh Najib untuk menipu rakyat dengan menggulung bajet yang telah diubah suai dengan beberapa tambahan dan peruntukan yang tidak pernah dibahaskan sebelum ini. Najib mengutarakan bajet `atas angin' yang kelihatan cantik dan indah daripada bajet asal yang diutarakan oleh Pak Lah. Begitulah nasib yang menimpa Pak Lah apabila tiba di saat kejatuhannya sehinggakan kesemua MP UMNO/BN menyokong bajet yang baru dibawa oleh Najib dan bajet asal beliau di `tong sampah'kan. Manakah sokongan dan pujian-pujian melangit mereka selama ini?

Walau apa pun alasan Najib untuk meminda bajet yang asal, hakikatnya semua Ahli Parlimen yang diamanahkan oleh rakyat untuk berbahas mencari kebaikan untuk rakyat telah membuang masa berminggu-minggu kerana telah berbahas perkara yang kosong.
Ini menunjukkan Pak Lah langsung tidak membuat kajian mendalam sebelum membentangkan bajet 2009 hinggakan terpaksa ditokok tambah oleh Najib sewaktu penggulungan.

Sepatutnya Pak Lah malu dengan apa yang Najib lakukan terhadap bajet yang beliau bentangkan, tetapi bagi manusia yang berada di `penghujung nyawa' istilah malu sudah tidak ada lagi. Lagi pun, beliau sememangnya telah dimalukan apabila terpaksa meninggalkan kerusi Presiden UMNO dan PM tidak berapa lama lagi.
Bak kata orang, `Datang tidak berjemput, pergi tidak dihalau'. Syabas buat Pakatan Rakyat, terutamanya kepada DS Anwar kerana dengan pengalamannya yang luas dan keberaniannya beliau telah dapat menghidu lebih awal kecacatan bajet yang dibentangkan oleh Pak Lah. Terbukti beliau benar, sebab itulah Najib suka atau tidak terpaksa meminda, menokok tambah beberapa perkara di dalam bajet 2009 tersebut. Cumanya, Najib malu untuk mengaku kata-kata DS Anwar maka beliau sanggup menjadi `bodoh sombong' asalkan beliau masih mempunyai ramai penyokong yang akan mengipas dan mengampunya.

Hendak mengetahui samada seseorang itu cerdik atau tidak, tunggulah setelah mereka kehilangan kuasa.
Contoh terdekat telah kita lihat apa yang berlaku pada Pak Lah. Kita akan lihat pula apa yang akan berlaku setelah Najib kehilangan atau tidak kesampaian kuasa yang diimpikannya itu nanti. Apatah lagi Najib punyai banyak kisah `misteri' yang masih belum terungkai.

Sekali lagi, syabas buat semua MP Pakatan Rakyat yang telah bertungkus lumus menyuarakan hak rakyat di Parlimen. Syabas juga buat Wakil Bebas dari Pasir Mas kerana telah menunjukkan bakat sedikit sebanyak untuk menjadi ahli UMNO.

Sumber:
WFAUZDIN NS

No comments:

Blog Widget by LinkWithin