Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Thursday, June 19, 2008

GEGARKAN BORNEO!!!

Pertemuan dengan sahabat GAMIS minggu lepas memberi harapan baru kepada aktivis mahasiswa di borneo dengan gagasan dan matlamat yang satu iaitu mencari redha Allah. Pertemuan yang menghimpunkn lima kampus berdekatan adalah bertujuan menyuntik semangat yang terpendam dalam diri sekalian yang mewaqafkan diri dalam perjuangan, menunjukkan garis-garis yang seharusnya dilalui, serta memberikan satu signal bahawa, gerakan mahasiswa Islam kampus borneo sudah bersedia untuk memunggah dan mendepani isu mahasiswa dan masyarakat setempat.

Dunia sekarang dalam keadaan kacau bilau apabila ia tidak dipimpin oleh Islam. Situasi kebejatan moral, kerendahan budi pekerti, kemunduran gaya hidup dan berfikir, kejatuhan sistem sosial masyarakat, kepincangan gaya kepemimpinan,dan sebagainya menyaksikan kerosakan total kepada lapisan dunia. Jahiliyah menggantikan sistem Islam. Ini membenarkan pemikiran Mordechai, Karl Marx dalam menyahkan tauhid uluhiyah untuk ditukar gantikan dengan pementasan dan hiburan.

Hari ini politik Sabah terus bergegar bagaikan mahu mempercepat kedatangan tsunami kedua politik Malaysia selepas 8 Mac, apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) mahu mengemukakan usul tidak percaya kepada PM di Parlimen Malaysia 23 Jun ini. Hasrat rakyat Malaysia untuk 'berehat' seketika dari hiruk pikuk adegan-adegan bersiri politik BN dan PR tidak kesampaian jua, bagaikan kempen PRU belum lagi selesai. Bagaikan teruja dengan apa yang bakal berlaku di Sabah ini,
Ingatlah

Ayuh!kemaskan langkahmu mantapkan pentarbiyaan..gelombang kali kedua bakal menjelma..nah sudah tiba masanya kita semua memandang kehadapan..Ingat!!!Ia tidak boleh dilakukan dengan angan-angan, atau cakap-cakap kosong, atau impian yang dipasang terlalu tinggi tanpa revolusi bertindak, atau laungan yang sekadar berniat menakutkan . Sesebuah tamadun tidak terbina dengan nostalgik-nostalgik semata. Sesebuah empayar tidakkan terwujud dengan hanya berbangga dengan tokoh-tokoh lama. Ayuh, gerakan lantang yang dirasai mesti wujud. Gerakan agresif lagi matang perlu dibina. Gerakan berani bersendikan plan tindakan mesti dicorak. Gerakan ini tidak boleh dibina dengan semangat melulu semata-mata, malah ia perlukan perancangan yang strategik, tersusun, bijak, dan merentas masa depan. Kita perlukan daya pemikiran mencapah yang keluar daripada adat kebiasaan berfikir, malah menongkah arus.
Ingat…!! KUASA MAHASISWA KUASA PERUBAHAN!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin