Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Thursday, June 19, 2008

Benarkah Sabah tidak dipedulikan kerajaan?

Kami anak jati negeri Sabah memahami usaha kerajaan untuk membangunkan negeri kami. Faktor geografi adalah cabaran utama untuk pembangunan kerana keluasan tanah negeri Sabah yang terlalu luas berbanding dengan kebanyakan luas negeri teman kami di semenanjung.Namun apa yang kami tidak puas hati adalah.1) Isu pendatang tanpa izin. Kerajaan nampaknya tidak mampu menyelesaikan masaalah ini, malah jika PR berkuasapun selepas ini, saya secara peribadi melihat PR akan menghadapi masaalah juga kerana perkara ini telah lama berakar umbi, tetapi setidak-tidaknya sesuatu mesti dilakukan.2) Masaalah keseragaman. Walaupun negeri Sabah adalah satu negeri di Malaysia, namun wujud ketidakseragaman dari sudut berikut..a) Harga baranganb) Gaji pekerja swastac) Harga getah dan kelapa sawitHARGA BARANG: Adalah diketahui umum bahawa terdapat perbezaan harga barangan. Selalunya pengangkutan dijadikan alasan, namun seorang menteri dari Sabah pernah membandingkan keluasan Negara Malaysia dengan Negara Amerika yang 29 kali lebih luas dari negara Malaysia. Beliau berkata bahawa tidak terdapat banyak perbezaan harga barangan antara New York dengan Los Angeles dan sepatutnya Malaysia yang keluasannya lebih kecil mampu menangani perbezaan ini.GAJI PEKERJA SWASTA: Ramai tidak mengetahui bahawa gaji pekerja swasta disini lebih murah. seorang pekerja buruh binaan disini mendapat gaji lebih murah berbanding dengan buruh di semenanjung. Pekerja pembantu kedai, restoran, pasar raya rata-rata mendapat gaji sekitar RM300-RM400 sebulan. Malah ada diantara pekerja pembantu kedai/restoran yang mendapat gaji dibawah RM300. Lebih teruk lagi apabila sesetengah majikan memberi gaji bulanan dibawah RM200. Kami menyedari yang ini bukannya salah kerajaan sepenuhnya, namun jika kerajaan setuju menggubal satu sistem gaji bagi negeri Sabah, itu sudah cukup baik namun tidak pernah dilakukanpun. Bagi mereka yang berhijrah dari kampung ke bandar mendapati ini sesuatu yang sangat teruk apabila terpaksa menyewa rumah atau bilik sewa, dimana bilik sewa disini berharga minima RM150 sebulan. Inilah makanya kami sangat berharap jika kerajaan meluluskan gaji minimum RM900 tersebut tetapi kerajaan telah menolaknya. Tapi tak sudikah kerajaan berbuat sesuatu supaya gaji kami disini (swasta) sekurang-kurangnya disama ratakan dengan gaji kawan-kawan kami di semenanjung. Tidak hairanlah banyak anak muda sabah berhijrah ke semenanjung kerana faktor gaji. Yang menyedihkan ialah banyak majikan disini mendapat pendapatan kasar sehingga sejuta ringgit dan ada juga yang melebihi sejuta ringgit setahun namun pekerjanya menelan kepahitan sehingga terpaksa berkongsi bilik sewa untuk meringkankan beban ini.HARGA GETAH & KELAPA SAWIT. Kedua-dua ini mempunyai harga yang lebih murah berbanding dengan semenanjung. Secara perbandingan harga getah diSabah sekarang berharga RM5.40 sekilo. ini sangat berbeza dengan harga getah Sarawak dan Semenanjung. Kami mendapat tahu yang LIGS mengawal harga getah sabah sementara disemenanjung dikawal oleh RISDA. Jadi para pekebun kecil disini yang kebanyakannya miskin kecewa dengan perbezaan harga ini. Pengangkutan juga dijadikan alasan atas perbezaan harga kerana kami difahamkan semua getah dari Sabah mesti mematuhi polisi kebangsaan dimana ianya perlu dihantar ke semenanjung terlebih dahulu sebelum dieksport keluar negara.Kesimpulan: Kami memerlukan sebuah kerajaan yang prihatin dengan nasib kami. Kami berharap agar tidak sesiapa teman-teman disemenanjung yang menganggap kami tidak berusaha. Kami berusaha sedaya upaya kami supaya kami hidup maka wajarlah kerajaan memberi perhatian kepada rungutan kami terhadap PERBEZAAN-PERBEZAAN ini. Saya dan teman-teman disini memilih PKR sewaktu pengundian berlangsung kerana "tsunami" itu cukup kuat disini, tapi entah kenapa keputusan pilihan raya pula yang mengejutkan kami. Kami seolah-olah tidak percaya bahawa hal sebaliknya berlaku. Dengan kenaikan harga minyak disusuli dengan kenaikan harga barang maka akan bertambahlah derita kami.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin