Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Wednesday, December 3, 2008

Perihal PPSMI: Satu Pemahaman

Kronologi PPSMI

1993

Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika menjadi Perdana Menteri)
membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di universiti hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris.

1995 Lebih 250 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta aliran Inggeris wujud.

1996 Persatuan Linguistik Malaysia menerbitkan buku yang berjudul Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, yang menentang dasar tersebut.

2002 Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah akan diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003.

Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

2004 1.88 juta orang pelajar yang terlibat dengan pelaksanaan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

2005 Pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi menyatakan bantahan.

Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dipandang sepi.

Akhbar The News Straits Times, 16 September, melaporkan bahawa kebanyakan pelajar mendapat F dalam kedua-dua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar dalam tempoh sebulan dua.

2008 Utusan Malaysia, 14 November melaporkan kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kebimbangan pihak tertentu terhadap kemungkinan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan bahasa ibunda adalah tidak berasas.

1 comment:

Anonymous said...

salam... inilah fenomena yg dikatakan burung gagak nak jadi burung yang berwarna putih... bila gagak sudah mewarnakan badannya dengan cat putih hatinya tidak tenteram takut kotor (kena lumpur)dan mahu kembali pada warna asalnya tapi nak kembali kpd warna asal kena guna tinner @ apa2 bahan lain yang boleh menanggalkan warna diatas badannya... ini merumitkan dan mengusahakan dirinya.. maka moralnya nak buat sesuatu pikirla betul2 kan... dan jangan jadikan rakyat sebagai bahan ujikaji terutamanya pelajar yang mahukan kejayaan... mereka masih muda dan terdidik dengan budaya berbahasa melayu tetapi dengan bebanan yang diberikan oleh kerajaan mereka terpaksa dan hingga terlupa akan bahasa ibunda mereka sendiri.. jangan salahkan mereka!!! Ingat Jepun merupakan negara yang sangat maju dan mereka mengamalkan bahasa jepun sebagai medium pembelajaran dalam semua subjek kecuali bahasa inggeris...maka APA LAGI KITA MAHU!!!.....

Blog Widget by LinkWithin